Thursday 25 October 2012

PASAL BOS


Ni aku nak ceritakan sedikit al-kisah pasal bos …
Bos a.k.a majikan kita …
Yala, kan ada dua jenis bos …
Bos yang makan gaji, dan bos yang memberi pekerja gaji …
Di sini aku nak ceritakan tentang bos yang yang memberi pekerja gaji …
Pernah suatu masa dulu, ketika aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta bahagian telco …
Aku dengan sahabat2 ku bercerita mengenai bos kami …
Lalu ada seorang sahabat ni mula bertanya kepada kami …

Jenis bos yang macam mana kamu suka ?
Pertama : Bos yang garang tapi bagi kita duit besar dan tidak kedekut, atau …
Kedua : Bos yang tidak garang tapi bagi kita duit kecil dan kedekut …

Lalu aku menjawab, aku suka jenis bos yang pertama tu, iaitu bos yang garang tapi bagi kita duit besar …

Kemudian dia bertanya lagi kepadaku, kenapa pula ko suka jenis bos yang pertama?ko ble tahan meh hari2 ko kena marah ?

Lalu aku menjawab, ya,lebih baik hari2 kena marah, sekurang-kurangnya tidak juga aku mati !

Kemudian dia pun berkata, kalau balik2 kena marah, kemudian stress, pastu tinggi darah, pastu sakit jantung, pastu mati … macam mana boleh hidup oh kalau begitu … lepas ko kena marah dengan bos, mesti ko stress dan ko akan marah lagi sama girlfriend ko atau keluarga ko atau kawan2 ko … kan ?

Aku menjawab, bos marah mesti ada sebab … mungkin prestasi kerja kita tidak bagus, itulah sebabnya dia marah … kalau prestasi kerja kita bagus, aku rasa, bos nak marah kita pun tiada seleranya sudah … kan ?lagipun, banyak cara nak lepaskan stress, bergantung kepada kita saja tu camna nak melepaskan stress tu … daripada ko mo marah2 keluarga ko, girlfriend, anak bini dan kawan2 ko, bagus ko pigi marah dan pukul kasi mati pilak2 a.k.a PATI di kk ni … tu pun kalau ko bukan jenis yang ayam matila, jenis yang suka marah2 keluarga ko, girlfriend, anak bini dan kawan2 ko … hahahaa …

Kemudian, dia berkata, camna prestasi kerja kita mo bagus kalau hari2 kita kena marah? Sedangkan benda yang dia suruh buat tu mungkin baru pertama kali kita buat dan kita da tersilap buat? Kadang2 kita tak paham pun apa arahan yang dia berikan kepada kita … pastu, lau ada kesilapan, nak marah2 pula. Bukannya dia nak ajar kita buat kerja tu … kalau begitu hari2, boleh buat kita tertekan oh, silap2 tekanan jiwa sampai jadi gila …

Aku menjawab, di sinilah kita harus berani bersuara dan bercakap ! kalau aku suruh kita semua pukul bos kita yang garang tu, berani ? mestilah berani, sebab memang konfem kita akan menang dapat lanyak bos kita tu sampai masuk ICU … tapi kalau kita menyatakan ketidakpuasan hati kita kepada bos, berani ? Kita semualah sama2 menyuarakan, berani ? Aku rasa, kita tidak akan ada yang berani, kerna kita tahu pasti kita akan dimarahinya balik dan kita kalah … Oleh itu, apa yang perlu kita buat untuk mengatasinya adalah dengan memberanikan diri untuk bersuara kepada bos kita yang garang tu … jelaskan kepadanya mengenai permasalahan kita …

Kemudian dia berkata, cakap senangla …

Aku menjawab, kalau ko kekurangan duit, hutang keliling pinggang, sampai satu tahap ko kena tinggalkan girlfriend atau anak bini ko gara2 ko tiada duit, mo beli makanan pun susah, hari2 makan megi … kalau sakit, beli ubat pun xdapat. Camna ? boleh hidup ka kalau begitu ? Kalau aku, aku memang tidak boleh hidup begitu … aku tak mahu mati kebuluran dan hidup susah !

Kemudian dia berkata, yala, betul la apa yang ko cakapkan tu … kalau begitu, aku pun akan pilih bos yang garang tapi dapat banyak duit dan hidup senang … hehe … lebih bagus lau dapat bos yang tidak garang dan tidak kedekut dan banyak bagi kita duit …

Hahahahahaaa … kami pun ketawa beramai2 …

Kemudian ada seorang kawan ni berkata, mustahil la kita akan dapat bos yang begitu … seumur hidup aku 42 tahun didunia ni, belum pernah lagi aku jumpa bos yang  tidak garang dan bagi kita duit banyak …mungkin adalah bos begitu, tapi jarang2 dan payah untuk kita jumpa …

-  Habis -

Bos aku time tu adalah jenis bos yang kedua, iaitu tidak garang tapi kedekut dan bagi gaji yang sangat sedikit … tapi kerja bagai nak mampus !

Kamu pula suka jenis bos yang bagaimana? (soalan ditujukan kepada yang kuli2 sahaja, hehe…)


Monday 22 October 2012

MASALAH SOSIAL


Hahahaaa ! aku pun tak berapa nak berani mengulas mengenai masalah sosial zaman sekarang ni…
Aku sendiri ni pun bukan bagus sangat !

Apa maksudnya masalah sosial ni sebenarnya ?
Adakah masalah sosial ni mengenai masalah cara kita hidup bersosial ?

Ya …
Hidup bersosial amatlah digalakkan untuk kita masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum dan agama …
Oleh kerana tidak pandai bersosial dengan cara yang betul dan sehat, maka terjadilah apa yang disebutkan sebagai masalah sosial …
Ada yang terpengaruh dengan cara barat bersosial … minum arak, seks bebas, mengambil dadah haram, lumba haram, berjudi, pergaduhan dan seumpamanya …

Jadi, bagaimana cara bersosial yang betul dan seronok ?
1.  Kita main sport !
 2. Kita tengok wayang !
 3. Kita main masak-masak !
 4. Kita buat projek halal !
 5. Kita melepak pada masa dan tempat yang betul !

Ok, biar aku terangkan mengenai 5 pekara di atas ni …
Takut ada pula yang salah paham dan mengatakan itu semua adalah karut dan tidak seronok !

1.  Kita main sport !
Kalau ada yang rasa2 dah cukup hebat dan kuat, apa kata kita lawan main sport. Ada berani ? kita boleh   main bola sepak ! Futsal! Basketball ! Rugby ! Badminton ! Hoki ! Dan kalau rasa itu kurang mencabar apa kata kita main rock climbing ! panjat gunung kinabalu ! Bina badan ! Dan banyak lagi sport didunia ni mungkin kamu belum pernah main lagi.

2.  Kita tengok wayang !
Daripada tengok orang merempit yang hanya dapat lihat permulaan dan pengakhirannya saja, bagus kita tengok wayang ! Lebih banyak aksi ! Boleh tengok dalam 3D ! lebih banyak fantasi ! Lebih banyak cerita ! Berapa juta wayang sudah kamu tengok dalam dunia ni ? Silap2 mesti ada yang belum pernah tengok cerita ramboo yang pertama … hehe.

3. Kita main masak-masak !
Ini bukan main masak2 pakai daun beb ! Masak yang real punya ! Memang rugila orang yang tidak pandai memasak ni … kerna apa yang terasa dia ingin makan tak dapat, mungkin kerna masakan itu tidak terdapat di restoran atau kedai yang berhampiran. Contohnya jika kita kepingin nak makan kek lapis Sarawak ? Takkan kita nak ke Sarawak beb … lau dekat xpa la juga .. oleh itu, mari kita main masak2 ! Sapa lebih terer memasak ! Kita masak dan makan ramai2, pasti seronok ! Lepas kita masak ramai2 memasak dirumah, kemudian kita pergi berkelh dan makan di sana ! Seronok bukan ? Lagi satu, lau da pandai masak, kita boleh jual makanan ! Nasi goreng bungkus 50sen pun jadilah, dapat juga duit lebih dan boleh beli ipad !

4. Kita buat projek halal !
Yela, aku pun paham juga, kalau masih bersekolah tu, bukan ramai yang mak bapanya kaya mo bagi kita peruntukan untuk kita bermain sukan, tengok wayang dan main masak2 … so, apa kata kita buat projek halal ? Ya, projek cari duit ! kalau yang masih sekolah menengah tu, mo cari kerja manglah belum dapat lagila kan ? Mari kita buat projek halal ! Kita tengok rumah besar yang halamannya panjang sudah rumputnya, mari kita tebas itu rumput dan meminta upahnya ! Kita tengok kebun siapa yang banyak buah atau sayuran, mari kita tolong kutipkan dan meminta upah ! kita tengok siapa yang mo pindah rumah, kita tolong angkat barang dan minta upah ! Mari kita kutip tin2 kosong dan kita jual di tempat kitar semula ! Kita pancing ikan di sungai dan kita jual ! Kalau ada halaman tanah kita yang luas, mari kita tanam sayur lepas tu jual sama jiran2 kita ! Tanam cili di pasu pun jadila !

5. Kita melepak pada masa dan tempat yang betul !
Hujung minggu time cuti sekolah, mesti bosankan. Apa kata kita lepak main gitar ! Kita lepak buat kerja sekolah ramai2 sambil minum jus oren dan makan kuih pisang ! Kita lepak tengok dvd dirumah beramai2 sambil makan keropok ikan ! Kita lepak di perpustakaan baca buku mengenai sejarah dan kehebatan dunia ! Kita lepak di rumah sambil bercerita sampai tertidur di rumah kawan2 ! Lagi bagus kalau kita melepak di masjid dan meramaikan jemaah !

Ya…
Inilah cara bersosial …
Terpulanglah kepada ibubapa, sama ada mahu melihat anak2 bersosial dengan cara yang sihat atau inginkan melihat anak2 kita bersosial dengan cara yang tidak sihat! Bersosial adalah wajib dalam hidup bermasyarakat. Dengan bersosial cara yang sihat dan betul, kita boleh mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan perpaduan antara kita dan mencapai kemajuan !

Owwyyeeaaaaaahhhhhhhhhhh !!!!!

Saturday 20 October 2012

KALAU TAMAK


Kerja ?
Sebenarnya aku malas untuk menceritakan perihal kerja aku di sini atau di abadikan di sini …
Kerna, buat masa ini aku belum ada mood untuk bercerita lagi …
Hehehe …
Jangan marah …
Mungkin aku boleh memberikan sedikit tips kepada anda …
Seringkali kita mendengar ungkapan “orang yang tamak, selalu rugi”
Bagi aku ungkapan itu adalah salah !
Kerna orang yang tamak ini sebenarnya mempunyai keinginan yang lebih daripada orang lain …
Ketamakan boleh jadi tamak terhadap harta benda, nama, pangkat, pingat, ilmu, kejayaan dan seumpamanya …
So, “orang yang tamak, selalu untung” …
Owwyeahhh ….
Oopppsssss !!!!
Nanti dulu …
Ungkapan “orang yang tamak, selalu untung” masih kurang sesuai digunakan …
Kerna, jika tamak yang meluap-luap, tetapi tiada usaha atau malas untuk mendapatkannya, tiada gunanya juga …
Oleh itu …
“orang yang tamak, selalu untung kalau rajin”
Barulah sesuai !
Owwwyeahhhhhhh !!



Thursday 18 October 2012

999

Siapa xtau apa itu nombor 999 ?
Ya …
999 merupakan nombor panggilan kecemasan yang popular di Malaysia sehingga diiklankan ke dalam TV…
Kebakaran? Kecederaan? Kecurian?
Telefon saja nombor kecemasan 999 …
Pasti akan tiba bomba, ambulans dan polis …

Tapi …

Hakikatnya, nombor ni mang boleh digunapakai ka?
Ada sapa2 yang pernah mencoba mendail nombor 999 ni?

Ada!!

Aku … 
hehe …
Aku pernah dua kali call nombor ni pada dua situasi cemas yang berbeza …
Situasi pertama adalah ketika kereta aku punya ex-bos dulu kena langgar … 
kejadian ini berlaku pada tahun 2010 …
Orang yang melanggar tu mati2 tidak mahu mengaku itu adalah salahnya dan tidak mahu membayar ganti rugi… 
kejadian itu berlaku di kawasan kampong orang yang melanggar tersebut …
Ketika keadaan semakin menjadi kecoh dan tidak terkawal … 
aku try la call nombor 999 ni untuk menghubungi pihak polis trafik sebagai langkah penyelesaian …
Ok, aku call … kemudian ada operator wanita menjawab … dan terdapat beberapa pertanyaan dari wanita tersebut dan aku menjawabnya … antara pertanyaan yang ditanya adalah seperti lokasi kejadian,  nama pemanggil (akula tu), dan seumpamanya… lebih kurang hamper 40minit kami berbual dan menunggu… aku masih xdapat panggilan yang betul2 ke pejabat polis trafik yang berdekatan… aiyo…sampai panas handphone aku bertelefon…tapi xda hasil!!!
Akhirnya, aku call beliau aku, minta nombor balai polis trafik yang berdekatan, bru aku dapat … nasibla time tu battery handphone aku penuh… kalau abis battery gara2 call talian 999, apa akan jadi? Aku rasa memang bertetakan sudah kami time tu dan ada yang mati… lau tak pun kekurangan anggota badan…


Ini kejadian yang kedua, berlaku pada tahun lepas …
Di mana seorang penunggang motor cedera parah di kakinya, banyak darah yang keluar …
Oleh kerna aku antara orang yang terawal yang nampak kejadian tersebut dan melihat keadaan penunggang itu, lalu dengan sepantas kilatnya aku mencapai handphone aku untuk mendail talian kecemasan 999 untuk menghubungi ambulans … dan xsampai 15minit, aku dah letak penggilan tersebut kerna terlalu lama prosesnya … nasib ada seorang doctor yang mungkin dalam perjalanan untuk kembali ke tempat kerjanya melihat mangsa tersebut … selepas rawatan awal kecemasan diberinya kepada mangsa tersebut, baru dia call ambulans, tapi yang pastinya bukan nombor 999 … keadaan mangsa tersebut sudah pucat dan xbermaya kerna banyak keluar darahnya … nasib baik ada doctor yang baik hati untuk melihat keadaan mangsa tersebut … kalau tidak? Dengan hanya berbekalkan ilmu CPR, dan nombor 999… mungkin mangsa tersebut tidak dapat diselamatkan …

Dua situasi cemas di atas adalah pengalaman yang benar2 berlaku pada aku …
Dan bukannya direka2 untuk memburuk2kan nombor talian kecemasan 999 …
Kalau anda xpercaya, anda boleh mencobanya sendiri …
Mungkin, itulah sebab kenapa lebih sejuta ‘panggilan palsu’ dilaporkan berlaku di Malaysia pada setiap tahun …
Mungkin, itu sebenarnya bukanlah panggilan palsu, tapi panggilan cemas yang benar2 berlaku, tetapi akhirnya tiada apa2 yang dapat dilakukan dan panggilan itu ditamatkan sampai situ sahaja … kerna telah menyedari bahawa mereka telah membuat panggilan yang sia2 …

Kesimpulannya, jangan mengharapkan sangat panggilan kecemasan 999 …
Lebih baik menghubungi kenalan anda yang tahu akan nombor telefon polis, bomba dan ambulans yang berdekatan dengan anda … jangan anda pertaruhkan nyawa manusia dengan menghubungi talian kecemasan 999 !!!
 Aku tak tahu la lau dekat semenanjung talian 999 ni boleh digunapakai atau tidak, tapi kalau di sabah, memang tak boleh pakai. Gerenti punya!!!!

Tuesday 16 October 2012

BERHATI2 KETIKA HENDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KETIKA MEMBELI-BELAH

Ni kejadian yang berlaku pada 2 minggu lepas …
Ngam2 lepas gaji … hehe …
Pa lagi, shopping la beli barang2 makanan sikit2…
Bajet dalam poket time tu adala rm20 …
So, aku beli magi, sardin, kaki ayam, sup bunjut, fish ball dan daun sup …
aku kira2 secara rambang, adalah dalam rm10 …
tapi, sekali buat pembayaran, rm16++ …
dengan anugerah tuhan aku mempunyai daya kepekaan yang baik, aku pun terperasan yang orang di kaunter tadi silap kira …
ya …
setelah aku meneliti resitnya semula …
daun sup aku yang rm0.65 jadi rm6.50 …
lalu aku pun berjumpa semula dengan orang yang serv aku dikaunter tadi dan memberitahunya yang dia telah tersilap kira, orang tu pun telah mengakuinya dan memberi semula wang yang tersalah kira tu kepada aku …
nasib baiklah time tu baru ja lepas gaji …
cubala kena buat time bulan2 tua …
silap2 ada yang kena cocok lubang hidungnya …
hoho …

so, kesimpulannya … 
berhati2 lah kita ketika hendak membuat pembayaran di kaunter ketika membeli-belah, terutama dalam kuantiti yang banyak … 
kalau boleh, rancanglah dulu perbelanjaan dari rumah, agar mudah ketika mengawal perbelanjaan, dan jika ada yang tersilap kira, mudah untuk kita mengesaninya… hehe..

Thursday 4 October 2012

MIMPIKU

Mimpi …

Asal aku mimpi ja, pasti ada something akan berlaku …
Seolah-olah apa yang akan aku mimpikan, pasti akan berlaku …

Wallahualam …

Inginku kongsikan sedikit mengenai kisah aku bermimpi lalu ianya menjadi kenyataan …
mimpiku 2012 ...
Sekian lama aku xupdate blog, disebabkan aku fed up dengan laptopku yang tersangatlah uzurnya …
USB da xble detect, screen da patah lipatannya, mudah panas, mudah hang …

NOW ! dengan laptop yg uzur ini akan ku gagahi jua mengupdate blog yang da terlanjur ku ciptakan ...

Ok, 
sebelum ni, pada bulan april 2012, aku pernah bermimpi di mana sahabat Girl aku ni yang kelihatan jelas mukanya telah menangis teresak2 yang amat sangat mencurahkan keringat dan air matanya atas sesuatu kejadian yang amat memilukan ulu hatinya, di ‘pantry’ kami … kejadian itu berlaku diramal pada bulan julai 2012 …

Pejam …

Celik …

Tiba la sudah bulan Julai 2012 … 
ya…rupanya memang si Girl itu menangis dan amat bersedih hati kerna telah diselingkuhi dan breakheart dengan kekasih hatinya!

Cool huh !


Ini, the latest mimpi …

3 kali berjurut aku mimpikan pekara yang sama ! 
tetapi pada bulan yang berlainan iaitu – Julai, Ogos, & September …
Dan aku jangka akan berlaku dalam tahun 2012 ini juga … September – Disember 2012 …
Dan ! mungkin ! akan berlaku 3 pekara besar dan rare yang kurang elok (musibah) pada 3 bulan yang berlainan …
Dan lagi ! 1 pekara sudah pun berlaku … kini mungkin menunggu 2 pekara lagi untuk berlaku …



bersambung ...

Sunday 29 July 2012

AKU SEDIH MELIHAT KAMU BEGINI !


wahai warga bangsaku !
bangunlah dari di ulit keenakan tidur dan mimpi mu !
berdiri !
dan berjalanlah kamu ke hadapan !
menggapai sesuatu !
untuk bangsamu !
agar menjadi antara bangsa yang
paling disegani !
paling dihormati !
paling tinggi nilai peribadinya !

usahlah kamu saling menjatuhkan antara kamu ...
sesungguhnya itu adalah bodoh ...
bangkitlah jika ingin berdiri ...
bersama berdiri dan menikmati kerakusan dunia ...
dan sama-sama kita hadapi ...
dan akhirnya hanya tinggal kita saja yang masih mampu tersenyum berdiri ...

Saturday 28 July 2012

UJI PERSONALITI DIRI ANDA !



Bayangkan 5 pekara ni berlaku serentak pada masa yang sama :

1. Air mendidih di dapur.
2. Air paip melimpah dalam bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu rumah. 


yang mana satu kamu akan buat dulu ?












sudah pilih ?














nak tahu apakah personaliti anda terhadap pasangan anda berdasarkan jawapan anda ?

































Sila lihat di bawah ini :


Jika memilih untuk tutup air mendidih kat dapur - maksudnya korang mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing korang.

Jika memilih untuk tutup paip air yang melimpah tu - maksudnya korang mementingkan kekayaan, wang ringgit dan harta.

Jika memilih untuk pujuk baby yang menangis - maksudnya korang pentingkan cinta dan kasih sayang.

Jika memilih untuk mengangkat telefon yang berbunyi - maksudnya korang pentingkan akhlak, budi bahasa, dan perlakuan pasangan korang.

Jika memilih untuk membuka pintu - maksudnya korang pentingkan paras rupa, fizikal luaran dan personaliti pasangan korang.


Wednesday 20 June 2012

AZAM 2012 ?


skang da bulan Jun ..
atau bulan enam ...
separuh tahun 2012 sudah aku lalui ...
tahun 2012 yang penuh kontroversi sehingga terwujudnya filem "2012" ...
hehehe ...

whateverrr ...

tapi, baru aku teringat ...
aku ada azam pula di tahun 2012 ni rupanya ... (klik)
fufufufufufffuuuuu ...

hmm...
azam no.3 dan azam no.10 (just overhaul) ja baru aku dapat capai ...
yang lain2 ?


insya-allah BOLEH !! (trademark rancangan 'adik-adikku')

Wednesday 13 June 2012

BURUT

apa itu burut ?
burut adalah sejenis penyakit hernia ...

apa itu hernia ?


hernia atau dalam bahasa Latinnya, herniae, membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantong dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

hernia merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam – sehingga 10 kali ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk.

benjolan pada abdomen akan mengganggu penderitanya bergantung kepada besar benjolan. Biasanya, keadaan penyakit akan bertambah parah akibat daripada aktiviti-aktiviti seperti membuang air besar, batuk ataupun ketika mengangkat bebanan yang berat yang memberikan tekanan pada rongga abdomen yang lemah seperti pada daerah trigonom hekselba, femoralis, dan anulus internus.

hernia bukanlah penyakit turunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut. Bagi orang dewasa, Hernia terjadi karena dua faktor utama.

pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut, yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya, Hernia pada orang dewasa terjadi pada usia lanjut, kerana pada usia tersebut, otot dinding rongga perut melemah.

sejajar dengan bertambahnya umur, organ dan jaringan tubuh mengalami proses degenerasi. Bagi wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya daerah yang lemah. Keadaan-keadaan itu, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam "daerah perbatasan" yang lemah tersebut dan menonjol ke luar.


Secara Umum Ada Dua Jenis Hernia :

Internal Hernia :
berada dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar. Contoh bagi Hernia jenis ini ialah Diafragmatic Hernia yang terjadi akibat adanya celah di diafragma (otot pemisah antara bahagian perut dengan dada) kerana pembentukan diafragma yang tidak sempurna. Contoh lainnya adalah Hiatal Hernia esofagus, terjadi melalui celah masuknya esofagus yang masuk dari rongga dada, serta banyak lagi jenis lainnya.

External Hernia :
dari jenis hernia ini yang paling sering dijumpai adalah Hernia Inquinal yang muncul di lipat paha dan Umbilical Hernia yang muncul di daerah pusat. Bayi umumnya mengalami External Hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Siapa Yang Berisiko ?

golongan obes berisiko tinggi mendapat penyakit Abdominal Hernia dan Inquinal Hernia selain Umbilical Hernia. Inquinal Hernia atau pasang surut adalah paling diperkatakan di negara ini, dengan ramai masih tidak biasa dengan Hernia Umbilical yang menyerang Aishah Rose, wanita obes yang ceritanya pernah disiarkan di media massa sebelum ini.

Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.


kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm.

hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat empat tahun.

Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan. Antara faktor risiko kejadian Hernia Umbilical pada orang dewasa wanita adalah wanita yang beranak ramai, keterlaluan gemuk dan mereka yang menghidap penyakit Cirrhosis hati, Ascites dan penyakit paru-paru seperti lelah.

Tahap-tahap Hernia:

1. Reponible:
benjolan di daerah lipat paha atau umbilikus tampak keluar masuk (kadang-kadang terlihat menonjol, kadang-kadang tidak). Benjolan ini membezakan Hernia dari tumor yang umumnya tidak berubah-ubah. Ini adalah tanda yang paling sederhana dan ringan yang boleh dilihat dari External Hernia.

2. Irreponible:
benjolan yang ada tidak bergerak atau berada dalam satu kedudukan sahaja, baik di lipat paha maupun di daerah pusat. Pada Inguinal Hernia misalnya, air, usus atau omentum (penggantungan usus) masuk ke dalam rongga yang terbuka kemudian tersepit dan tidak boleh keluar lagi.

3. Incarcerata:
pada peringkat ini, sumbatan pada saluran makanan sudah terjadi di bahagian benjolan.

4. Strangulata:
hernia pada peringkat ini dilihat berada di dalam situasi parah dengan pembuluh darah yang sudah tersepit. Selain benjolan dan gejala-gelaja seperti mual dan muntah, tidak lalu makan, perut kembung dan tidak boleh buang air besar, gejala lain juga muncul, seperti demam dan dehidrasi. Jika tidak diambil langkah sewajarnya, pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan akan terjadi penimbunan racun yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Akibatnya, terjadi sepsis iaitu kuman dan toksin berkumpul di dalam darah sekaligus mengancam nyawa.

ada kalanya, usus yang tersumbat di dalam rongga boleh mengalami gangren apabila bekalan darah berkurangan dan tiada bekalan oksigen. Ia boleh berlaku hanya dalam masa beberapa jam. Apabila usus mengalami gangren, ia boleh reput dan boleh membahayakan pesakit. Pesakit biasanya datang dengan gejala perut buncit dan kembung, bengkak pada celah paha yang tidak berkurangan, kulit bahagian terbabit juga kemerah-merahan dan sakit, selain muntah-muntah. Dalam keadaan ini, pembedahan kecemasan diperlukan untuk mengeluarkan usus yang mengalami gangren. Usus yang tertinggal akan disambung semula. Jika pesakit datang ke hospital pada masa yang awal, besar kemungkinan usus tersepit boleh dipulangkan ke tempat asal dalam perut tanpa mengeluarkannya.

Pembedahan

terdapat dua kaedah pembedahan untuk merawat Hernia dengan yang bersaiz kecil di bawah lima sm, torehan kecil dibuat di bawah pusat dan Sarang Hernia dibuang dan ditutup dengan beberapa jahitan di kawasan Linea Alba mengunakan benang yang tidak reput. Bagi Hernia bersaiz besar, mesh’ (jaringan) diperlukan dan ia akan diletak di bawah kawasan lubang Hernia sebelum ditutup dengan jahitan. Pembedahan ini dilakukan dengan pesakit dibius keseluruhan dan proses pemulihan berlaku dengan cepat, membolehkan melakukan aktiviti normal selepas dua minggu.

selain pembedahan konvensional, kini terdapat terapi yang tidak invasif tanpa memerlukan torehan yang besar menggunakan teknik laparoskopik. Sebanyak tiga torehan kecil sepanjang antara lima hingga 10 milimeter akan dilakukan. Oleh kerana itu, rawatan ini memerlukan kepakaran yang amat tinggi. Luka yang kecil ini juga memungkinkan penyembuhan yang lebih cepat. Paling penting, risiko hernia berulang adalah amat rendah menggunakan pembedahan laparoskopik berbanding pembedahan konvensional.

kelebihan pembedahan laparoskopik, pesakit mengalami kesakitan yang amat kurang manakala risiko jangkitan kuman juga rendah. Pesakit juga sudah boleh bergerak dari katil dalam tempoh beberapa jam selepas pembedahan dan kembali melakukan rutin harian lebih cepat. Pesakit Hernia yang selamat dibedah boleh mengalami kes berulang dalam masa beberapa bulan ke setahun.

bagaimanapun, apabila Hernia berulang setelah dua tahun atau lebih, kelemahan yang berlaku mungkin telah berkembang kepada Incarcerata atau tercekik.

untuk mencegahnya daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, berhenti merokok dan jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran selain melakukan kerja-kerja yang lebih ringan dan menurunkan berat badan.

jangan mengurut Hernia kerana ia adalah sangat berbahaya. Tekanan ke atas Hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.


sumber : klik

Thursday 7 June 2012

Sunday 3 June 2012

AKHIRNYA

baru puas ati aku dapat tengok citer drama Cinderella's Stepsister sampai abis !!!!!!!!

setelah tergantung menonton drama tersebut pada tahun lepas ...
kini aku telah membeli dvdnya untuk menonton sehingga abis drama tersebut ...
owwyeaahhh !!!

Friday 18 May 2012

AKU KE TAMAN BURUNG LABUAN

owwyeeaahhhh !
sekali lagi aku ber-rekreasi di pulau labuan ...
setelah sekian lama meninjau2 + bertanya2 tempat rekreasi di labuan ni ...
akhirnya ku temui jua selama aku 3 bulan lebih hidup di labuan ...




huhh ~
panas beb ...
baru jalan sikit da nak duduk ...
nasibla xramai orang ...
lau x, konfem penuh tempat berehat ni ...

 
ini kat dalam sangkar besar burung ...
tapi, baunya, tahan2 kan hati saja lau mo bernafas di dalamnya ...
huhuhuuu~

ni sangkar burung murai ...
begini rupanya sang "murai" yang sebenar ...







anyway, tersangatla best di taman burung labuan ni ...
besar dan memuaskan hati ...
time ni belum round habis lagi ...
maybe next time ja la datang lagi ...
xsanggup nak round lagi sebab da penat dan dahaga dan laparrr ...

siapa yang nak datang sini, pastikan bawala air banyak2 ...
takut semput di tengah jalan ...
hehehee ...




errmmm,
sapa agaknya yang tolong ambik gambar aku tu ya?
hehee ...

Saturday 14 April 2012

ADAKAH PATUT ?

undang-undang tetap undang-undang !

beb ...
aku seorang yang sentiasa mematuhi undang-undang ...
undang-undang jalanraya khasnya ...
sudah mula tawar hati mo mematuhi undang-undang jalanraya ni ...

sekadar gambar hiasan

ADAKAH PATUT ?
aku dikenakan saman atas sebab nombor plat aku pecah yang baru lepas terlanggar anjing !
camna aku mo ganti nombor plat aku bila sudah malam?

punya palui polis traffik di labuan ni!!

kamu dapat komisen ka saman2 orang ni wahai si gumuk buncit?
ptuihhhh !!!

"ok la bang...lau nak saman, samanla..pa ble buat.." 
Nanti gaduh, lagi banyak saman yang bukan2 dia kasi ma aku ...

OK, the next day on monday ...
aku pigila byar saman kat polis traffik labuan ...

"RM150 dik, xble buat rayuan...", kata makcik kat kaunter pembayaran saman di balai polis traffik labuan.

Mang sah la orang2 polis traffik labuan ni miskin sampai nak songlap duit rakyat!
PTUIIHHHHHH !

aku di fahamkan makcik tu orang dari semananjung ...
ada masalah perkauman ka kak dengan bumiputra di labuan ni?



P/s : kalau ada pihak yang terasa dan xpuas hati, boleh komen dengan ID anda yang sebenar di blog atau komen aku difacebook.

Saturday 17 March 2012

RELEASE TENSION

Huuu ... lama da x update blog ...

Sibuk, sibuk, SIbuk, sIBUk ...
aku mang kaki sibuk sekarang nih ...
sehari xsibuk, xsah !

hehe ...

skang ni aku pun masih sibuk, tapi nak release tension jap update blog ...
huhu...

cool huh ? - baru pas makan...hehe

 sahabat aku, rock steady dan tunangnya ...


Ni aku berekreasi bersama sahabat sekerja aku di tepi pantai "Waterpark" Labuan ...
lihat saja belakangku itu banyak kapal2 kecil dan besar tengah sibuk melepak ...

Minggu lepas 10/3/2012 ...
alang2 da plan berkelah di tepi pantai, of coz la aktiviti memancing di jalankan ...
kami seramai 6 orang, masing2 dengan joran sendiri (xtermasuk tunang rock steady) ...
dengan menaiki kancil ku 4x4 ke sana ...
hohoo ...

 aku dan rock steady ...

dari pagi sehingga ke petang ... inilah tangkapan terhebatku...kerapu beb! besar tak?hehe..












huhuuu ...

Monday 13 February 2012

KARNIVAL RAKYAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN -part2

macam-macam acara yang ada di karnival ini ...
xrugi lau xturun ...
dengan suasana yang kurang jem dan sangat selesa ...
sangat berpadanan untuk acara riadah keluarga pada hari tersebut ...

"selesa"
maksud aku tanpa kebanjiran warga PATI ...
lalu kebersihan pun sangat terjaga ...
xda kumpulan2 membuat onar yang menyesakkan minda dan hati ...

OK, saksikanlah beberapa gambar (autoshow) yang aku ambil menggunakan kamera henfon murah aku ni ...
huhuu ...












part 1 (klik)

Saturday 11 February 2012

KARNIVAL RAKYAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

huhh ...
nak ke UK (Ujana Kewangan) ...
tiba-tiba ada satu suara riuh rendah berhampiran UK ...

lalu kami pun menuju ke arah suara tersebut ...

OPPSSsss!!!

rupa-rupanya ada Karnival Rakyat Hari Wilayah Persekutuan Labuan yang bermula pada hari ini sehingga esok (11/02/2012 - 12/02/2012) (klik)

dah klik?

OK, antara acara yang bakal berlangsung ialah acara autoshow scooter, acara tarik tali, acara tarian singa, konsert, pertandingan karaoke dan persembahan bunga api.

sebelum kami balik tadi, aku sempat mengambil beberapa gambar autoshow scooter dengan menggunakan kamera henfon murah aku ni ... (sorry jika gambar kurang memuaskan =( )








 cuba perhatikan betul2 scooter 4 biji kat belakang tu... 
aku rasa mereka yang akan menang...
kreatif !!



petang ni nak turun lagi kot? tengokla lau rajin... 


part 2 (klik)

Monday 6 February 2012

KENCING TIKUS


kencing tikus?? so what?

aku rasa, pasti ramai da tahu yang kencing tikus ni boleh membawa maut..!!!
(boleh rujuk >> (sini), (sini) dan (sini)) - JANGAN TAK BACA !

SO ...
aku ada beberapa tips yang berguna bagi mengelakkan terkena kencing tikus ni ...

1. pastikan tiada tikus di rumah yang telah kamu diami selama bertahun-tahun tu (of course la kan..he)
2. kalau rumah kamu yang telah lama kamu tinggalkan (maksudnya rumah kamu tu telah lama terbiar), sebelum kamu mendiaminya semula, pastikan kamu cuci/basuh segala peralatan dalam rumah kamu seperti pisau, pinggan/mangkuk, sudu/garfu/sudip/chopstick, kuali, cawan/gelas, sikat rambut, gayung, baldi/besen mandi, bantal, tilam, selimut dan etc.
3. pastikan barang makanan kamu di rumah sentiasa di tutup (bagi mengelakkan daripada makanan kamu dijamah oleh tikus).
4. pastikan haiwan peliharaan di rumah kamu sentiasa bersih.
5. kalau kamu terlihat kesan gigitan tikus pada pakaian, kotak dan sebagainya, pastikan bahagian tersebut di potong dan di buang menggunakan sarung tangan. nyawa itu lebih berharga dari barang kamu.

INGAT !!!
JANGAN PANDANG REMEH AKAN PENYAKIT KENCING TIKUS KERNA IANYA DENGAN SEKELIP MATA BOLEH MEMBAWA MAUT TANPA GEJALA PENYAKIT YANG JELAS !!!!


Wednesday 1 February 2012

SUARA DARI LANGIT?

minggu lepas ...
kecoh satu malaysia tentang kejadian yang berlaku di kota semarahan sarawak ...
iaitu kejadian kedengaran suara seperti dengkuran dari langit ...


pelbagai spekulasi dan andaian timbul ...
namun , jawapannya telah pun terungkai ...
menurut fakta sains dan logik berkaitan punca bunyi tersebut ...



pada pendapat peribadi aku ...
walau apapun bunyi tersebut ...
bagi aku mang pelik ...
kerna sebelum ni pihak kilang terbabit memaklumkan bahawa bunyi tersebut bukanlah dari kilang tersebut yang telahpun beroperasi lebih 10 tahun?
kenapa baru sekarang bunyi tersebut baru wujud setelah sekian lama beroperasi?




hehee ...

ITULAH SEBABNYA KENAPA KAMI DI SABAH ...

1st of all ...
siapa yang tidak setuju ngan aku, ble komen di bawah ...
lau takut, ble gunakan nama anonymous untuk komen ...

ini bukan pekara baru berlaku di Sabah ...
aku ...
anak jati sabah ...
berbangsa kedayan (klik sini) ...
selalu sangat melihat kejadian sebegini berlaku di sabah ...

majoritinya yang melakukan 'ONAR' ini adalah keturunan-keturunan PATI ...
(yaa ... aku tau kamurang ada mykad sudah sekarang.. makinla kamu naik kepala kan...)


di sabah ni ada dua kumpulan saja yang tidak sealiran ...
iaitu kumpulan anak jati tempatan sabah dan kumpulan keturunan PATI ...

kenapa?
lihat sajala ... datang ke tanah orang bikin onar ...
napa kamu ngak buat onar di negara kamu sendiri ya?
kerna kamu takut ya di tempat kamu, lalu membuat onar di sini?
sebab orang sabah ini baik2 aja sifatnya kan ...




Sunday 29 January 2012

SAKIT GIGI

what da fak !

23 tahun aku hidup, lum pernah aku mengalami sakit gigi seseksa begini !
arghhhhhhhh !!!!

lebih kurang camtu la lubang gigi aku tu..
sebelum ni da tampal..time aku darjah 6 kot? ...
tapi skang ni da pecah ...

siksanya sakit gigi ni, masya-allah ...
nanti kamu pun akan merasainya juga sendiri apabila kamu akan meningkat dewasa (untuk budak2 remaja bawah umur tu ya..hoho)
mungkin sakit gigi ni akan timbul setiap kali kita nak membesar ke fasa seterusnya kot?
hmmm...

penyeksaan ini bermula pada malam 18/01/2012 (khamis lepas) ...
sangat berdenyut2 xterhingga..ngam2 la pula time da larut malam..
nak cari obat pun kedai da tutup ..!
so, xda cari lain, aku sumbat lubang di gigi aku tu ngan colgate, baru lega sikit..

xsampai sejam, sakit lagi!
kumur2 lu, pastu sumbat lagi guna colgate ...
huhhh, baru lega balik ...

xsampai sejam, sakit lagi !!!!!
kumur2 lu, pastu sumbat lagi ngan colgate !!!!!
huhhh, baru lega balik ...

XSAMPAI SEJAM, SAKIT LAGIIII !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bushh! bukk! dushh! 
tumbukan padu seni kungfu wing chun pada dinding simen !!

sampaila keesokan harinya ...
penderitaan itu belum reda lagi sehingga aku xsedar yang aku da lewat nak datang ofis !
da terlanjur lambat, aku terus ambik MC ...

aku ke ofis lu, buat permohonan cuti ngan encik hassan,
pastu pergi klinik gigi ambik ubat sakit gigi ...
ubat tahan sakit ngan antibiotik ...
sumanya RM12 ...
cisss...

bermacam2 petua dari member aku kat opis ni bagi ma aku...
tapi paling mujarab aku rasa adalah kumur2 menggunakan air garam ...
pastikan suhu air garam tu suam2 ...he..
tapi, lega tuk tempoh sejam dua ja ...
selepas makan, teruslah kumur2 menggunakan air garam ...


two days later ...

argghhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!
gusi aku da bengkak la pula !
xble nak tergegar sikit gigi aku ni ...
lau x, macam ombak rindu rasanya siksanya diriku ...

menu mkanan terpaksa di tukar kepada megi berkuah dan bubur sahaja ...
ubat dari klinik gigi tu da xberkesan lagi ...
aku cari ubat lain, kali ni aku cuba paracetamol ...
wah...
ternyata berkesan ...!

dan pagi ni aku dah ble makan karipap!

lalalalaaaa ~





minggu depan plan nak cabut gigi ...
setakat doktor gigi, AKU TAK GENTAR LA !!!!!!!!!!!!!!!!
(saja ja tu nak memotivasikan diri sendiri...huhu..huhhh)

Saturday 28 January 2012

AT FERRY TERMINAL WAWASAN (LABUAN)










who can see my kancil? hehee..
if u want go to labuan with your k-car..
RM55 only (with driver, not with passenger)


hehe ...