Thursday 25 October 2012

PASAL BOS


Ni aku nak ceritakan sedikit al-kisah pasal bos …
Bos a.k.a majikan kita …
Yala, kan ada dua jenis bos …
Bos yang makan gaji, dan bos yang memberi pekerja gaji …
Di sini aku nak ceritakan tentang bos yang yang memberi pekerja gaji …
Pernah suatu masa dulu, ketika aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta bahagian telco …
Aku dengan sahabat2 ku bercerita mengenai bos kami …
Lalu ada seorang sahabat ni mula bertanya kepada kami …

Jenis bos yang macam mana kamu suka ?
Pertama : Bos yang garang tapi bagi kita duit besar dan tidak kedekut, atau …
Kedua : Bos yang tidak garang tapi bagi kita duit kecil dan kedekut …

Lalu aku menjawab, aku suka jenis bos yang pertama tu, iaitu bos yang garang tapi bagi kita duit besar …

Kemudian dia bertanya lagi kepadaku, kenapa pula ko suka jenis bos yang pertama?ko ble tahan meh hari2 ko kena marah ?

Lalu aku menjawab, ya,lebih baik hari2 kena marah, sekurang-kurangnya tidak juga aku mati !

Kemudian dia pun berkata, kalau balik2 kena marah, kemudian stress, pastu tinggi darah, pastu sakit jantung, pastu mati … macam mana boleh hidup oh kalau begitu … lepas ko kena marah dengan bos, mesti ko stress dan ko akan marah lagi sama girlfriend ko atau keluarga ko atau kawan2 ko … kan ?

Aku menjawab, bos marah mesti ada sebab … mungkin prestasi kerja kita tidak bagus, itulah sebabnya dia marah … kalau prestasi kerja kita bagus, aku rasa, bos nak marah kita pun tiada seleranya sudah … kan ?lagipun, banyak cara nak lepaskan stress, bergantung kepada kita saja tu camna nak melepaskan stress tu … daripada ko mo marah2 keluarga ko, girlfriend, anak bini dan kawan2 ko, bagus ko pigi marah dan pukul kasi mati pilak2 a.k.a PATI di kk ni … tu pun kalau ko bukan jenis yang ayam matila, jenis yang suka marah2 keluarga ko, girlfriend, anak bini dan kawan2 ko … hahahaa …

Kemudian, dia berkata, camna prestasi kerja kita mo bagus kalau hari2 kita kena marah? Sedangkan benda yang dia suruh buat tu mungkin baru pertama kali kita buat dan kita da tersilap buat? Kadang2 kita tak paham pun apa arahan yang dia berikan kepada kita … pastu, lau ada kesilapan, nak marah2 pula. Bukannya dia nak ajar kita buat kerja tu … kalau begitu hari2, boleh buat kita tertekan oh, silap2 tekanan jiwa sampai jadi gila …

Aku menjawab, di sinilah kita harus berani bersuara dan bercakap ! kalau aku suruh kita semua pukul bos kita yang garang tu, berani ? mestilah berani, sebab memang konfem kita akan menang dapat lanyak bos kita tu sampai masuk ICU … tapi kalau kita menyatakan ketidakpuasan hati kita kepada bos, berani ? Kita semualah sama2 menyuarakan, berani ? Aku rasa, kita tidak akan ada yang berani, kerna kita tahu pasti kita akan dimarahinya balik dan kita kalah … Oleh itu, apa yang perlu kita buat untuk mengatasinya adalah dengan memberanikan diri untuk bersuara kepada bos kita yang garang tu … jelaskan kepadanya mengenai permasalahan kita …

Kemudian dia berkata, cakap senangla …

Aku menjawab, kalau ko kekurangan duit, hutang keliling pinggang, sampai satu tahap ko kena tinggalkan girlfriend atau anak bini ko gara2 ko tiada duit, mo beli makanan pun susah, hari2 makan megi … kalau sakit, beli ubat pun xdapat. Camna ? boleh hidup ka kalau begitu ? Kalau aku, aku memang tidak boleh hidup begitu … aku tak mahu mati kebuluran dan hidup susah !

Kemudian dia berkata, yala, betul la apa yang ko cakapkan tu … kalau begitu, aku pun akan pilih bos yang garang tapi dapat banyak duit dan hidup senang … hehe … lebih bagus lau dapat bos yang tidak garang dan tidak kedekut dan banyak bagi kita duit …

Hahahahahaaa … kami pun ketawa beramai2 …

Kemudian ada seorang kawan ni berkata, mustahil la kita akan dapat bos yang begitu … seumur hidup aku 42 tahun didunia ni, belum pernah lagi aku jumpa bos yang  tidak garang dan bagi kita duit banyak …mungkin adalah bos begitu, tapi jarang2 dan payah untuk kita jumpa …

-  Habis -

Bos aku time tu adalah jenis bos yang kedua, iaitu tidak garang tapi kedekut dan bagi gaji yang sangat sedikit … tapi kerja bagai nak mampus !

Kamu pula suka jenis bos yang bagaimana? (soalan ditujukan kepada yang kuli2 sahaja, hehe…)


No comments: