Wednesday, 9 September 2015

TANGKAL, AZIMAT DAN ANJING. DI MANA SILAPNYA?

Assalamualaikum WBT buat pembaca di luar sana..

Semalam saya ada terjumpa sebuah post di facebook mengenai penjualan azimat, iaitu sebuah baju hitam yang di isi dengan tulisan2 arab/jawi dan kalimah Allah, ikat kepala seperti gambar yang tertera di penghujung penulisan ini.

Sesungguhnya mempercayai sesuatu benda atau makhluk boleh bertindak menyebabkan terjadinya kesan - maka itu adalah syirik. kerna yang berkuasa, yang memberi gerakan atau kuasa dan memberi kesan / bekas itu hanya Allah sahaja yang mampu melakukan. Kita ciptaan-Nya ini tiadalah daya dan upaya melainkan Allah.

Baiklah, berhubung dengan isu azimat atau tangkal ini, akan saya sertakan berkenaan dengan isu anjing. Isu azimat dan anjing ini saya fokuskan mengenai bagaimana kedua isu ini boleh menjadi bersalahan untuk di bawa ke dalam kegiatan atau kehidupan harian kita walaupun ianya tidak bersalahan. Sesuatu yang tidak salah dipraktikkan tetapi boleh menjadi kesalahan dalam mempraktikkannya. Berlandaskan ilmu yang saya ada..di sini saya huraikan sedikit berkenaan azimat dan anjing dalam cara mempraktikkan ke dalam kehidupan harian kita, jika salah mohon ditegur, dan jika betul, semoga dapat dijadikan pedoman. In sha Allah.

Menyimpan atau mengambil manfaat daripada sesuatu yang kita sebut sebagai azimat itu tidaklah salah dan itu adalah harus. Tapi yang salahnya adalah apabila kita mempercayai azimat itulah yang boleh bertindak sendiri memberikan manfaatnya..sedangkan segala manfaat itu adalah datangnya dari Allah yang berkuasa.

Saya berikan contoh untuk lebih jelas lagi maksudnya, cuba anda bayangkan ketika anda hendak masuk ke hutan untuk berburu..takkan lah kita hendak masuk ke dalam hutan dengan hanya memakai seluar pendak, tak berbaju dan tak bertopi?bukankah itu boleh mendatangkan padah bahaya pada jasad kita seperti digigit serangga atau ditusuk duri halus dan bersentuh dengan tumbuhan yang menyebabkan alergi kepada kulit kita.?

Sudah tentulah kita akan berpakaian yang sesuai seperti memakai pakaian yang tahan lasak yang boleh melindungi tubuh kita daripada mudarat dan memudahkan kita untuk bergerak. Tetapi, janganlah pula kita berkeyakinan bahawa pakaian yang kita pakai itu mendatangkan manfaat dengan sendirinya, Sedangkan yang memberi manfaat melalui pakaian kita itu adalah daripada Allah. Seperti juga perihal makan nasi yang memberi kita kenyang, bukan nasi itu yang memberi kita kenyang..tetapi Allah yang memberi kita kenyang. Ada orang makan nasi pun tak kenyang, minum air pun tak hilang haus. Kerna apa?kerna manfaat itu datang dari Allah (Iradat).

Janganlah pula lagi kita berkeyakinan bahawa jika kita tidak memakai pakaian itu boleh menyebabkan mudarat. Ingatlah, yang memberikan mudarat itu bukanlah disebabkan kita tidak memakai pakaian itu, tetapi pakaian itu yang diberikan manfaat oleh Allah untuk mengelakkan kemudaratan. dan kemudaratan itu datangnya juga dari Allah (Iradat).

Inilah pegangan yang harus kita pegang dalam mengamalkan dan mempraktikkan azimat. Apa yang kita sebutkan dengan azimat ini hanyalah pada nama sahaja. Daun pandan pun kita boleh gelarkan tangkal bagi mengelakkan daripada serangan tikus. Racun tikus juga boleh kita gelarkan sebagai tangkal untuk membunuh tikus dan memerlukan beberapa taktik untuk menjayakannya. Para anbiya juga diberikan azimat. Dan ada apa pada nama sedangkanlah Allah lah pemiliknya.

Tetapi perlu diingatkan! Azimat ini juga boleh menyebabkan kesalahan apabila terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan melalui kepercayaan ini untuk mengaut keuntungan harta benda dan duit masyarakat! Konon ilmunya tinggi, dia tahu segala benda dan manfaatnya..lalu di praktikkannya kepada masyarakat dan mengenakan bayaran yang tinggi. sedangkan azimat itu tiadalah manfaatnya malah, mendatangkan pula mudarat. Mengambil kesempatan terhadap masyarakat yang sedang lemah di landa musibah, lalu di bentangkan azimat dengan 1001 azimat pelbagai manfaatnya. Indah khabar dari rupa, masyarakat di tipu, yang sakit bertambah sakit..duit dah habis dibelanjakan untuk azimat. Masyarakat diperbodohkan! dan pekara sebeginilah yang kita mahu elakkan! bagi yang tahu, haruslah kita tepis, tolak ke tepi dan berikan pengajaran kepada pihak terbabit! Ini boleh menyebabkan kekecohan terhadap masyarakat dan kecelaruan dalam keluarga. Dan ini adalah tidak baik dan membinasakan! Atas sebab inilah kita harus elakkan azimat. nama azimat itu sendiri telah merosakkan, sedangkan azimat itu memberikan kebaikan, tetapi atas nama azimat itulah yang memudaratkan.

Habis di sini huraian saya mengenai azimat. Sambung pula mengenai anjing.

Anjing di pegang tak haram, dan anjing itu najis. dan najis itu haram dipegang kalau tiada sebab yang munasabah untuk dipegang kerana sengaja hendak mengotorkan diri dengan najis. dan najisnya anjing itu apabila adanya kebasahan. Jika tiada kebasahan disentuh anjing itu dalam keadaan kering, maka tak haram.

Baiklah, anjing hanya jatuh haram di sentuh apabila disentuh dalam keadaan basah. dan haramnya anjing disentuh dalam keadaan basah kerana ianya adalah najis. Dan najis ini kotor. Dan bila terkena najis anjing ini, wajib disertu pada bahagian yang terkena najis. Jika tidak disertu, najis anjing ini akan menjejaskan ibadat kita. Tak boleh nak solat. Sebab di selubungi najis. Atas sebab itu anjing tak boleh dekat dengan orang islam. Sebab anjing itu najis, najis itu kotor, apabila kotor wajib disertu. Jika tak disertu akan menjejaskan ibadat. Tak sah solat sebab ada najis belum di sertu. dan ini menyusahkan orang islam untuk beribadat. Apabila menyusahkan, untuk mendirikan solat akan menjadi beban, kerna perlu disertu jika terkena anjing. Dan anjing jarang dalam keadaan kering, pasti ada kebasahan pada anjing itu setiap masa yang tidak kita ketahui. Oleh itu orang islam harus menjauhi anjing. Agar anjing tidak menjadi beban untuk orang islam beribadat mendirikan solat 5 waktu.

Selesai. Wallahu'alam.




Gambar ini saya perolehi daripada group jual beli (klik) di dalam facebook