Thursday 25 October 2012

PASAL BOS


Ni aku nak ceritakan sedikit al-kisah pasal bos …
Bos a.k.a majikan kita …
Yala, kan ada dua jenis bos …
Bos yang makan gaji, dan bos yang memberi pekerja gaji …
Di sini aku nak ceritakan tentang bos yang yang memberi pekerja gaji …
Pernah suatu masa dulu, ketika aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta bahagian telco …
Aku dengan sahabat2 ku bercerita mengenai bos kami …
Lalu ada seorang sahabat ni mula bertanya kepada kami …

Jenis bos yang macam mana kamu suka ?
Pertama : Bos yang garang tapi bagi kita duit besar dan tidak kedekut, atau …
Kedua : Bos yang tidak garang tapi bagi kita duit kecil dan kedekut …

Lalu aku menjawab, aku suka jenis bos yang pertama tu, iaitu bos yang garang tapi bagi kita duit besar …

Kemudian dia bertanya lagi kepadaku, kenapa pula ko suka jenis bos yang pertama?ko ble tahan meh hari2 ko kena marah ?

Lalu aku menjawab, ya,lebih baik hari2 kena marah, sekurang-kurangnya tidak juga aku mati !

Kemudian dia pun berkata, kalau balik2 kena marah, kemudian stress, pastu tinggi darah, pastu sakit jantung, pastu mati … macam mana boleh hidup oh kalau begitu … lepas ko kena marah dengan bos, mesti ko stress dan ko akan marah lagi sama girlfriend ko atau keluarga ko atau kawan2 ko … kan ?

Aku menjawab, bos marah mesti ada sebab … mungkin prestasi kerja kita tidak bagus, itulah sebabnya dia marah … kalau prestasi kerja kita bagus, aku rasa, bos nak marah kita pun tiada seleranya sudah … kan ?lagipun, banyak cara nak lepaskan stress, bergantung kepada kita saja tu camna nak melepaskan stress tu … daripada ko mo marah2 keluarga ko, girlfriend, anak bini dan kawan2 ko, bagus ko pigi marah dan pukul kasi mati pilak2 a.k.a PATI di kk ni … tu pun kalau ko bukan jenis yang ayam matila, jenis yang suka marah2 keluarga ko, girlfriend, anak bini dan kawan2 ko … hahahaa …

Kemudian, dia berkata, camna prestasi kerja kita mo bagus kalau hari2 kita kena marah? Sedangkan benda yang dia suruh buat tu mungkin baru pertama kali kita buat dan kita da tersilap buat? Kadang2 kita tak paham pun apa arahan yang dia berikan kepada kita … pastu, lau ada kesilapan, nak marah2 pula. Bukannya dia nak ajar kita buat kerja tu … kalau begitu hari2, boleh buat kita tertekan oh, silap2 tekanan jiwa sampai jadi gila …

Aku menjawab, di sinilah kita harus berani bersuara dan bercakap ! kalau aku suruh kita semua pukul bos kita yang garang tu, berani ? mestilah berani, sebab memang konfem kita akan menang dapat lanyak bos kita tu sampai masuk ICU … tapi kalau kita menyatakan ketidakpuasan hati kita kepada bos, berani ? Kita semualah sama2 menyuarakan, berani ? Aku rasa, kita tidak akan ada yang berani, kerna kita tahu pasti kita akan dimarahinya balik dan kita kalah … Oleh itu, apa yang perlu kita buat untuk mengatasinya adalah dengan memberanikan diri untuk bersuara kepada bos kita yang garang tu … jelaskan kepadanya mengenai permasalahan kita …

Kemudian dia berkata, cakap senangla …

Aku menjawab, kalau ko kekurangan duit, hutang keliling pinggang, sampai satu tahap ko kena tinggalkan girlfriend atau anak bini ko gara2 ko tiada duit, mo beli makanan pun susah, hari2 makan megi … kalau sakit, beli ubat pun xdapat. Camna ? boleh hidup ka kalau begitu ? Kalau aku, aku memang tidak boleh hidup begitu … aku tak mahu mati kebuluran dan hidup susah !

Kemudian dia berkata, yala, betul la apa yang ko cakapkan tu … kalau begitu, aku pun akan pilih bos yang garang tapi dapat banyak duit dan hidup senang … hehe … lebih bagus lau dapat bos yang tidak garang dan tidak kedekut dan banyak bagi kita duit …

Hahahahahaaa … kami pun ketawa beramai2 …

Kemudian ada seorang kawan ni berkata, mustahil la kita akan dapat bos yang begitu … seumur hidup aku 42 tahun didunia ni, belum pernah lagi aku jumpa bos yang  tidak garang dan bagi kita duit banyak …mungkin adalah bos begitu, tapi jarang2 dan payah untuk kita jumpa …

-  Habis -

Bos aku time tu adalah jenis bos yang kedua, iaitu tidak garang tapi kedekut dan bagi gaji yang sangat sedikit … tapi kerja bagai nak mampus !

Kamu pula suka jenis bos yang bagaimana? (soalan ditujukan kepada yang kuli2 sahaja, hehe…)


Monday 22 October 2012

MASALAH SOSIAL


Hahahaaa ! aku pun tak berapa nak berani mengulas mengenai masalah sosial zaman sekarang ni…
Aku sendiri ni pun bukan bagus sangat !

Apa maksudnya masalah sosial ni sebenarnya ?
Adakah masalah sosial ni mengenai masalah cara kita hidup bersosial ?

Ya …
Hidup bersosial amatlah digalakkan untuk kita masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum dan agama …
Oleh kerana tidak pandai bersosial dengan cara yang betul dan sehat, maka terjadilah apa yang disebutkan sebagai masalah sosial …
Ada yang terpengaruh dengan cara barat bersosial … minum arak, seks bebas, mengambil dadah haram, lumba haram, berjudi, pergaduhan dan seumpamanya …

Jadi, bagaimana cara bersosial yang betul dan seronok ?
1.  Kita main sport !
 2. Kita tengok wayang !
 3. Kita main masak-masak !
 4. Kita buat projek halal !
 5. Kita melepak pada masa dan tempat yang betul !

Ok, biar aku terangkan mengenai 5 pekara di atas ni …
Takut ada pula yang salah paham dan mengatakan itu semua adalah karut dan tidak seronok !

1.  Kita main sport !
Kalau ada yang rasa2 dah cukup hebat dan kuat, apa kata kita lawan main sport. Ada berani ? kita boleh   main bola sepak ! Futsal! Basketball ! Rugby ! Badminton ! Hoki ! Dan kalau rasa itu kurang mencabar apa kata kita main rock climbing ! panjat gunung kinabalu ! Bina badan ! Dan banyak lagi sport didunia ni mungkin kamu belum pernah main lagi.

2.  Kita tengok wayang !
Daripada tengok orang merempit yang hanya dapat lihat permulaan dan pengakhirannya saja, bagus kita tengok wayang ! Lebih banyak aksi ! Boleh tengok dalam 3D ! lebih banyak fantasi ! Lebih banyak cerita ! Berapa juta wayang sudah kamu tengok dalam dunia ni ? Silap2 mesti ada yang belum pernah tengok cerita ramboo yang pertama … hehe.

3. Kita main masak-masak !
Ini bukan main masak2 pakai daun beb ! Masak yang real punya ! Memang rugila orang yang tidak pandai memasak ni … kerna apa yang terasa dia ingin makan tak dapat, mungkin kerna masakan itu tidak terdapat di restoran atau kedai yang berhampiran. Contohnya jika kita kepingin nak makan kek lapis Sarawak ? Takkan kita nak ke Sarawak beb … lau dekat xpa la juga .. oleh itu, mari kita main masak2 ! Sapa lebih terer memasak ! Kita masak dan makan ramai2, pasti seronok ! Lepas kita masak ramai2 memasak dirumah, kemudian kita pergi berkelh dan makan di sana ! Seronok bukan ? Lagi satu, lau da pandai masak, kita boleh jual makanan ! Nasi goreng bungkus 50sen pun jadilah, dapat juga duit lebih dan boleh beli ipad !

4. Kita buat projek halal !
Yela, aku pun paham juga, kalau masih bersekolah tu, bukan ramai yang mak bapanya kaya mo bagi kita peruntukan untuk kita bermain sukan, tengok wayang dan main masak2 … so, apa kata kita buat projek halal ? Ya, projek cari duit ! kalau yang masih sekolah menengah tu, mo cari kerja manglah belum dapat lagila kan ? Mari kita buat projek halal ! Kita tengok rumah besar yang halamannya panjang sudah rumputnya, mari kita tebas itu rumput dan meminta upahnya ! Kita tengok kebun siapa yang banyak buah atau sayuran, mari kita tolong kutipkan dan meminta upah ! kita tengok siapa yang mo pindah rumah, kita tolong angkat barang dan minta upah ! Mari kita kutip tin2 kosong dan kita jual di tempat kitar semula ! Kita pancing ikan di sungai dan kita jual ! Kalau ada halaman tanah kita yang luas, mari kita tanam sayur lepas tu jual sama jiran2 kita ! Tanam cili di pasu pun jadila !

5. Kita melepak pada masa dan tempat yang betul !
Hujung minggu time cuti sekolah, mesti bosankan. Apa kata kita lepak main gitar ! Kita lepak buat kerja sekolah ramai2 sambil minum jus oren dan makan kuih pisang ! Kita lepak tengok dvd dirumah beramai2 sambil makan keropok ikan ! Kita lepak di perpustakaan baca buku mengenai sejarah dan kehebatan dunia ! Kita lepak di rumah sambil bercerita sampai tertidur di rumah kawan2 ! Lagi bagus kalau kita melepak di masjid dan meramaikan jemaah !

Ya…
Inilah cara bersosial …
Terpulanglah kepada ibubapa, sama ada mahu melihat anak2 bersosial dengan cara yang sihat atau inginkan melihat anak2 kita bersosial dengan cara yang tidak sihat! Bersosial adalah wajib dalam hidup bermasyarakat. Dengan bersosial cara yang sihat dan betul, kita boleh mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan perpaduan antara kita dan mencapai kemajuan !

Owwyyeeaaaaaahhhhhhhhhhh !!!!!

Saturday 20 October 2012

KALAU TAMAK


Kerja ?
Sebenarnya aku malas untuk menceritakan perihal kerja aku di sini atau di abadikan di sini …
Kerna, buat masa ini aku belum ada mood untuk bercerita lagi …
Hehehe …
Jangan marah …
Mungkin aku boleh memberikan sedikit tips kepada anda …
Seringkali kita mendengar ungkapan “orang yang tamak, selalu rugi”
Bagi aku ungkapan itu adalah salah !
Kerna orang yang tamak ini sebenarnya mempunyai keinginan yang lebih daripada orang lain …
Ketamakan boleh jadi tamak terhadap harta benda, nama, pangkat, pingat, ilmu, kejayaan dan seumpamanya …
So, “orang yang tamak, selalu untung” …
Owwyeahhh ….
Oopppsssss !!!!
Nanti dulu …
Ungkapan “orang yang tamak, selalu untung” masih kurang sesuai digunakan …
Kerna, jika tamak yang meluap-luap, tetapi tiada usaha atau malas untuk mendapatkannya, tiada gunanya juga …
Oleh itu …
“orang yang tamak, selalu untung kalau rajin”
Barulah sesuai !
Owwwyeahhhhhhh !!



Thursday 18 October 2012

999

Siapa xtau apa itu nombor 999 ?
Ya …
999 merupakan nombor panggilan kecemasan yang popular di Malaysia sehingga diiklankan ke dalam TV…
Kebakaran? Kecederaan? Kecurian?
Telefon saja nombor kecemasan 999 …
Pasti akan tiba bomba, ambulans dan polis …

Tapi …

Hakikatnya, nombor ni mang boleh digunapakai ka?
Ada sapa2 yang pernah mencoba mendail nombor 999 ni?

Ada!!

Aku … 
hehe …
Aku pernah dua kali call nombor ni pada dua situasi cemas yang berbeza …
Situasi pertama adalah ketika kereta aku punya ex-bos dulu kena langgar … 
kejadian ini berlaku pada tahun 2010 …
Orang yang melanggar tu mati2 tidak mahu mengaku itu adalah salahnya dan tidak mahu membayar ganti rugi… 
kejadian itu berlaku di kawasan kampong orang yang melanggar tersebut …
Ketika keadaan semakin menjadi kecoh dan tidak terkawal … 
aku try la call nombor 999 ni untuk menghubungi pihak polis trafik sebagai langkah penyelesaian …
Ok, aku call … kemudian ada operator wanita menjawab … dan terdapat beberapa pertanyaan dari wanita tersebut dan aku menjawabnya … antara pertanyaan yang ditanya adalah seperti lokasi kejadian,  nama pemanggil (akula tu), dan seumpamanya… lebih kurang hamper 40minit kami berbual dan menunggu… aku masih xdapat panggilan yang betul2 ke pejabat polis trafik yang berdekatan… aiyo…sampai panas handphone aku bertelefon…tapi xda hasil!!!
Akhirnya, aku call beliau aku, minta nombor balai polis trafik yang berdekatan, bru aku dapat … nasibla time tu battery handphone aku penuh… kalau abis battery gara2 call talian 999, apa akan jadi? Aku rasa memang bertetakan sudah kami time tu dan ada yang mati… lau tak pun kekurangan anggota badan…


Ini kejadian yang kedua, berlaku pada tahun lepas …
Di mana seorang penunggang motor cedera parah di kakinya, banyak darah yang keluar …
Oleh kerna aku antara orang yang terawal yang nampak kejadian tersebut dan melihat keadaan penunggang itu, lalu dengan sepantas kilatnya aku mencapai handphone aku untuk mendail talian kecemasan 999 untuk menghubungi ambulans … dan xsampai 15minit, aku dah letak penggilan tersebut kerna terlalu lama prosesnya … nasib ada seorang doctor yang mungkin dalam perjalanan untuk kembali ke tempat kerjanya melihat mangsa tersebut … selepas rawatan awal kecemasan diberinya kepada mangsa tersebut, baru dia call ambulans, tapi yang pastinya bukan nombor 999 … keadaan mangsa tersebut sudah pucat dan xbermaya kerna banyak keluar darahnya … nasib baik ada doctor yang baik hati untuk melihat keadaan mangsa tersebut … kalau tidak? Dengan hanya berbekalkan ilmu CPR, dan nombor 999… mungkin mangsa tersebut tidak dapat diselamatkan …

Dua situasi cemas di atas adalah pengalaman yang benar2 berlaku pada aku …
Dan bukannya direka2 untuk memburuk2kan nombor talian kecemasan 999 …
Kalau anda xpercaya, anda boleh mencobanya sendiri …
Mungkin, itulah sebab kenapa lebih sejuta ‘panggilan palsu’ dilaporkan berlaku di Malaysia pada setiap tahun …
Mungkin, itu sebenarnya bukanlah panggilan palsu, tapi panggilan cemas yang benar2 berlaku, tetapi akhirnya tiada apa2 yang dapat dilakukan dan panggilan itu ditamatkan sampai situ sahaja … kerna telah menyedari bahawa mereka telah membuat panggilan yang sia2 …

Kesimpulannya, jangan mengharapkan sangat panggilan kecemasan 999 …
Lebih baik menghubungi kenalan anda yang tahu akan nombor telefon polis, bomba dan ambulans yang berdekatan dengan anda … jangan anda pertaruhkan nyawa manusia dengan menghubungi talian kecemasan 999 !!!
 Aku tak tahu la lau dekat semenanjung talian 999 ni boleh digunapakai atau tidak, tapi kalau di sabah, memang tak boleh pakai. Gerenti punya!!!!

Tuesday 16 October 2012

BERHATI2 KETIKA HENDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KETIKA MEMBELI-BELAH

Ni kejadian yang berlaku pada 2 minggu lepas …
Ngam2 lepas gaji … hehe …
Pa lagi, shopping la beli barang2 makanan sikit2…
Bajet dalam poket time tu adala rm20 …
So, aku beli magi, sardin, kaki ayam, sup bunjut, fish ball dan daun sup …
aku kira2 secara rambang, adalah dalam rm10 …
tapi, sekali buat pembayaran, rm16++ …
dengan anugerah tuhan aku mempunyai daya kepekaan yang baik, aku pun terperasan yang orang di kaunter tadi silap kira …
ya …
setelah aku meneliti resitnya semula …
daun sup aku yang rm0.65 jadi rm6.50 …
lalu aku pun berjumpa semula dengan orang yang serv aku dikaunter tadi dan memberitahunya yang dia telah tersilap kira, orang tu pun telah mengakuinya dan memberi semula wang yang tersalah kira tu kepada aku …
nasib baiklah time tu baru ja lepas gaji …
cubala kena buat time bulan2 tua …
silap2 ada yang kena cocok lubang hidungnya …
hoho …

so, kesimpulannya … 
berhati2 lah kita ketika hendak membuat pembayaran di kaunter ketika membeli-belah, terutama dalam kuantiti yang banyak … 
kalau boleh, rancanglah dulu perbelanjaan dari rumah, agar mudah ketika mengawal perbelanjaan, dan jika ada yang tersilap kira, mudah untuk kita mengesaninya… hehe..

Thursday 4 October 2012

MIMPIKU

Mimpi …

Asal aku mimpi ja, pasti ada something akan berlaku …
Seolah-olah apa yang akan aku mimpikan, pasti akan berlaku …

Wallahualam …

Inginku kongsikan sedikit mengenai kisah aku bermimpi lalu ianya menjadi kenyataan …
mimpiku 2012 ...
Sekian lama aku xupdate blog, disebabkan aku fed up dengan laptopku yang tersangatlah uzurnya …
USB da xble detect, screen da patah lipatannya, mudah panas, mudah hang …

NOW ! dengan laptop yg uzur ini akan ku gagahi jua mengupdate blog yang da terlanjur ku ciptakan ...

Ok, 
sebelum ni, pada bulan april 2012, aku pernah bermimpi di mana sahabat Girl aku ni yang kelihatan jelas mukanya telah menangis teresak2 yang amat sangat mencurahkan keringat dan air matanya atas sesuatu kejadian yang amat memilukan ulu hatinya, di ‘pantry’ kami … kejadian itu berlaku diramal pada bulan julai 2012 …

Pejam …

Celik …

Tiba la sudah bulan Julai 2012 … 
ya…rupanya memang si Girl itu menangis dan amat bersedih hati kerna telah diselingkuhi dan breakheart dengan kekasih hatinya!

Cool huh !


Ini, the latest mimpi …

3 kali berjurut aku mimpikan pekara yang sama ! 
tetapi pada bulan yang berlainan iaitu – Julai, Ogos, & September …
Dan aku jangka akan berlaku dalam tahun 2012 ini juga … September – Disember 2012 …
Dan ! mungkin ! akan berlaku 3 pekara besar dan rare yang kurang elok (musibah) pada 3 bulan yang berlainan …
Dan lagi ! 1 pekara sudah pun berlaku … kini mungkin menunggu 2 pekara lagi untuk berlaku …



bersambung ...