Wednesday 30 November 2011

RARE ARTIST IN MALAYSIA

artis bertopeng malaysia
-bandi (amuk)-


artis paranormal malaysia
-uncle seekers (seekers)-


artis magik malaysia
-syahril (fuyoo magik)-


artis orang asli malaysia
-abu bakar ellah-


artis wanita pemain gambus malaysia
-fauziah gambus-

Tuesday 29 November 2011

SABAH DI AMBANG KRITIKAL !!

*klik untuk paparan yang lebih jelas

PATI DI SABAH MULAI BERANI BERSUARA DAN MEMBERONTAK !!!




TAK GUNA BELAJAR AGAMA SAMPAI KE MESIR ...

*klik untuk paparan yang lebih jelas



..KALAU SETAKAT NAK RIAK DAN TAKBUR !!!

Monday 28 November 2011

PROGRAM ASTRO MEMBAWA MAUT

aku tension+stress tul ngan astro ni, asal iklan ja, mesti sound jadi kuat..asal iklan ja, sound jadi kuat...

lau orang sakit jantung, da lama mati gara2 menonton rancangan astro ni ! what the fuck akal manusia bodoh yang menguatkan sound iklan secara mendadak kat rancangan/channel astro ni ?! channel lain, xpla sound kuat sangat lau time nak iklan ..
whatever tujuan nak sengaja kuatkan sound secara mendadak time nak iklan, itu bisa membunuh penonton.. true or not, u try urself ! damn moron !
orang menonton tv, nak release tension/strees, bukannya nak menambahkan tension/stress !! damn ass !..da la semalam mlaysia vs bahrain 2-3 (superb tension if  u see the game)..

fuck u astro..memonopolikan rakyat malaysia.. 

aku betul2 stress tengok astro ni!!!!!

Saturday 26 November 2011

HOTEL DI SABAH - part 5


KISAH CINTA MONYET

adakah kamu tengah bercinta skang ?
adakah kamu bercinta monyet ?
atau bercinta serupa monyet ?
atau kamu bercinta terus berperangai seperti monyet ?
atau menyintai monyet ?

go die at homeless to cinta monyet.. damn im so racist with this monyet!
kepada budak2 yang belum tumbuh bulu ketiak yang sibuk nak bercinta, kenapa kamu nak bercinta ?(damn)
adakah kerna kamu ingin berkahwin ? atau nak tunjuk eksen ? atau nak dapat upah bekapel ? or what?
aku peduli apa la kan whatever alasan kamu (to budak2 belum tumbuh bulu ketiak)..
yang aku nak gitau..with my experiment..eh,silap..with my experience, budak2 bercinta time skolah rendah/menengah is bodoh dan pondan belaka ..if u want to make fun, its ok.. but if u take it seriously.. its fuck u.

kamu mo bercinta, after abis sekolah pun kamu ble bercinta even nak kahwin sekalipun boleh. kan? whole in your life at school dihabiskan untuk bercinta (selain belajar)?TROLOLOL..

xda benda lain lagi ka yang ble dibuat selain itu? cuba kamu fikir, benda apakah yang kamu ble buat time skola, tapi xble nak buat lagi bila lepas abis skola? xdapat fikir? huh, lembab ..

next time aku nak buat entry mengenai camna aku ble bercinta..tu pun lau ada mood la..jika sudah jodoh, even ko xcari pun, ble datang bergolek kat ko ! tahu! so, xpayah sibuk nak menggatal kecuali ko mang gatal..hahaha~


Friday 25 November 2011

AKU, BURSA DAN SENGALNYA

MAAKKKK AAAIIIHHHHH !!!
boring geng di rumah dengan kaki berbalut simen nih..mo ja aku cabut.. tapi takut xsembuh pla kaki ni, then rugi je bayar buat pembedahan lau xjuga baik..
huhh.. damn tired berehat.. rasa mo terajang orang ja nih..
nak jalan pun, but susah la pula nak jalan guna satu kaki.. terenjut2 jalan.. baby
30 november ni baru bleh buka simen ni..
xsabarnya menunggu..
hehehehee ..

ive got a plan already after that day..hehe

TOP 10 PASSWORD


Tahun lalu, Imperva mengesan 32 juta passwords yang dicuri dari RockYou (hacked website), lalu mngesan top10 password yang paling popular :


1. 123456
2. 12345
3. 123456789
4. Password
5. iloveyou
6. princess
7. rockyou
8. 1234567
9. 12345678
10. abc123 

ni kali password untuk akaun benda yang cikai2 ja nih..

Thursday 24 November 2011

HOTEL DI SABAH - part 4


MARI SOKONG SOFTWARE CETAK ROMPAK


menurut ustaz azhar idrus.. xharam kita menggunakan dan menjual software cetak rompak.. oleh kerna software ini dari negara kafir yahudi, maka maka lebih elok gunakan software cetak rompak bagi menjatuhkan ekonomi kaum kafir yahudi..sesungguhnya perbuatan kafir yahudi menjatuhkan ekonomi umat islam adalah lebih teruk lagi..

Wednesday 23 November 2011

PASTIKAN GADGET ANDA


JANGAN TERSALAH ORDER !

BUAT BAIK BERPADA-PADA ..


HAMPIR-HAMPIR terpedaya ...

HOTEL DI SABAH - part 3


SANICONE

ni la sanicone kalau kamu nak tau..tapi bukan sanicone yang ni aku nak cerita.. ini "sanicone" untuk wanita yang LOLOLOLOL

jeng, jeng!! ni la sanicone wanita ! hehehee.. kamu tau tengok ka tidak ni? sanicone in direka khas untuk wanita yang geli nak duduk kat mangkuk tandas (kalau jenis tandas duduk tu kan perempuan kena duduk lau nak kencing).. inilah solutionnya ! almaklumla..(tandas awam), kamu xtau orang yang duduk kat tandas tu sebelum kamu ada penyakit kulit kat punggung dia..kan, pastu kamu duduk juga kat situ, pastu terjangkitla kamu akan penyakit kulit tersebut,, (eyyuu)

camna sanicone boleh selesaikan masalah ini? dengan sanicone ini, maka jangan terkejut kamu boleh kencing berdiri serupa lelaki..haha.. (so,xperlu nak duduk lagi lau nak kencing) bagaimana nak gunakan sanicone ni? kamu lihat rajah di bawah ..



sumber : www.sanicone.com

KEPALUIAN MANUSIA


i love u, u love me..u jump, i jump.. i can't live without u.. u die, i die !! sarange~
ehem ! palui ni means dia "bodoh"
ni lah yang terjadi apabila otak udang yang digunakan untuk berfikir.. (bagus guna otak ikan salmon)

kenapa mesti bunuh diri? 
sebab kamu orang penakut !
mata boleh melihat, tapi buta !
ikut nafsu?-aku xpaham bab ni..

nak buktikan cinta? nak buktikan cinta kepada siapa? kepada orang tua kamu yang menghalang percintaan kamu?
hati manusia boleh berubah bai.. mana tau tiba2 hati orang tua kamu telahpun berubah.. ngam2 pula kamu bunuh diri.. rugi geng.. tepung capati, pakaian, air, kelengkapan kamu yang telah orang tua kamu bagi sama kamu tiada makna, tiada faedah, tiada hasil, buang masa, suatu pembaziran yang sia-sia !

bagus bagi kerbau makan bai.. cukup bulan, boleh jual !
18 tahun beli tepung capati bagi sama kamu = dua buah honda accord second-hand+acc+sound system !

buang masa bai.. very, very, very buang masa..

Tuesday 22 November 2011

HARIMAU MUDA

aku layan semalam final bolasepak sukan sea yang ke-26, malaysia v.s indonesia.. perlawanan yang begitu sengit sekali draw 1-1 sehingga ke keputusan penalti 3-4.. lambat update..hoho


Aku bangga dengan skuad kebangsaan, harimau muda kerna tidak menunjukkan sikap keji lagi menjijikkan seperti skuad garula, di mana mereka bermain di padang dengan keadaan yang menjijikkan, hina dan meloyakan.. bukan disebabkan bau peluh mereka ketika bermain.. tapi teknik permainan mereka yang begitu ketara dalam 6-7 scenes di mana mereke menterbalikkan diri mereka sendiri (mereka sangat bijak mengaburi mata pengadil yang sepet itu) sehingga ada pemain kita dilayangkan dengan kad kuning..

dengan keadaan sedemikian rupa, darah O aku mula menggelegak.. tapi, ku lihat skuad kebangsaan kita begitu cool dan nampak sangat mereka menahan kemarahan di padang, dan mereka berjaya menahan kemarahan itu..dan akhirnya membawa kejayaan yang.. boleh aku katakan sebagai bernasib baik? yala, kerna bola itu terlepas dari genggaman penjaga gol indonesia.. magik kan..hoho..

dari situ aku lihat, umpama drama sinetron.. yang membawa maksud kebaikan.. di mana yang jahat akan dibalas dengan keburukan/kekalahan, manakala perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan/ kemenangan.

tahniah kepada penjaga garisan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan begitu sempurna sekali.. (mereka telah telah berjaya mengesan sebiji gol offside dari indonesia, dan sebiji gol offside dari malaysia)

dan TAHNIAH juga kepada skuad kebangsaan ! kerna berjaya dalam keadaan yang bermaruah dan menunjukkan akhlak/tatasusila/adab yang baik sekali di padang ! semoga kalian terus menunjukkan sikap yang baik di padang, sesungguhnya telah dibuktikan bahawa kejayaan akan berpihak kepada yang benar !



luculah mereka ni, mulut xabis2 menjampi ntah apa2 ntah..siap ada bomoh lagi di stadium tersebut..hahahaa (xjuga menang).. bonai,apa yang ko asyik tunjuk ke langit tu?palui punya negro/om..bencila aku sama ko ni bonai..


info : kalau kamu perasan, semasa penyampaian hadiah dan nyanyian lagu negaraku, stadium yang begitu sesak pada awalnya, terus kosong dalam masa 10minit..wow !

HOTEL DI SABAH - part 2

Monday 21 November 2011

HOTEL DI SABAH - part 1

ehemm !!

mulai arini aku akan keluarkan beberapa senarai hotel yang ada di Sabah berserta alamat, nombor telefon dan email. dari masa ke semasa..hehehee

sumber senarai hotel aku dapat dari sini :
v
v
v
v
v

aku akan keluarkan sebanyak 5 senarai hotel di Sabah pada setiap entri, dan senarai untuk entri kali ini :


so, kalau nak ke sabah, kalau nak sewa hotel kos sederhana, di sinilah tempatnya..


(klik) untuk semua senarai hotel di sabah yang telah aku postkan .. =)

Sunday 20 November 2011

LARANGAN BACAAN AL-QURAN DI PEMBESAR SUARA

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.

larangan bacaan Al-Quran Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

bacaan Al-Quran
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.

JHEAIPP
sumber : inspirasicyber.com



SAYA MENYOKONG KEPUTUSAN S.S MUFTI PULAU PINANG

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

MUFTI PULAU PINANG
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
azan
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:


“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:


“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.



sumber : drmaza.com

20 POINT AGREEMENT

20 Point Agreement atau dikenali sebagai "20 pekara"
apanya yang 20 pekara ni?
ianya adalah mengenai 20 pekara yang termaktub dalam perjanjian antara borneo utara dan persekutuan yang pada ketika itu persekutuan (tanah melayu)  telah menjemput borneo utara (sabah) untuk bergabung dan membentuk sebuah negara (malaysia) pada tahun 1963.

Point 1 :  AGAMA 

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Point 2 : BAHASA 
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Point 3 : PERLEMBAGAAN

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Point 4 : KETUA PERSEKUTUAN

Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Point 5 : NAMA PERSEKUTUAN

“Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

Point 6 : IMIGRASI
Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Point 7 : HAK MENARIK DIRI
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

Point 8 : BORNEANISATION
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

Point 9 : PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Point 10 : KEWARGANEGARAAN

Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Point 11 : CUKAI DAN KEWANGAN

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

Point 12 : KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

Point 13 : KERAJAAN NEGERI
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

Point 14 : JANGKAMASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

Point 15 : PELAJARAN
Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Point 16 : PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN 

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Point 17 : PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN 
Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Point 18 : NAMA KETUA NEGERI 
Yang di-Pertua Negara.

Point 19 : NAMA NEGERI 

Sabah.

Point 20 : TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN 
Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.


sumber : sini

Saturday 19 November 2011

CIUMAN KEDAMAIAN ?


owh man.. no, no, nooo..  !!

memperkenalkan.. (dari kiri ke kanan)

1. Angela Merkel (kedutaan jerman) dan  Nicolas Sarkozy (presiden perancis)
2. Mahmoud Abbas (presiden palestin) dan Benjamin Nentayahu (presiden israel)
3. Barrack Obama (presiden amerika) dan Hugo Chaves (presiden venezuela)
4. Hu Jintao (presiden china) dan Barrack Obama (presiden amerika)
5. Kim Jong-il (ketua tertinggi korea utara) dan Lee Myung-bak (presiden korea selatan)
6. The Pope dan Imam Ahmed Mohamed el-Tayeb (imam masjid al-azhar)

skang tengah hot satu dunia mengenai poster bennetton yang bertajuk "UNHATE" mengenai beberapa pemimpin negara dunia yang bercium mulut..kononnya sebagai simbolik kedamaian antara pemimpin tersebut.. tapi pemimpin agama pun terlibat? ayoo... beberapa penduduk dunia yang beragama kristian dan islam telahpun memprotes gambar tersebut kerana dianggap sebagai penghinaan kepada pemimpin agama terbabit..

AKU, BURSA, DAN PEMBEDAHAN - part 2

huhh ~ penat wehh bertongkat.. harini (tadi) aku buat rawatan susulan untuk kaki aku nih.. doktor just tukar kapas kat luka kaki aku tu.. dah kering sket juga la luka bekas pembedahan tu.. hehee.. and then letak kapas baru dan balut balik..10 hari kemudian, datang lagi jumpa doktor tu.. ingatkan da bleh buka 'cool socks' aku nih.. rimas, rimas,  rimasssss !

sabo je la....

Wednesday 16 November 2011

AKU, BURSA DAN PEMBEDAHAN - part 1

HUHH..syukur alhamdulillah.. aku telah selamat menjalani pembedahan di Rafflesia Medical Centre, semalam..
pengalaman pertama kali menjalani pembedahan..hehe..best juga.. 
kenapa aku kena bedah ni? > (klik) (klik)

 
 rock bebeh ! -gambar diambil oleh adik aku yang menjaga aku semalam

 
 aku benci tul benda ni melekat di tangan aku..rimas !

cool socks!

 terima kasih kepada kawan2 yang datang melawat..hehe

nak check-out..pinjam whellcahir dulu sekejap..hehe (1st time nek wheelchair) 

 sebelum tido, posing lu sekejap..hee

 pakaian pesakit..men ikat tali ja kat belakang.. and then, time nak operation, pakaian dalam pun mesti buka..dan ikatan kat tali belakang tu pun mesti buka..malu,malu..

terima kasih kepada mohd izwan izzuddin kerna telah menyumbangkan tongkat ini sama aku..hehe..bagus tongkat ni..

Tuesday 15 November 2011

KEDAI RAKYAT


bah.. aku belum masuk pun ke kedai 1Malaysia ni..  ENTAH, ada sudahkah kedai rakyat 1Malaysia ni di sabah..(biasalah, jurang pemisah laut china selatan, lambat 'sikit'la tu) kononnya barangan di kedai 1M ni 30-40% lebih murah berbanding harga barangan di kedai lain. murah harganya, maka murahan jugala kualitinya? aku xtau..he. yang aku tau, lepas ni pengunjung tetap kedai 1M adalah anak emas kjaan, iaitu PATI. jangan terkezut la kalau jualan di kedai 1M (di sabah) ni bakal laris dengan begitu luar biasa.. ! err, kedai 1M ni untuk penduduk bandar atau penduduk luar bandar ? aku google tadi, kebanyakan adalah seperti keadaan gambar di atas..hmm.. whatever..


boleh sudah PATI (yang dapat IC) buat kenduri kawin besar-besaran lepas nih!

Monday 14 November 2011

DALAM SETIAP GAMBAR, ADA HURUF


syok2 aku taip nak buat novel..last2 jadi gambar la pula.. LOL

AIS ?

boleh pakai ka fakta kebaikan ais untuk manusia? (klik)

da baca ? aku xtau kajian/sumber dari mana mereka dapat.. dan aku telah terpengaruh dengannya untuk mencubanya.. aku xberniat nak membidas kenyataan mereka atau apa sahaja prasangka buruk yang selalu menghantui kamu, aku cuma nak test, ble pakai atau tidak khabar angin tersebut.. ala, lagipun sekadar ais.. kebetulan ada icebox kat rumah, try sajala..

mengunyah ais untuk menguatkan gigi?- ya,menguatkan gigi sensitif (mula-mula kunyah ais kosong tu, memang ngilu..tapi lama-lama jadi biasa pula..)

mengunyah ais untuk kecerdasan fikiran dan kepantasan bergerak? -aku rasa tidak..aku kunyah ais, biasa ja,malah fikiran aku terganggu dengan keadaan ais di dalam mulut..tapi kalau kunyah chewing gum,ya.

ais membantu insomnia? -aku rasa xmembantu.. (kamu boleh cuba dengan teknik rendaman ais pada kaki)

ais dan baby? -bagus jangan..boleh menyebabkan baby itu selesma pula atau demam semakin teruk..

dan meminum air sejuk ketika cuaca panas/atau dalam keadaan badan kita panas akan menyebabkan sakit kepala untuk sepanjang hari itu..

DAN, jikalau benar kajian itu berjaya dilakukan..tetapi di kawasan beriklim sejuk..adakah kita diiklim khatulistiwa sesuai melakukannya?

Sunday 13 November 2011

AKU, BURSA DAN MRI-part 2

nilainya RM750..bersamaan dengan harga sport rim kancil..LOL

ni la hasil scanning MRI aku tu...
setelah didiagnosis, benda ni la yang telah menghantui aku selama ini (anak panah)..dan akan di korek dan buang!

Saturday 12 November 2011

OTAI HANYA DISEBABKAN MASA ?

 

best meh? suma peserta adalah otai2 komedi..tapi best meh?'sengat' masih kuat meh?lalalalaaa~
peserta pilihan aku kat MLM ni adalah :



kamu punya 'sengat' mang masih berbisa (bagi akula).. tapi aku sedih, ada peserta MLM yang aku tengok buat show 'asal ada' ja..sedihla camni..aku rasa hampa sebab nak tunggu buffering youtube untuk menonton show yang xbest..xfeel langsung.. huuhhh~


juri MLM ? chef wan mang best-jujur dan telus..yang lain2, xsuka komedi kot. aku tengok ramai komen tentang juri MLM yang xlayak jadi juri kononnya..

kalau aku adalah peserta, juri terbaik adalah penonton yang menonton persembahan aku time tu..makin dorang gelak sebab lucu, maka itu adalah terbaik. kan.. ? juri yang memberi komen time tu hanyalah umpama wakil bagi penonton aku.. betul x? peace youhh