Wednesday 25 December 2013

AKU TENGOK POLICE STORY 2013

It's AWESOME !!!!!!

Beb..jarang aku guna perkataan awesome kat sini ni..
Tapi lau aku da taip awesome tu, memang betul-betul awesome la itu...


Ni semalam aku da tonton ngan bebeh aku, kat GSC 1Borneo...
1st komen aku,aku rasa janggal beb bila tengok bro Jackie Chan ni pakai handphone Samsung...hoho
Dalam cerita ni banyak flashback beb...
Lain daripada yang lain, nda seperti filem2 Jackie Chan sebelum ni yang mana kita mungkin sudah boleh menjangkakan bentuk jalan ceritanya..
Yang penting, di akhir babak, tetap ada tayangan 'behind the scene' mereka...
Keluar panggung senyum panjang beb sebab puas hati.


Tuesday 24 December 2013

SYARAT KEMASUKAN MRSM

Lama nda update blog ni beb..bukan apa..
Tiba-tiba rasa kusut pkiran lau nak update..

Anyway,aku sekarang berada di kk dan bercuti sehingga penghujung tahun 2013..
Almaklumla..nak abiskan cuti tahunan..hehe
Di kk sekarang ni memang jem gila, start kelmarin dulu lagi..
Apa nda jem, mau krismas bah ni..pastu ramai lagi yang bercuti cam aku ni tuk menghabiskan cuti tahunan..
So,ramaila yang mengambil kesempatan bercuti ni berjalan2 pigi KK la kan..ada yang datang dari labuan, dari brunei pun ramai..dari Sarawak pun nda ketinggalan juga untuk berkunjung ke KK..apa lagi lau dari daerah2 dalam negeri, jangan cakaplah..memang ada punya...hoho

Ok..begini ceritanya..
Yesterday kan...
Aku pigila pusat MARA di KK tu, yang dekat panggung wayang lama, berhampiran dengan Star City tu..
Kunun mau pigi minta nombor pin la ni supaya dapat mengisi borang kemasukan MRSM secara online untuk adik aku yang ketiga nih..yang baru pas abis PMR..
Sekalinya nda dapat..sebab adik aku si jojo ni PMRnya 3A ja dia dapat..
Gambar di bawah ni syarat2 kelayakan untuk masuk ke MRSM..


Thursday 12 December 2013

OMONGAN AJA DEHH...


Hayy you!!! Huahuaa...
Alahai...selesma la pla ni beb..sampai meleleh air idung sambil layan lagu amy whinehouse..

Nasibla kat opisz ni nda banyak keja..releks jua dikit..

Begini la ni...asal balik labuan ja..mudah betul kena demam..padahal ndada jua men hujan..
Tapi cuba lau aku pigi tempat lain luar dari W.P.Labuan ni...berhujan, berpanas, main kutur lagi..nda demam pon???

Mungkin faktor environment xngam kot?

Aduhaiii...
Demi mencari rezeki...berkorban jala..
Ada masa terluang, main game ajala dirumah...
Atau tgk muvie di laptop...

Ape pun tak boleh.

Sunday 8 December 2013

ALAHAI...NDALA DAPAT BALIK LABUAN HARI INI


Tiket feri KK - Labuan abis sold out untuk arini!!! 
Argghhhh tension la pla jadinya.....
Last2 boking tiket tuk perjalanan sok pagi,nasib baik ada...

Kelmarin aku mau boking tiket, sekitar jam 3.30 petang la aku sampai sana jesselton point, sekali tengok, kaunter sudah tutup..

Bukan sengaja beb...aku ada keja lagi pagi kelmarin mo tolong beliau aku kasi simen bawah tangga untuk dijadikan stor di kawasan rumah kami di kk ni...


Ni nda cukup simen dan bata kemarin...arini baru beliau pigi beli lagi mo topup tu simen, pasir ma bata. Syukur la ni pihak perumahan bagi kebenaran buat stor sendiri bagi kawasan bawah tangga cam kat dalam gambar di atas ni secara percuma,tanpa di kenakan sewa...tapi dengan syarat perbelanjaan pembuatan stor ditanggung sendiri. Best kan...hehe

Ok...sambung balik kisah aku nda dapat balik labuan arini...
Sok mo keja sudah...
Offshore leave aku pun da tamat...
Sooo...dengan professionalnya la kan, aku pun mesejla kan aku punya bos di base labuan tu...

*sin = sign

Aku da agak da dia mesti bagi punya...hehe..
Namun rasa tanggung jawab tu membuatkan aku jadi resah gelisah dan tension sebab nda dapat balik labuan hari ni...*cheh..
Nasibla aku dapat bos yang kool cam si beliau ni...hoho..






P/s : cuti ada lagi berbaki 11 hari nih..nda lama lagi mo abis sda ni tahun 2013...pa mo bikin ni ah...hurmm


Friday 6 December 2013

AKU TENGOK ULAR


Nih aku dah tgk kemarin..xsempat nak update kemarin..pagi ni baru ada masa nak update...

Thumbs up tuk cerita ni..sebab tahap filem ni da ble sampai tahap hollywood ala2 cerita anaconda tu..tapi ni versi malaysia..

Ularnya beb,cam real..fuhh..geli gelaman aku tengok kelmarin..unsur kelakarnya pula sampai tahap LOL...

Tapi syg beb..budaya yang cuba ditonjolkan dalam filem ni tak berapa elok la beb...aduihhhh...malas aku mau cakap...ada cop 18sg (adult content) pun nda guna juga itu...budak2 zaman sekarang, yang ada 18sg itula yang mo ditengoknya..




P/s : best beb tonton wayang ngan awek...

Thursday 5 December 2013

AKU DAH BOSAN MEROKOK

Salam...
Aku serius ni beb...tiba-tiba aku cam dah lenguh nak isap rokok...arini da ari ke-6 aku nda isap rokok..

Aritu kan nak berenti merokokla kunun sampai aku beli rokok elektronik...
Tapi nda juga aku berenti,namun ada berkurangan jugala jumlah yang aku isap dalam sehari..hehe

Then, sekarang ni aku da cam lenguh dan ndada selera mo hisap rokok la pla...nda taula kenapa...mungkin juga kuasa tuhan yang menentukannya yang aku boleh berenti merokok setelah pelbagai ikhtiar (kunun) diambil...huhu...

1st day tu mangla pening-pening sket nds isap rokok,tapi yang peliknya,rokok ada dalam poket...rokok Marlboro lagi..tapi ndada selera mo isap...hoho..ada dua kotak lagi stok rokok aku tu kat dalam beg lepas aku balik dari erb west (klik) aritu yang belum kena buka lagi...

Syukurlah...aku nda payah mo runsing lagi sal habit merokok ni lagi...ndada lagi aku mo berpikir pasal mo membeli rokok,pasal duit mo membeli rokok,pasal mancis,pasal tempat pembuangan puntung rokok...hehe...ok la kan...

P/s : mudah-mudahan berkekalanlah pemberhentian habit merokok ni 4ever..amin..best juga rasanya lau nda merokok ni...hihihii..yihhaaaaa

Tuesday 3 December 2013

AKU DI ERB WEST

Ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku ke erb west. Erb west ni merupakan sebuah nama untuk sebuah pelantar minyak milik petronas carigali yang berada di perairan laut Sabah. Pada 11 november yang lalu aku telah menaiki bot untuk ke sana...bermula check in di menara petronas kota kinabalu pada jam 5.30 pagi,kemudian dibawa oleh bas ke pelabuhan untuk menaiki bot. Biasanya perjalanan kk-erb west mengambil masa 2 jam..tetapi perjalanan kali ini terpaksa mengambil masa 5 jam,kerna hendak singgah ke platform tembungo dahulu baru ke erb-west. Aku da pening2 time tu beb...nasib cuaca ok..lau x..muntah la jawabnya.

Di sini ingin sekali ku selitkan gambar2 menarik ketika aku di erb west...

Suasana pagi ketika dalam perjalanan menaiki bot. Tersergam indah gunung kinabalu.

Tembungo.

Nama lokasi pelantar : Erb West
Barge : KM-1 (Kencana Marine -1 Mukhriz Mahathir yang punya)

'Smoking Area' di KM-1.

Bot yang paking kat tepi barge untuk memindah masuk/keluar barang.


Amacam?cam best jer kan...hehe
In sha allah, pada post akan datang aku hendak coretkan sedikit sebanyak mengenai kisah dan pengalamanku di persada dunia oil&gas ini.




Monday 2 December 2013

AKU DAN GADGET -part 2

Alhamdulillah...
Tercapai jua pa yang telah ku hajatkan...
azam tahun baru 2012 ni beb (klik)...huahuahuaaa..

AKU DAN GADGET - part 1

Assalamualaikum dan good morning!
post kali ni aku nak cerita hal aku ngan gadget ni...
ye la kan...sekarang musim tengah hot trend manusia berdampingan dengan gadget..
gadget yang top sekarang ni adalah  dari jenama samsung dan apple...

aku pun nak beli gadget juga ni...
tapi xtau nak pilih yang mana satu...
antara  - Samsung Tab 3 8.0
           - Ipad mini
nah! inilah konflik bagi manusia seluruh dunia ketika hendak beli gadget nih! LOL

termasuk arini, dah 3 ari aku fikir nak beli yang mna satu...
almaklum la..aku ni jenis yang tahap cerewet - lvl70 -
karang lau aku nda suka nanti, nda la aku pakai tu nanti...
rugi satu hal...pembaziran lagi satu hal...

tengoklah arini lau ada rezeki, in sha allah ada la tu aku punya gadget tu nanti...
hehehee...

Wednesday 6 November 2013

OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

(my bitsrip on fb)

Assalamualaikum!!
Uinaa...sebulan lebih da aku nda update blog aku ni tau...macam besala alasannya..SIBUK! huahuaaa...
Ok..memandangkan arini aku cuti dan ada sedikit masa free...
lantas teruszzz aku mengupdate blogku ini...
pekara yang aku ingin share di sini adalah mengenai otak kiri dan otak kanan... sebelum ni aku juga tertanya2 tatkala aku aku sedang berfikir secara hardcorenya, kadangkala kepala bahagian otak aku ni sakit sebelah kanan, kadangkala sebelah kiri...apa bah yang sebenarnya yang di fikirkan oleh otak kanan dan otak kiri kita?

OTAK KIRI                                                    OTAK KANAN
1. Rasional                                                   1. Emotional
2. Pandangan secara mendalam                     2. Pandangan secara luaran
3. Fakta                                                        3. Imaginasi / Andaian
4. Kata & Bahasa                                          4. Simbol & Gambar
5. Sekarang & Masa Lalu                               5. Sekarang & Masa depan
6. Matematik & Sains                                    6. Falsafah & Agama
7. Pemahaman                                              7. Maksud
8. Pengetahuan                                             8. Kepercayaan
9. Nama objek                                               9. Fungsi Objek
10. Bentuk Strategi                                        10. Kemungkinan strategi (berjaya@tidak)
11. Praktikal                                                  11. Terburu-buru
12. Keselamatan                                            12. Risiko
13. Realiti                                                      13. Fantasi

Ooo...begitu rupanya. ok da faham. hee..



Saturday 21 September 2013

AKU DAN VAPOR - part 2

ASSALAMUALAIKUM !

Aku nak sambung mengenai cerita vapor aku ni ataupun e-cigaratte...
klik untuk mengetahui kisah sebelum ini... he

Baiklah... entri kali ini aku nak tunjukkan camna mo modified kasi set dia jadi vapor yang kaw2 punya, iaitu 'awan nano'. Tank yang aku gunakan adalah jenis 'drip tank'. Drip tank ini adalah sejenis tangki yang menggunakan kaedah titisan sahaja... iaitu kamu hanya perlu titiskan beberapa titisan liquid flavor kamu ke atas 'wick' nya. Sebelum itu mari kita lihat bahan-bahannya pada gambar di bawah ini.


Haa... itu la tu bahan-bahannya. Kemudian ambil wick tu dan potong dan bentukkan macam riben... pastu ambil kanthal, potong dan lilitkan pada wick tersebut dalam 3 lilitan seperti pada gambar di bawah ini.


Pas da dililitkan elok-elok, baru pasangkan pada drip tank dan pasangkan skrunya. Kemudian sambungkan pada mod untuk lihat hasilnya. Jika anda 'on' kan atau tekan mod kamu, then dia punya kanthal wirenya menyala secara sekata dan serentak, maka OK la tu. Bulih la tu suda titiskan liquid flavor kamurang di wicknya... pastu pasang penutupnya dan VAPE ON ! Yiihhaaaaa !!!!


Tapi... kalau kamu tekan, nyalaan kanthalnya 'sumbang' ataupun tidak sekata dan serentak, maka pandai-pandaila kamu adjust dia kasi ngam settingnya... hehe.






P/s : Drip tank ni paling ngam lau kamu hentam tu liquid flavor yang zero atau low nicotine punya. lau kamu pigi hantam yang ada nicotine punya, alamatnya pedasla leher kamu tu nanti.. hehee.

Monday 9 September 2013

PTPTN ! AKU MESTI BAYAR !

Assalamualaikum !

Huhhh~

Aku mengeluh ni bukannya apa… KALAU mo diikutkan hati aku ni, aku betul2 malas sda mo bayar balik pinjaman PTPTN aku ni !! BUKANNYA aku ni tak tahu bersyukur ataupun aku belum mempunyai pekerjaan menjadi sebab aku malas nak bayar balik.. TAPI PENGURUSAN nak bayar balik tu punyalah sengsara ! Leceh ! dan bisa menggugat keimanan si peminjam untuk membayar balik pinjaman itu!

WHY ?

Seperti sedia maklum kita akan menerima sepucuk surat pemberitahuan pembayaran balik pinjaman PTPTN tersebut melalui cara BANK IN - maksudnya membayar ke akaun-akaun yang disediakan contohnya seperti BSN pada setiap bulan (no. akaun bank akan diberi). NDA ka sengsara mo ke BSN tiap2 bulan selepas menerima gaji !? Bagi AKU mimang sengsara ! Bah… camna juga aku ni… aku sekarang ni tinggal di Labuan… pastu cawangan BSN pun satu saja yang ada… paham2 ja la berapa orang yang mo berurusan dengan BSM time2 bila dapat gaji… malas mo tunggu bah… pastu yang bikin sengsara lagi, dia punya mesin untuk ‘deposit tunai’ pun balik2 rosak ! aiyo ! truss kasi hilang mood ja mo bayar balik PTPTN tu owhh… NDA ka truss tergugat hati aku tu mo bayar balik? Kan? Bagus nda payah bayar… bukan juga kena bagi surat amaran apa pun… kan?

OK… nda pa… aku belum berputus asa lagi… AKU MESTI BAYAR BALIK !
Cara kedua aku cuba usahakan iaitu melalui pemotongan gaji. Aku masuk ke laman web PTPTN dan cari borang untuk kaedah pembayaran balik melalui pemotongan gaji … ok, aku jumpa dan aku print out dan isi. Contoh borang yang aku isi adalah seperti di bawah ni.


Pastu aku hantarkan ke alamat PTPTN seperti yang tertera pada atas surat tersebut. Pakai pos laju lagi aku hantar. Kunun2 semangat mau membayar bah ni. Sekali tunggu punya tunggu dari awal bulan Mei time aku kirim surat tu sampailah ujung-ujung bulan ogos baru2 ni. Xda maklum balas langsung! Tak kirala melalui panggilan telipon ka, email ka ataupun surat. Berapa bulan sudah aku nda membayar, pastu pandai MEMBUNGA lah aku punya pinjaman tu. LAST2 baru aku terjumpa alamat cawangan PTPTN tu di KK. So, dengan segeralah aku ke KK pigi jumpa pegawainya dan memaklumkan hal ehwal permasalahan aku ni. Barulah ada progress nya. So, sekarang ni aku dah pun di beritahu oleh pegawai terbabit untuk mengisi borang2 berkaitan yang telah di emailkan kepada aku. Syukur alhamdulillah! DAPAT JUGA AKU BAYAR BALIK HUTANG AKU TU MA PTPTN MELALUI PEMOTONGAN GAJI! YIHAAA!!!

Kalau mo harapkan aku bank in tiap2 bulan, huh, minta maaf sajala… malas aku mo berurusan begitu bah… banyak membuang masa aku bah… mo bank in secara online, BOLEH, tapi tiadalah aku punya resit pembayaran. Kan? Nanti apa2 hal susah aku mo bagi bukti. Kan? Tu la pasal… hmm.



Nah… aku bagi alamat cawangan PTPTN di kk tu seperti yang tertera di atas ni. Di belakang CP – Centre Point bangunannya tu. OK. =)


Friday 6 September 2013

OMG! MY FAV SONG FOR THIS MONTH

Salam jumaat! Saja ja mo share lagu-lagu terbaru yang tengah hot aku layan..nda jua banyaklah..hehe


Avril Lavigne - Rock 'N' Roll

= Itu dia promote lagi handphone sony xperia terbaru yang ble rendam dalam air tu.. Video ni seolah-olah memuatkan kisah realiti kehidupansi avril ni pula.. BEST!! =



Demi Lovato - Made in USA

= Baru ja nak minat layan lagu artis ni semenjak terdengar lagu "Heart Attack" nya...hehe.. CHECK THIS OUT!! =


Miley Cyrus - We Can't Stop

= Waduh! 50% like dan 50% dislike untuk lagu ni kat youtube ... Tapi aku layan ja.. =

Saturday 31 August 2013

JOM LAYAN! JINNAI TOMONORI !!

Ni adalah diantara rancangan video youtube yang menjadi kegemaran aku. Jinnai minotori. Rancangan video dari jepun yang sangat kreatif, lucu dan menghiburkan hati =)


Tuesday 13 August 2013

AKU DAN CERITAKU PASAL MASALAH

Assalamualaikum dan hello !

%@%#&*)@%#*& !
Biasalah bah ni kan lau umur2 cam aku ni banyak masalah... tapi, ingat dan percayalah, bahawasanya setiap permasalahan yang kita hadapi adalah ujian untuk kita, ofkos la ujian untuk menguji keimanan kita terhadap Allah S.W.T... kan? apa lagi?

Nda kirala masalah pasal digigit semut ka, masalah abis gas masak ka, masalah rumput panjang ka, masalah anjing yang selalu berkeliaranka, masalah wang ka, masalah dengan kawan2 ka, ataupun masalah sesama manusia ka, masalah gigi sudah bergoyang macam mo tercabut ka, apaka ... sebenarnya semua itu ujian yang Allah S.W.T beri khas untuk kita !

Alaa ... macam time kita skola dulu2 tu bah, mula2 syokla kita kena ajar oleh cikgu, pastu pandai ponteng kelas lagi... kan? sampailah abis bab matapelajaran. Di sini la baru ada yang nda tidur malam gara2 mo ulangkaji balik apa yang sudah cikgu ajar sebab mau ujian sudah. Kalau orang yang belajar sudah betul2, nda pernah ponteng kelas, bangun pagi minum susu ma makan kismis minda lagi, memang lulus ujian lah tu. Tapi cuba pula kalau orang yang nda belajar betul2, pastu balik2 escape lagi, bangun pagi minum air liminate ma makan keropok, memang susah mo lulus la tu, lau lulus pun nasib2 la saja tu, tu pun men tiru.

Begitula bah juga dengan kehidupan kita ni, time kita kecil2 dulu sudah belajar agama islam di sekolah, pendidikan jasmani, geografi, apa semua dan sebagainya . Syok saja rasanya kan time kita kecil2 dulu macam tiada masalah... ada masalah pun macam ndada saja rasanya. kan? hee... Pastu bila sudah abis belajar, kita kerja la pula, di sini lah bermulanya banyak pekara dan permasalahan akan menimpa kita ! Dari soal cinta, hati, perasaan sampailah soal kerja, wang, pangkat dan kuasa. Itu-itulah saja tu pusing2 soalnya, ndada lagi yang lain. Di sini lah kita di duga dengan bermacam2 ujian. Ada ujiannya yang syok, dan ada juga ujiannya yang nda syok. Kalau yang syok... kita kena bagi macam2 la macam girlpren cantik, banyak wang, ada kuasa... tapi jangan lalai... kalau silap bikin, siap sedialah terima azab-Nya. Tapi lau ngam bikinannya, insya-allah - bahagia dunia akhirat! Bagi yang nda syok ujiannya, macam dapat girlpren pun nda cantik, wang pun sengsara, apatah lagi kuasa... tapi jangan lalai mo berduka lara, silap bikin ble syirik+murtad+bunuh diri dan siap sedialah terima azab-Nya. Tapi lau ngam tekniknya, insya-allah - bahagia dunia akhirat.

Kalaulah kita di beri ujian, apa yang patut kita buat? Nah, kitakan sudah di bagi kitab khas dan ajaran oleh orang dulu2, iaitu kitab al-quran dan sunnah rasulullah S.A.W sebagai rujukan!! Kita rujuk saja di situ sebab kehidupan kita di dunia ni mang berkait dengan tuhan kita iaitu Allah S.W.T! Nda boleh dinafikan lagi tu, mang muktamad! Orang bilang, kita sudah dibagi peluang untuk hidup di dunia oleh Allah S.W.T, mesti ada juga disertakan juga panduan untuk hidup didunia ni... kan? Alaa... macam keretala bah juga yang baru keluar, mesti ada manual booknya kan? mo isi minyak apa, mo pakai enjin oil apa, macammana mo pakai remote control kuncinya, berapa limit speednya, berapa psi angin lau mo pam tayarnya, kan??

So, pikir2 kan lah... kita dibagi otak dan akal fikiran sda... tinggal mo pakai betul2 saja lagi. hehee...




P/S : Ni nasihat dan peringatan khas untuk aku dan dikongsikan juga kepada semua... owyeahh...

HUH ! ANNOYING ORANGE

Assalamualaikum! Selamat sore !

Bah, lau ada yang tengah boring2 sekarang ni, kamu try layan ni annoying orange punya video ...
Punyala kin gerigitan meliat ! kamu tengoklah sendiri perangai si orange ni !


Aku mula aktif melayan cerita "Annoying Orange" ni time tahun 2011 - macam video di atas ni yang 2011 punya. Pastu time 2012 nda sudah aku melayan lagi. Sekali aku try check tadi di youtube, rupanya sampai sekarang ni pun masih lagi update dia punya video ni tau ! Boleh tahan juga ranking dia nih .. hehehhh

Video di bawah ni antara videonya yang terkini ... jom layan !

KENA MALWARE LA PULA !

ALAHAI !!!

Napa bah ni ? napa nda bulih buka suda blog aku yang satu ni ... ishh ... jadi cmna la ni ? huh !

*akujadipanik


Sunday 11 August 2013

AKU DAN VAPOR - part 1

Assalamualaikum !

Raya kamu tahun ni amacam ? Syok ka ? Ahh ... biarlah sambutan raya nda syok, yang penting puasa kita syok ! Puasa aku tahun ni nda syokla ... ada miss dua hari ... sedih2 ... Kalaulah aku ble bertahan lagi, mesti aku dapat puasa penuh tahun ni !! Namun, apakan daya, aku ini hanya insan biasa-biasa sahaja ... tak larat nak menanggung kesengsaraan kerja heavy duty dengan cuaca so hot dan kehausan ... seperti mahu pengsan saja aku rasa pada waktu itu. hurm.

Aku dan vapor ?
aku rasa ramai yang dah tahu akan istilah "vapor" ini merujuk kepada e-ciggarate ataupun melayunya rokok elektronik. Ya ... aku juga telah memilikinya sebanyak dua biji, sebiji - starter kit - ego ce5 dan sebiji lagi - semipro kit - k101 .

EGO CE5

K101

Nih aku beli time bulan 5 aritu ... starter kit aku beli time awal bulan 5, pastu rasa cam sda campin sket aku upgrade beli K101 di penghujungnya bulan 5. Huhh ! masa tu e-cig ni baru mo naik popular . Harganya pun bukanlah macam harga sekarang ni sudah. EGO CE5 aku ni aku beli RM45, manakala K101 pla RM170 pastu + RDA tank lagi RM45 = RM215. Ni aku beli melalui pembekal e-cig di labuan yang men jual dari bonet kereta ja . he . Liquidnya pula lau ada nikotin RM15 untuk medium (9mg) nikotin, RM20 untuk high (18mg) nikotin dan RM10 untuk zero nikotin . Time tu jugalah munculnya group2 kaki vape atau vapor di facebook, ada juga yang mengambil kesempatan berniaga mengambil upah untuk setting e-cig punya tank mo kasi mantap asapnya jadi 'awan nano' . Aku pun nda juga mo ketinggalan untuk hanyut dalam arus budaya memvapor kan diri ini kerna aku juga seorang perokok ... hee .


Owwyyyeeaaahhhh ! dan kini hasil daripada aku memvapor kan diri, aku dapat berpuasa menahan diri daripada merokok di siang hari ! wahhh ... tidak seperti puasa sebelum ni, makan dan minum boleh lagi tahan, tapi mo merokok punya pasal, kepala jadi pening ! lau kepala sudah pening, paham2 la ... hohohooo ... 

Bah , sampai sini lu aku becerita mengenai aku dan vapor ... nanti ada la tu sambungannya untuk part-2, part-3, dan seterusnya lagi . insya-allah ! hehehee ...


Monday 5 August 2013

BEST! MARI LAYAN LAGU RAYA DIDENDANGKAN OLEH ARTIS POPULAR BARAT

METALLICA - CAHAYA DI AIDILFITRI

SEPULTURA - JANGAN MAIN MERCUN

AVRIL - PULANG DI HARI RAYA



P/S : Beraya di laut la aku tahun ni nampaknya ... isk, isk, isk ...

Saturday 3 August 2013

MURAHNYA ! PROTON SAGA SV 1.3L

Salam ramadhan buat pembaca semua !
Tinggal 4 hari ja da lagi nak raya, mungkin 8hb ni la ... kan ? insya-allah, hee ..
So, amacam persiapan korang untuk menyambut raya tahun ni ? Mantap ? atau bersederhana sahaja ? atau mungkin xda langsung, hanya sekadar bersolat sunat hari raya ja ? hehe ...
Atau mungkin ada yang plan nak beraya dengan kereta baru ? huhu ... Al-maklum la ... kereta sekarang banyak yang da mula turun harga dan murah ... kan ? contohnya cam kereta Honda Jazz ... eh ? silap ... Proton Saga SV keluaran terbaru ni dengan harga yang termurah gila-gila ... hehehee
Mari kita lihat sedikit sebanyak sal Proton Saga SV ni ...



Tadaaa !!! inilah dia Proton Saga SV 1.3L . Reka bentuknya sama seperti Proton Saga FLX . Harganya ni pula dalam RM 33,438 ja sebiji (klik) dan bayaran untuk ansuran bulanannya hanya RM250 . Murah tak ? Murahlah bah ni kalau mau dibandingkan dengan spesifikasinya yang mantap ... kan ? Mari kita tengok spesifikasinya pula dalam video di bawah ini .


Haaa ... mantap tak ? So, tak teringin ke nak memilikinya ? huhu ...

MAKANAN YANG DAPAT MENINGKATKAN KECEMERLANGAN OTAK

Salam sejahtera ke atas uolls !
Jika sebelum ini telah aku kongsi kan mengenai makanan yang menyekat kecemerlang otak (klik), kali ini aku nak kongsikan pula mengenai makanan yang membantu meningkatkan kecemerlangan otak . Otak yang cemerlang, bukan sahaja untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan, malah dapat membantu kita dalam menyusuri liku-liku perjalanan kehidupan kita yang penuh dengan halangan dan cobaan . Bulih bah kan ?

Bah, berikut makanan yang boleh kita ambil :

01  Ikan laut
02  Telur
03  Susu
04  Daging dan Hati
05  Sayur-sayuran segar
06  Buah-buahan segar
07  Madu lebah asli
08  Keju
09  Kacang tanah
10  Bijirin kering
11  Kismis
12  Kurma

Semoga dengan informasi ini dapat membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan otak anda, dan untuk meningkatkan keberkesanannya, sertailah ia dengan niat dan doa . Insya-Allah .

Saturday 27 July 2013

MAKANAN YANG BERBAHAYA DAN MENYEKAT KECEMERLANGAN OTAK ANDA

Assalamualaikum ! Uolls camna arini ? Sehat ? Aku doakan agar anda sehat sejahtera la hendaknya ... insya-Allah .
Ok, entri aku pada kali ini aku nak kongsikan mengenai makanan yang boleh menyekat kecemerlangan otak anda atau melemahkan otak anda . Informasi ini aku rujuk melalui sebuah buku yang bertajuk "Rahsia Pembelajaran Pelajar Cemerlang 8A" . Bukan saja pelajar saja yang mesti cemerlang, kita yang dah bukan pelajar ni pun mesti cemerlang juga, cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing . Bulih bah kan ? heeee ...

Baiklah, berikut merupakan makanan yang perlu anda elakkan :

01  Gula putih atau lain-lain makanan dan minuman yang dicampurkan dengan gula putih
02  Kek dan biskut
03  Makanan yang dicampur pewarna dan bahan pengawet
04  Coklat dan aiskrim
05  Keropok
06  Minuman manis dalam botol, kotak atau tin.
07  Minuman yang bergas
08  Gula-gula
09  Makanan yang telah dihinggapi semut, lipas atau lalat
10  Kopi dan teh

Semoga dengan informasi ini dapat membantu dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan otak anda, insya-Allah . Selepas ini akan aku kongsikan pula informasi mengenai makanan yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan otak pada masa akan datang, Insya-Allah .

Thursday 25 July 2013

Tuesday 23 July 2013

KHASIAT KACANG SOYA


Selamat sejahtera ke atas uolls !
Kali ni aku nak kongsikan mengenai kebaikan dan khasiat kacang soya ...
Seperti yang kita ketahui, kacang soya merupakan sejenis makanan yang agak popular dan mudah di dapati di Malaysia ini . Ya, bukan seperti gambar di atas kacang soya yang sering kita jumpa, tapi dalam bentuk yang lain seperti - susu kacang soya, tempeh, tauhu, dan taufu. kan ? Ada yang suka dan ada yang tak suka dengan kacang soya ni . So, di sini aku mengambil kesempatan untuk kongsikan mengenai khasiat yang terkandung di dalam kacang soya ini .

Kacang soya ni sebenarnya mengandungi :

- protein
- kalsium
- lesitin
- zat besi
- zink
- fosforus
- magnesium
- vitamin B
- asid lemak omega 3
- serat

Khasiatnya kacang soya ini adalah :

01  Membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis
02  Berupaya mempertingkatkan kesihatan payudara dan mencegah daripada barah payudara serta rahim
03  Menguatkan tulang
04  Mempertingkatkan fungsi ginjal, jantyung dan hati
05  Awet muda
06  Mencegah gastrik
07  Menghilangkan lenguh-lenguh sendi
08  Membantu dalam mengubati demam dan selesma
09  Mengubati Anemia (kurang darah)
10  Mengubati cirit-birit
11  Membantu mencegah jerawat
12  Mengatasi masalah Insomnia (susah nak tidur)
13  Membantu menguatkan ingatan
14  Menguatkan sistem imunisasi
15  Mengatasi masalah sembelit

So, semoga dengan informasi ini dapat membantu dalam penjagaan kesihatan anda agar lebih baik lagi ... insya-Allah .

Friday 19 July 2013

DOA HARIAN

Assalamualaikum to uolls!
Camna posa anda sehingga ke hari ini? lum ada yang miss secara sengaja? huhu ...
Tak baik tau lau ada yang sengaja miss kan posa ni ... kan ? heeeee ....
Ok, sempena ari Jumaat arini, aku nak share beberapa himpunan doa yang boleh di amalkan dalam kehidupan harian kita ...
Kepada siapa lagi untuk kita memohon pertolongan dan perlindungan, melainkan kepada Allah sahaja tuhan kita yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Berdoalah kita kepada-Nya, sesungguhnya Allah sahaja yang Maha berkuasa untuk sekalian alam .






P/s : Doa-doa di atas ni anda boleh download dan save kan di handphone anda agar anda boleh merujuknya pada bila-bila masa saja ... hehe ...