Sunday 29 June 2014

Aku berbekam sebab sakit kaki

Ni cerita jumaat yang lepas. Awal pagi lagi aku dengan beliau bini ke city mall kota kinbalu. Di sana ada satu tempat berbekam, milik melayu semenanjung. Tunggu2 dr jm10...belum lagi buka..jam10.30 baru la datang orangnya buka kedai...melayu2..hurm. Gambar di bawah ni la kedainya.


Kalau hendak berbekam, rm20/cup. Refleksologi kaki pula, rm30/30 minit. Menurutnya, berbekam boleh membuang darah kotor/toksin dan darah beku dalam badan, seterusnya melancarkan peredaran darah dalam badan. Refleksologi kaki pula untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

Oleh kerna kaki aku sakit, mungkin ada tanda2 gout..aku mo bekam kaki aku ni untuk buangkan asid urik/toksin yang mungkin telah berkumpul kat kaki aku ni. Dicadangkan buat 10 cup bahagian kaki hingga paras lutut. 2 cup percuma di bahagian pinggang. Kemudian diberi satu ubat herba di raja (kononnya ler) yang berharga rm350 sebotol kecik untuk diminum. Total yang perlu dibayar adalah rm550. "Redha je la..sesungguhnya ini adalah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit..mudah2an allah sembuhkanlah penyakitku ini..amin YRA".

Sunday 8 June 2014

Me do the sketching.

Setelah sekian lama aku tak melukis. Paling last aku lukis2 kartun ni time aku tingkatan lima. Time tu masih top lagi zaman komik kat kampung aku. Now i am 25. Hari ini tiba2 aku terasa hendak melukis pula. So, aku minta used paper dan pensil tekan kat housemate aku. Dalam masa 40 minit, terhasil la lukisan di bawah ni. 


Friday 6 June 2014

Part III. - Mencari kawan sejati umpama mencari berlian dilonggokan kaca.

Malam ni aku free. (Sambungan dari entri yang lepas (klik))

Aku tahu ini semua tak adil...aku tahu semua ini akan terjadi...
Wahai pembaca blogku sekalian, aku tahu aku bukanlah seorang yang genius. Oleh itu untuk mencari kawan sejati bukanlah mudah untukku, kerana aku bukanlah seorang yang genius. Hanya yang genius saja boleh mencari berlian dilonggokan kaca.

Ok. Masa senang, kita akan punyai ramai kawan. Masa susah, kita akan kehilangan kawan. Itulah hakikatnya kehidupan kita. Memang tak boleh diubah dari zaman sebelum firaun lagi. Maka, pilihlah...mahu ramai kawan, kita mesti jadi senang. Mahu hilang kawan, kita mesti jadi susah.

Kawan makan kawan. Jangan biarkan diri menjadi makanan kawan kita. Kita harus sentiasa sedar bahawa dunia tidak akan pernah tidur kecuali sudah mati. Maka berwaspadalah selalu. Jika kita jenis yang tak suka makan kawan, maka jangan jadikan diri kita jadi makanan pula.

Kawan tak kenang budi. Come on...memang kawan kita tu tak boleh harap. Dia pun manusia jugak. Lembik. Jangan mengharap sangatlah mereka akan membalas budi kita nanti. Apa yang kita boleh harapkan adalah budi kita kat kawan kita tu akan menjadi saham di akhirat kelak. Itu pasti.

Kawan pengkhianat. Ni biasa terjadi. Kita 100 percent percaya kawan kita tu, tapi tiba2 dia jadi pengkhianat pula. Kawan kita tu manusia juga, lembik macam sayur. Jadi kita ni haruslah bijak dalam mempercayai kawan kita tu dan haruslah sentiasa bersedia untuk dikhianati. Dalam memberikan amanah, kita wajib berawas dan menyediakan langkah2 keselamatan.

Kawan tak boleh pakai. Sampah masyarakat. Kita jangan ikut mereka ni. Abaikan. Tapi kita nasihatkan dulu sikit, lau tak berhasil, abaikan terus biar mampus. Kalau tak, kita yang akan turut mampus sebab terjebak sama.

Sekian rumusan aku.

Wednesday 4 June 2014

AKU TRY GINKGO BILOBA - part 2

Hari ni hari kedua aku makan ginkgo biloba.
Asal tengah hari ja, aku rasa sangat mengantuk lalu tertidur dengan nyenyak lebih 1 jam! "Barula ni aku tidur begini time bekerja. Sebelum2 ni, biar mengantuk macam mana sekalipun atau kurang tidur, paling2 pun setengah jam ja aku tidur." Ok,itu satu.
Kedua, aku merasa teramatlah haus! Sekali minum 3 gelas air kosong! Dari bangun pagi sampai nak tido mslam, macam tak pandai hilang haus aku ni.
Yang ketiga pula, aku feel little dizzy..macam mamai2. U know mamai?macam pening orang yang baru bangun tido tu.
Ok,itulah yang dapat ku rasa perubahan setelah aku mengambil ubat tu.

Tuesday 3 June 2014

AKU TRY GINKGO BILOBA - part 1

Ginkgo biloba merupakan . . . (klik sini)
Herba tumbuhan ini telah diperkenalkan oleh seorang sahabat kepada aku. Katanya ubat ini boleh melancarkan peredaran darah. So, aku tryla cari kat farmasi dilabuan ni..dan aku jumpala produk yg di bawah ni. Harganya RM50 dan ada 100 biji tablet. Di mana sehari 3 kali makan,1biji sekali.




Serba sedikit tentang khasiat ginkgo biloba ini adalah ianya boleh melancarkan peredaran darah dalam badan dan seterusnya menguatkan memori kita.