Monday 31 October 2011

NAHAS KERETA API DI SABAH

  http://www.facebook.com/nazneyra
 
http://www.facebook.com/brendakok
http://www.facebook.com/roysumardi
 
Gambar2 ni aku dapat kat dalam facebook..
nampaknya, wartawan skang xsusah lagi nak korek berita..
on ja facebook.. macam2 berita ada.. yang terkini dan lebih hangat lagi..
mengikut laporan/empunya gambar ni kat facebook..
kejadian ini berlaku lebih kurang pada 31/10/2011, jam5.30 petang..
bertempat di hadapan lapangan terbang KKIA..seramai 18 orang maut dalam kejadian..
kebakaran berpunca akibat pelanggaran kereta api dengan sebuah lori tangki minyak..
untuk perkembangan lebih lanjut, anda boleh ikuti siaran tv3 sekarang..hehe


Anda boleh saksikan kejadian tersebut berdekatan dengan stesen minyak shell (dilaluan keluar/masuk stesen shell), pertembungan berlaku ketika lori tangki minyak tersebut hendak masuk ke dalam stesen shell tersebut..kepada pengguna yang kebetulan tengah mengisi minyak time tu, di harap bersabar..sehingga api itu berjaya dipadamkan..



p/s : menurut laporan rasmi, tiada yang maut =)

KHASIAT AIR MASAK

Aku nak kongsi sikit tips sihat bangun pagi..
mudah saja nak sihat jika kamu rajin mengamalkannya..
TERAPI AIR - terbukti berkesan setelah kajian dilakukan di jepun sehingga terciptanya 'bio-pure water'..hehe..



Sebagaimana yang kita tahu air atau H2O merupakan hasil gabungan daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Air juga merupakan antara keperluan yang terpenting untuk tubuh dalaman kita dan juga untuk kegunaan luaran dalam seharian hidup kita. 

Mengikut kajian di Jepun, dengan meminum air 1.5ml secara serta-merta (dalam keadaan perut kosong) selepas bangun dari tidur setiap pagi, penyakit lama dan serius boleh disembuhkan.

Penyakit yang telah berjaya disembuhkan dengan amalan terapi air ini adalah seperti sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.


SO.. mulai esok pagi, sebaik sahaja kamu bangun tidur, kamu terus ke dapur dan meminum dalam kuantiti 1.5ml air masak, atau dalam lingkungan 6 gelas air. Kemudian kita rehat sebentar dalam masa 10-15minit, kemudian barulah kita boleh bersarapan. Cuba kita lihat dalam masa seminggu-sebulan akan hasilnya. Jika berjaya, syukur alhamdulillah..jika x, maka kamu berusahalah lagi dengan rawatan alternatif yang lain.

DETOX DIET

DIET DETOX merupakan diet yang agak popular di negara barat dan kini mula menular ke negara kita. Diet detox merupakan sejenis diet yang memerlukan kita 'berpuasa' (makan) dan hanya meminum jus campuran buah-buahan selama beberapa hari. Maksudnya, dalam kita mengamalkan diet detox ini, kita hanya akan meminum jus campuran buah-buahan sahaja untuk beberapa hari, tanpa mengambil sebarang makanan lain. Diet detox yang berkesan untuk diamalkan adalah dalam jangka masa 7 hari, atau sekurang-kurangnya 3hari. Selain campuran buah-buahan, kita juga boleh menggunakan campuran sayur-sayuran, tetapi, bagi aku, campuran buah-buahan lebih sedap dan manis berbanding sayur-sayuran yang kebanyakannya agak pahit.

 
Diet detox merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan TOKSIN di dalam tubuh badan kita secara semulajadi seperti melalui pencernaan, peluh dan sebagainya. Selain dapat menyingkirkan toksin di dalam badan, diet detox juga dapat membantu dalam mengurangkan berat badan dan meremajakan badan agar tampil lebih cergas. Walaupun belum ada bukti kajian saintifik yang mengesahkannya, namun khasiat daripada buah-buahan itu sendiri yang telah dibuktikan secara saintifik akan khasiatnya telah membuktikan kebaikan diet detox ini dalam menyingkirkan toksin di dalam badan. Selain itu, khasiat vitamin di dalam buah-buahan itu sendiri dapat di bekalkan secara secukupnya ke dalam tubuh kita sekaligus menyegarkan tubuh badan kita dan seterusnya dapat membantu dalam kecerdasan otak kita.

Namun begitu, dalam mengamalkan diet detox ini terdapat beberapa kesan sampingan semulajadi akibat proses penyingkiran toksin di dalam tubuh badan kita, seperti :
-dehidrasi
-keletihan
-loya
-pening
-kerap membuang air

DAN kesan kebaikan dalam diet detox akan dapat dirasai setelah diet detox dilakukan, di mana penyingkiran toksin di dalam badan kita telah berlaku.

So, kamu nak cuba diet detox ni?
Jika kamu buntu untuk memikirkan resepi dalam menghasilkan diet detox ini, apakata anda cuba rujuk sini
Kemudian, kamu boleh sesuaikan mengikut selera kamu..sebaiknya 3 jenis campuran buah-buahan.. jika jus kamu berasa pahit atau masam, kamu sama sekali ditegah untuk mencampurkan gula/susu pekat manis/sirap ke dalamnya, sebaiknya gunakan madu asli untu kesan yang lebih efektif.



Rujukan - google image, wikipedia dan www.mayoclinic.com

TENTANG TOKSIN

Kamu sedar tak kat dalam badan kamu terdapatnya toksin? Setiap kita pasti akan terdapat toksin di dalam tubuh badan kita akibat daripada menu pemakanan kita seharian. Toksin ini kita xdapat nak elakkan, namun kita boleh mengawal kadar toksin di dalam badan kita. Jika terlalu banyak toksin, maka akan mengundang bahaya kepada kesihatan kita, dan jika sedikit, maka tidak apa-apa..hehe

Dalam menu pemakanan kita seharian seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan bergoreng, daging, protein yang berlebihan, penggunaan bahan kimia dalam sayuran, bahan pengawet dalam makanan ringan, antibiotik, perasa tiruan dan seumpamanya akan menghasilkan asid di dalam badan kita. Sekiranya asid itu berlebihan di dalam badan kita, maka akan berlaku proses penapaian dalam usus dan seterusnya meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah adala seperti :
-Penyakit kulit
-Tumor
-Demam
-Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
-Alergi
-Asma
-Pundi hempedu dan karang
-Pengerasan saluran darah
-Sakit sendi dan sengal2 badan
-Sembelit
-Perut kembung
-Barah payudara
-Lemas daya seksual


Rujukan - sini

Sunday 30 October 2011

GUASA

haloo..
wassup..
kesinambungan dari post aku mengenai guasa..
sini aku nak share lagi sedikit info mengenai guasa..

Guasa merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina yg berusia beribu2 tahun Dahulu.

Fungsi Urutan guasa
1. Dapat Mengesan, Merawat penyakit
2. Melancarkan peredaran darah,
3. Membuang Toksin badan & Mengekalkan kesihatan.
4. Melegakan Anggota badan yg penat & Lesu

Kebaikan Guasa

* Untuk meningkatkan metabolisma
* Untuk meningkatkan sistem pengangkutan darah
* Untuk merangsangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi dan membuang darah statis
* Untuk menguatkan sistem pertahanan badan
* Untuk menyerikan kulit dan tolong melambatkan proses penuaan
* Untuk menguatkan proses penuaan
* Untuk menguatkan badan
* Untuk merawat penyakit
* Untuk menunjukkan sumber penyakit

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa

Selsema
Buwasir
Sembelit
Sakit Kepala
Insomnia
Kelesuan
Sakit Sendi
SakitPinggang Yang Teruk
Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang
Terseliuh
Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun
Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur
Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat
Tekanan Darah Tinggi
Sakit Semasa Haid
Kelemahan Fungsi Fisiologi
Kurangkan Lemak
Kelemahan Badan
Mengeluarkan Kahak
Myopia
Tersedu
Sakit Perut
Kurang Selera Makan
Cirit Birit
Mabuk Kereta
Mabuk Arak
Histeria
Bahu Dan Belakang Yang Tegang
Kekejangan Kaki Dan Abdomen
Tekanan Darah Rendah
Mata Yang Letih
Pening
Hidung Bengkak Dan Berair
Hidung Berdarah
Sakit Gigi
Rasa Muntah Semasa Mengandung
Kekurangan Penghasilan Susu
Keradangan Pundi Kencing
Kanak-kanak Yang Lemah
Kencing Semasa Tidur
Lelah
Tumor
Kaki Berbau Busuk

baguskan?
ehem..jangan salah sangka pla..
aku bukan ejen elken..hehe
saja ja nak berkongsi info yang aku dapat dari sini