Thursday 10 November 2011

AKU DAN BTN


zzzZZZZttttt...mengungkit lagi kisah hidupku di tahun 2006..di mana pada ketika itu aku di tingkatan 5, kelas 'Kejuruteraan 1 ' (KJ1)..ehem.. bawah sikit dari kelas sains..lalalalaa~
cuba teka..aku kat mana ? aku kat kundasang la, tu, nampak gunung kat belakang aku tu, gunung tertinggi asia tenggara tuuu.. hehe.. so what?

sebelum tu, aku nak bagitau, aku ni dulu pengerusi pengakap! huh! oleh kerna aku seorang pengerusi bagi sebuah clubbing di sekolah, maka aku dijemput untuk menghadiri sebuah 'kursus kepimpinan' di BTN (Biro Tata Negara), Kundasang. kalau aku xsilap, 3hari 2malam aku di sana. Huu..1st time aku pergi kundasang ramai2 dengan kawan2..best. 

apa yang aku kursuskan kat sana tu, aku xingat sudah. lol. tapi pengalaman aku di sana,aku masih ingat. hehe. firstly kami terpaksa turun dari bas dan berjalan sejauh 1/2 km (lebih kurang) untuk sampai ke tempat tersebut, kerna pemandu bas kami dah gayat nak naik. fuhh..aku apa lagi, dengan segeranya mengeluarkan sebatang rokok dan membakarnya sepanjang perjalanan kami ke sana.. memang fresh rasa kat sana..sejuk dan nyaman, xterasa pun yang aku tengah mendaki bukit time tu. Sesampai ja aku kat sana, aku lupa sda apa yang aku buat. lol. (mungkin tengah menunggu orang yang 'in-charge' kat sana kot) em, kemudian kami makan dan bla, bla, bla ..ice breaking apa segala..

ok, malamnya.. huh! aku mang budak kampongan, sejuk gila wo..aku pikir xla sejuk sangat kat kundasang tu.. sampai aku xtergamak nak mandi sebab terlalu sejuk.. dan paling menghambarkan lagi mood aku time tu, aku xbawa pun baju sejuk ! mujurla ada kawan yang sudi meminjamkan extra baju sejuknya kepada ku (thanks sabri bastan).. lalu sekaligus menyelamatkan aku dari mengalami insomnia pada malam itu, dan untuk malam keduanya. dan malam itu bergembirala kami bersuka-ria dan bergurau senda dengan rakan2 berlari ke sana dan kemari, mengambil gambar (time tu xda lagi yg memiliki kamera digital, melainkan kamera filem semata-mata) so, terhad hanya untuk beberapa klik sahaja kami mengambil gambar waktu itu. AH?sms galpren? LOL.. kami time tu xmen la henfon2 nak sms galpren.. xcool.. nampak pondan. 

SETERUSNYA, sampai nak subuh aku xble tidur..almaklumla..da rasa syok sangat sampai xble nak tido. tapi yang paling penting, aku sejuk yang amat! walhal aku da pakai baju sejuk. xble jadi, aku mesti buat sesuatu. iaitu aku mesti mandi air panas..lol. tapi aku goyang nak pergi tandas sorang2..jam 4 pagi lagi tu..fuhh.. kabus tebal sana-sini, jarak penglihatan dalam 3m ja aku rasa. dengan suasana berkabus ni, so, macam2 la yang bermain difikiran ku (manala tau tiba2 nampak hantu taring panjang mata merah..kan).. lalu, dengan egonya aku memaksa  junior aku (lol) untuk menemani aku ke tandas..kononnya temankan aku nak merokok, dan dia jadi tukang jaga pintu. huh. punya aku syok mandi air panas, tiba2 aku terdengar bilik mandi sebelah aku(imagine bilik mandi ala2 hostel/asrama) ada orang masuk dan mandi..aku sangkakan sahabat (junior aku) yang mandi.. so, kebetulan aku da nak siap mandi time tu, aku bukala topik lalu berceritalah aku dengan sahabat aku itu mengenai cuaca sejuk kat sana. namun sahabatku itu hanya diam. so aku pun diam. aku keluar dari bilik mandi, xda orang kiri-kanan aku, melainkan sahabat (junior) aku yang menggigil kesejukan menjaga pintu.. what the happen!? what yang aku dengar tadi?! what the thing aku bawa bercerita tadi tu!??

whatever..aku cool..orang cool xtakut hantu (mentang2 la ada kawan time tu..cheh!). lalu sahabat tadi mohon untuk mandi pula, so dengan selfishnya aku pergi ke bilik lalu mengenakan baju dan seluar yang kupakai sebelumku mandi tadi. Aiyak..sahabatku! lupa nak menemaninya..lalu aku kembali semula ke kamar itu, dan ternyata keberuntungan aku itu dia telahpun selesai mandi..lalalalaaa~


keesokan harinya.. pagi tu kami diajar poco-poco (era awal kemasukan tarian poco2).. kemudian, kami ke dewan kuliah..cuba teka, yang mana satu aku..hehe.. err, sahabat 'junior' aku? sapa yang tengah peluk tubuh? lalalalaa~ sebelum cikgu datang, kami pun mengambil kesempatan untuk bergambar-gambirkan kat sana..(terhad untuk beberapa klik sahaja-lol).. tengah hari tu aku gastrik gila..bagaikan makanan hospital yang dorang bagi..besa makan kat rumah paling kurang pun satu periuk lauk per sekawah nasi..hoho. dan aku terpaksa meminta/memeras bahagian makanan daripada sahabat2 ku (sebab gastrik ya), mujurla wanita xkuat makan, dengan rela hati mereka (mereka ?) menyerahkan separuh bahagian makanan dorang kat aku..hehe. petang tu..

setelah selesai aktiviti, kami pun bergambar-gambir kat sana sebelum maghrib dan makan malam..hehe..


seorang sahabat yang baru ku kenal di sana..orang KK katanya.. lalu akupun berkawan dengannya.. xsangka pula jodoh kami berpanjangan sehingga kami terjumpa ditangga masjid politeknik kota kinabalu tatkala nak escape sembahyang (lol).. ingatkan alim sangat bersongkok tu..cheh


dan pada malam itu, aku tidur awal kerna keletihan..

keesokan paginya,
kami berpoco-poco..taklimat-kemudian buat jungle trekking.. licin jalan kat sini..almaklumla,iklim lembab dan basah.. oya,last aku mandi air panas hari tu, sampai skang aku xmandi..peluh pun xkeluar, sejuk ja memanjang..tu la pasal. hehe..

petang tu kami balik..lalalalalalaaa~ bestnya !

No comments: