Monday 1 December 2014

TETIBA JE AKU PANDAI REPAIR LAPTOP

Laptop aku ni lama ja aku perati..


Sudahla aku beli 2nd hand kat jualan online di facebook nonext, time tahun 2013..tak lama aku pakai rosak pula screen terus jadi kaler hijau..nak repair hantar kat kedai, takut nanti lambat sangat pula nak siap..yela, laptop ni je la satu2nya entertainment yang aku ada sebelum adanya COC ni..mau xmau aku pakaila monitor desktop. Setahun lebih jugakla aku aku pakai monitor tu..stakat nak tengok movie je pun. Sehingga la pada suatu hari, tanggal 23 november 2014 (ahad), aku tergerak hati pula nak buka laptop aku ni, di sini baru aku betul2 merasakan bagaimana rasanya sewaktu mendapat ilham dari Allah SWT.

First step aku buka keyboard lu

Kemudian buka cover atas tu

Pastu baru buka what they call is motherboard

Dah tu abis buka dah

Kali ni betul2 merasakan betapa hebatnya kekuasaan Allah ke atas sesiapa yang dikehendakinya. Bayangkan saja, aku ni langsung tak tahu dan tak pernah lihat apatah lagi mempelajari cara2 membuka isi laptop ni. Tiba2 sahaja aku mendapat gambaran atau ilham dalam otak aku ni cara2 untuk membuka laptop, sekaligus cara2 untuk memperbaiki skrin aku yang hijau selama ini. Alhamdulillah, dengan sekali jalan, aku dapat buka semua isi laptop aku ni, dan servis kipasnya yang tersumbat dengan habuk tu (laptop ni juga mempunyai masalah mudah mati jika terlalu panas), dan aku pasangkan semula tanpa ada sedikit kesilapan pun dan akhirnya aku dapat memperbaiki kerosakan laptop ni. Skrinnya pun kembali berwarna seperti semula. Kuasa Allah, aku yang tak tahu nak baiki laptop ni boleh ku baiki dengan bantuan direct dari Allah dan bukannya orang lain. Aku pernah tanya kat kedai, semua mereka menyatakan bahawa skrin laptop ni perlu digantikan dengan yang baru. Dan purata kosnya adalah dalam RM400 keatas. Inilah yang dikatakan bantuan dan rezeki yang tak disangka dari Allah yang telah ku terima. Alhamdulillah. Dan kini, dengan laptop HP PAVILION DV3, aku dapat bermain permainan video game Call Of Duty (Black ops) sehingga tamat. Yahuu..lepas ni aku nak beli video game banyak2 dan men kat rumah. Biarpun agak terlewat sedikit untuk bermain permainan video game ini, namun tak kisahla sebab ianya suatu hiburan yang menyeronokkan yang dapat ku isi di masa lapang.

Sesaje je ni

Ni lah hasilnya skrin laptopku kembali normal



Wednesday 26 November 2014

APA ITU KESEDIHAN

Assalamualaikum ! 
Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada siapa-siapa di luar sana yang sudi singgah membaca di blog ku ini. Sudah lebih dua tahun aku membuat blog ini, dan sehingga kini aku masih lagi berusaha agar pengisian dan penulisan dalam blog ini dapat mencuri perhatian pembaca di luar sana. Hasratku cuma satu, iaitu pengisian dan penulisan di dalam blog ini dapat mendatangkan manfaat kepada pembaca di luar sana . Tidak kiralah sama ada ianya perkongsian informasi mahupun pengalaman dan kisah peribadi ku sendiri . Aku berharap agar anda mendapat manfaatnya .

Baiklah, entri aku pada kali ini adalah mengenai ‘Kesedihan’ . Bukanlah pula kesedihan mengenai blog aku yang tiada peminatnya (haha?ada ke?..) , akan tetapi mengenai ‘Kesedihan’ yang wujud di hati sanubari buat insan semua . Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai kesedihan . Tidak kiralah si jahat mahupun si baik . Pasti akan adanya perasaan sedih ini melanda pada saat-saat tertentu . Dan perasaan ‘kesedihan’ inilah yang amat tidak di sukai manusia, kerana ianya adalah perasaan yang negatif, sehinggakan manusia sanggup buat apa saja agar dapat membuang atau menghapuskan perasaan ‘kesedihan’ ini . Dan isu inilah yang ingin ku huraikan di sini.

Hasil daripada pemerhatian dan sedikit kajian..aku membuat kesimpulan bahawa, KESEDIHAN yang terjadi itu adalah disebabkan oleh satu punca saja, dan tiadalah lagi punca yang lainnya - iaitu disebabkan KASIH SAYANG. Tidak kiralah sama ada si jahat mahupun si baik, si tua mahupun si muda, si kaya mahupun si miskin, si kuat mahupun si lemah, dan apabila mereka ini bersedih, ianya hanyalah disebabkan oleh kasih sayang. Kenapa saya menyatakan sedemikian? Mari kalian bacakan sedikit huraian ku satu persatu dan selepas itu, cuba fikirkan sejenak, apakah benar yang telah ku nyatakan di sini. 

SECARA UMUMNYA KESEDIHAN KITA DISEBABKAN OLEH :
  1. Putus cinta.
  2. Kematian orang yang di sayangi.
  3. Berjauhan dengan orang yang di sayangi.
  4. Tidak ataupun tiada mendapat perhatian daripada orang yang kita sayangi.
  5. Orang yang kita sayangi telah berubah kepada sesuatu yang kita tidak suka.
  6. Akibat buruk yang akan berlaku terhadap orang yang kita sayangi dan akan tersakiti.
  7. Diri disakiti secara metaliti– seperti dicemuh, diumpat, diburukkan, difitnah, dikhianati, dibuli dan ditindas.
  8. Kemiskinan dan tidak berkemampuan dari segi duit dan harta benda.
  9. Di pandang rendah atau tidak di pandang langsung sehingga suara kita tidak didengari.
  10. Tiada sokongan dan keseorangan.
  11. Tidak mendapat apa yang kita mahukan.
Dan ini semua adalah disebabkan oleh pekara yang berkaitan dengan - Kasih Sayang.


JIKA KITA BERSEDIH, APA YANG AKAN BERLAKU :
  1. Menangis berhari-hari sampai bengkak mata.
  2. Insomania iaitu gejala susah mahu tidur.
  3. Terlalu kuat tidur.
  4. Diri sendiri sudah tidak terurus lagi. Daripada pengurusan bahagian peribadi sehinggalah ke bahagian pekerjaan dan tanggungjawab.
  5. Mulai bersendirian dan bermuram.
  6. Segala bentuk dan jenis hiburan sudah lagi tidak berkesan terhadap diri untuk tertarik dengannya.
  7. Kesihatan mulai merosot.
  8. Menjadi cuai dan tiada tumpuan sehingga boleh menyebabkan orang lain tercedera.
  9. Menjadi sangat pendiam.
  10. Menjadi sangat sensitif dan agresif.
  11. Mulai memiliki tabiat dan perangai yang terbalik dari kebiasaannya.

JIKA KESEDIHAN ITU BERPANJANGAN, APA YANG AKAN BERLAKU :
  1. Mengalami kemurungan yang kronik.
  2. Membunuh diri.
  3. Menjadi pembunuh.
  4. Menjadi kurang siuman.

JIKA KITA BERSEDIH, APA YANG PATUT KITA LAKUKAN :

Secara umumya kita boleh singkirkan ‘Kesedihan’ itu dengan ‘Kegembiraan’ atau kata lainnya ‘Kasih Sayang’. Jika kita bersedih, pertama sekali carilah kegembiraan dan kasih sayang dari Allah tuhan kita. Kerana kita ini adalah makhluk hamba ciptaan-Nya. Kita berdoalah memohon agar di lapangkan hati kita dari kesedihan.


PERIHAL KESEDIHAN MANUSIA

Perihal yang pertama. Iaitu perihal mengenai ‘Kesedihan’ Si Jahat. Si jahat akan merasai ‘Kesedihan’ apabila mereka tidak melakukan kejahatan seperti melakukan apa yang dilarang oleh agama dan undang-undang (contohnya seperti membunuh, merompak, mencuri, pecah amanah, merogol, maksiat, sihir, menghina agama, menabur fitnah, memusnahkan kehidupan orang lain dan seumpamanya yang boleh di kategorikan dengan perbuatan jahat), kerana dengan perbuatan jahat ini sajalah yang boleh menjadi sumber untuk mereka mendapatkan ‘Kasih Sayang’. ‘Kasih Sayang’ yang dimaksudkan adalah seperti mendapat perhatian, penghargaan, sanjungan, daripada geng manusia jahat yang lain. Si jahat ini sudah tidak kisah jika dia dipandang hina oleh majoriti masyarakat yang lain, kerana dia telahpun diberikan ‘Kasih Sayang’ yang amat mencukupi daripada manoriti geng penjahat ini yang mana jumlahnya mungkin hanya 2-3 orang sahaja ! , jika dibandingkan dengan beribu-ribu orang yang membencinya dan mungkin akan cuba menyakiti dirinya ! Dan sehinggalah tiba di satu tahap di mana Si Jahat ini telah kehilangan ‘Kasih Sayang’ nya, dan dia mulai bersendirian. Mungkin disebabkan geng penjahatnya telah tiada mahupun telah berubah pendirian. Maka ‘Kesedihan’ inilah yang akan melanda dirinya. Dan apabila ‘Kesedihan’ ini mulai memuncak ketahap melebihi maksima, apabila usahanya melakukan kejahatan tidak lagi berhasil memperolehi ‘Kasih Sayang’, hanya dua pekara sahaja yang mungkin akan berlaku, iaitu Si Jahat ini akan menjadi GILA ataupun MEMBUNUH DIRI ! Antara dua pekara ini sajalah yang akan terjadi sekiranya dia tidak lagi memperolehi ataupun memiliki ‘Kasih Sayang’. Melainkan Si Jahat ini berubah menjadi Si Baik (setelah perlakuan jahat atau kejahatannya gagal baginya untuk mendapatkan ‘Kasih Sayang’) dan geng Si Baik ini pula yang boleh menggantikan sumber untuknya mendapatkan ‘Kasih Sayang’, dan sekaligus dapat membunuh ‘Kesedihan’ nya !

“Orang ni umumnya menjadi jahat adalah disebabkan terlampau tamakkan duit/harta dan kuasa saja bah! Gara-gara terlampau mengikut nafsu dan tidak diajar bagus-bagus dari kecil ! Tu lah dia jadi jahat ! Apa pula kena mengena dengan perihal ‘Kesedihan dan Kasih Sayang’ dengan kejahatannya !?” – dalam loghat sabahan.

Baiklah, cuba kita fikirkan, semua ini dia lakukan untuk apa? – untuk kepuasan dirinya
Jika untuk kepuasan dirinya, kenapa dia perlu memuaskan dirinya? – supaya dia berasa gembira
Dan jika dia tidak puas, apa yang akan terjadi terhadap dirinya? – dia akan bersedih
Dan jika dia bersedih gara-gara tidak puas, apa yang perlu dia lakukan agar tiada lagi kesedihan itu? – dia harus berasa gembira
Bagaimana caranya untuk dia  gembira? – apa saja yang penting dia gembira
Apa saja? – ya, apa saja yang membuatkan dia puas.
Dan dari mana pula kepuasan itu datang? – ketika di telah berkuasa dan mendapat penghormatan. Dan inilah yang disebut sebagai ‘Kasih Sayang’





bersambung...



Saturday 20 September 2014

MY BRO ENGAGEMENT

Today…

My brother got engaged with kekasihhatinya. Orang pitas kudat. Dan aku semestinya tak mahu ketinggalan untuk turut serta acara ini..hehe. Dengan baju baru hadiah dari my fiancée (cehh..) - me, my brother number 3, my fiancée and my anak buah berjalan dengan menaiki kereta mummy menujuke pitas, kudat.Hehehee..





Alhamdulillah..tahun ni kami dua beradik telah pun bertunang dengan pilihan pasangan kami masing2..event pertunangan adik aku hari ini berjalan lancar..tapi ada kisah di sebalik event yang berlangsung telah berlaku sesuatu, akan ku simpan dan takkan share kat sini..biarlah kami je yang tahu…hehehee

Sunday 7 September 2014

1ST EVER! I AM CELEBRATE MUMMY BIRTHDAY!

Today.. (actually not ‘today’ I’ve write this entry..its the ‘present’ than today..LOL)
My mummy birthday..i’ve already plan it from the last month..do the gathering, having food and cake..and simple snap from smartphone..hehe.

Sebelum tu, me and my fiancée masih tercari-cari lagi kat mana sesuai tempat makan nak sambut birthday..sebelum kami bertolak pada pagi tadi, my mummy ada bagi hint dia nak makan steamboat! Okay, lets find steamboat restaurant yang best. Ada member yang rekomen kat ‘Natural Kitchen’ di Suria Sabah. Kami usha la kat restoran tu..memang best..then kami membuat keputusan untuk lunch saja kat situ untuk ‘testing’..hehe. Tapi, sebelum tu kena cari kek lu, baru hantar kat Natural Kitchen untuk disimpan dan buat surprise malam nanti.

Ni aku ngan adik aku tengah bincang lunch menu yang hendak di order. 

Kek yang telah kami tempah untuk disimpan kat restaurant tu dan akan dikeluarkan malam nanti sebagai kejutan.

Kek biasa2 je. Tapi sedap tau kek ni..hehe.


Kami plan nak buat jamuan tu jam 7 malam. Tiba-tiba datang la pula girlfriend  adik aku pun nak sambut birthday mummy juga..dia nak hadiahkan my mummy beg tangan..dan kami pula jamuan makan dan kek..Nah! Nampak gayanya meriahlah my mummy birthday tahun ni dengan adanya bakal menantunya yang menjadi tunjang utama dalam plan sambutan birthdaynya tahun ini…haha.. Memang aku sangat happy. Sebab tak pernah kami adik beradik sambut birthdaynya selama ini. Dan inilah kali pertama untuk kami dengan bantuan my fiancée dan girlfriend adik aku sambut birthday mummy aku..hahahaa..

Jemput makan..kalau x cukup order je lagi..abang belanja..hehe

Selesai makan, kami semua pun ambil gambar sekeluarga dengan bakal anak menantu mummy.

Alhamdulillah..aku happy, semua pun happy..i love youlah mummy.! (kat blog ja ni cakap ‘I love youlah mummy’..realitinya xda pun cakap sayang kat mummy..almaklumlah lumrah anak jantan ni..luaran ja Nampak macam tak sayang kat mummy, tapi dalam hati naluri kami ni, memang sangat sayang kat mummy..)


Sekian entri untuk kali ini..hari ini aku rasa happy sangat..dan..aku rasa tahun ni lah banyak event yang sangat bermakna dalam hidupku dan akan ku kenang sampai bila-bila..insya-allah. Amin. 



Sunday 17 August 2014

RESEPI SUP KAKI AYAM GUA

Hehe … kadang2 bila hidup bujang ni, ble terpandai juga memasak …
So, di sini aku mo kongsikan satu resepi sup kaki ayam yang mang aku suka masak dan suka makan…

Sebelum tu, memang tiada sukatan yang tepat dapat kuberikan di sini kerna aku bukanlah tukang masak yang professional untuk mendapatkan sukatan yang sebenar untuk mendapatkan hasil makanan yang sedap …
Huhu …
Ok …
Bahan-bahannya :
Kaki ayam dalam 6 – 8 ketul
Ubi kentang (4 – 6 ketul)
Sup bunjut sebungkus
Garam
Ajinomoto
Halia seinci
Bawang merah (3 – 4 biji)
Bawang putih (3 – 4 ulas)
Air
Lada putih

Cara-caranya :
  1. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih
  2. Setelah naik baunya, masukkan air.
  3. Kemudian masukkan kaki ayam, halia, sup bunjut, garam, ajinomoto dan lada putih.
  4. Setelah hamper masak kaki ayam tersebut, baru masukkan kentang.
  5. Setelah masak, anda boleh menikmati sup kaki ayam anda dengan nasi…hehe

S

Wednesday 30 July 2014

AKU, BURSA DAN PEMBEDAHAN -part 5

Salam raya semua..   [sambungan daripada part 4]
Tahun ni aku nda balik raya ke kampung..

Sedih eh..tengok kat fb, ramai berselfie ngan baju raya, ngan saudara mara berkumpul ramai2..makan kuih raya..Aku pula beraya dirumah dgn tongkat..sebab baru pas operation pada 19 julai yang lalu..time kaki aku kena simen tu, xkuasa aku nak update blog..layan COC ja aku sepanjang aku bersimen tu..tau COC?Clash of clan..ehee..Kemudian, hari sabtu [26 julai] yang lepas baru dapat buka simen ni..tapi masih support pakai tongkat kalau nak berjalan..sebab luka bekas pembedahan tu belum lagi pulih sepenuhnya.


Lepas pmbedahan tu, aku terpaksa stay lu semalam kat hospital. Sebab dorang bagi aku bius separuh badan..effect ubat tu ada la dalam 8 jam kebas separuh badan, start dari pinggang sampaila ke hujung kaki. Time tu kepala mang ting tong la effect dari bius tu. Sebelum ni, guna bius tido ja. Tapi kali ni bius separuh badan, tapi masih sedar time operation..tu yang siksa sebab nampak time kena operate tu..huuuu..


Dengan kaki bersimen ni, lau nak berak ka, kencing ka, apatah lagi nak mandi..mang lecehla..itula pasal lepas operation jangan makan n minum banyak sangat..hanya sekadar perlu sahaja..lau da dua tiga hari, rasa2nya da ble nak 'beraksi', blela makan dan minum banyak2. Nak mandi puas2 pun ble, dengan syarat, kena bungkus dulu lah yang bersimen tu dengan plastik supaya x basah. 


Kenangan name tag masa kena tahan dalam wad..wad 501.



Lepas ja keluar dari wad, ketika pembayaran bil hendak dibuat, masya allah. Kamu tengokla sendiri resit di atas. Sebelum operate aritu, da deposit RM3000..pastu ni kena tambah lagila jawabnya..ingatkan tambah ratus2 ja..rupanya mo beribu jugala. Tapi xpa..aku xkisah..yang penting kaki aku da pulih dan sihat. Hehe..xsabar nak menjalani hidup baru tanpa rasa sakit kaki lagu pasni. Aminn.











Friday 18 July 2014

AKU, BURSA DAN PEMBEDAHAN -part 4

Ku sangkakan kisah ini sudah berakhir pada tahun 2011..rupanya tahun 2014  kisah ini akan berulang kembali. Mari flashback kisahku di tahun 2011.

AKU, BURSA DAN PEMBEDAHAN - part 1
AKU, BURSA DAN PEMBEDAHAN - part 2
AKU, BURSA DAN PEMBEDAHAN - part 3

And now..at 2011 i have surgery on my Left leg, now i will have to surgery on my Right leg. And..after this i hope i didnt have to do the surgery again.

Dr Dharma Linggam now has been move to Damai Specialist Centre. So, i want him to treat me like before.

Hantam tia english ku tu..almaklumla..kan ke Myanmar kunun bulan 8 ni..so i must've practice to write and speak in english. Oyeah.

Ok, tadi pagi aku ngan mamiku sudah pun buat appointment dengan Dr DharmaLinggam tu di Damai Specialist Centre..buat xray dan ambil darah. Total payment suma RM187. Just jumpa doktor, buat xray dan ambil darah. Kemudian, kami berbincang dan telah bersetuju untuk mengadakan pembedahan..pada awalnya pembedahan dilakukan pada hari isnin..tapi tiba2 pla mami ku ni menangis teresak2 supaya pembedahan ni dilakukan pada hari esok..aiyo mami..janganlah nangis.. ok, sok ble buat pembedahan..45minit saja kata doktor tu. Jam9 pagi. Jangan makan apa2 start dari jam 6 pagi tu. Kebetulan pula skang ni puasa, so, mang xmakanlah. Kos pembedahan dianggarkan dalam RM3k-4k. Dan terkorbanlah sedikit simpanan duit kahwin aku ni di ASB sebanyak RM3k. RM1k lagi simpanan aku kat Maybank. Ya Allah..engkau murahkanlah rezekiku Ya Allah...amin YRA.

To be continue...

Sunday 29 June 2014

Aku berbekam sebab sakit kaki

Ni cerita jumaat yang lepas. Awal pagi lagi aku dengan beliau bini ke city mall kota kinbalu. Di sana ada satu tempat berbekam, milik melayu semenanjung. Tunggu2 dr jm10...belum lagi buka..jam10.30 baru la datang orangnya buka kedai...melayu2..hurm. Gambar di bawah ni la kedainya.


Kalau hendak berbekam, rm20/cup. Refleksologi kaki pula, rm30/30 minit. Menurutnya, berbekam boleh membuang darah kotor/toksin dan darah beku dalam badan, seterusnya melancarkan peredaran darah dalam badan. Refleksologi kaki pula untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

Oleh kerna kaki aku sakit, mungkin ada tanda2 gout..aku mo bekam kaki aku ni untuk buangkan asid urik/toksin yang mungkin telah berkumpul kat kaki aku ni. Dicadangkan buat 10 cup bahagian kaki hingga paras lutut. 2 cup percuma di bahagian pinggang. Kemudian diberi satu ubat herba di raja (kononnya ler) yang berharga rm350 sebotol kecik untuk diminum. Total yang perlu dibayar adalah rm550. "Redha je la..sesungguhnya ini adalah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit..mudah2an allah sembuhkanlah penyakitku ini..amin YRA".

Sunday 8 June 2014

Me do the sketching.

Setelah sekian lama aku tak melukis. Paling last aku lukis2 kartun ni time aku tingkatan lima. Time tu masih top lagi zaman komik kat kampung aku. Now i am 25. Hari ini tiba2 aku terasa hendak melukis pula. So, aku minta used paper dan pensil tekan kat housemate aku. Dalam masa 40 minit, terhasil la lukisan di bawah ni. 


Friday 6 June 2014

Part III. - Mencari kawan sejati umpama mencari berlian dilonggokan kaca.

Malam ni aku free. (Sambungan dari entri yang lepas (klik))

Aku tahu ini semua tak adil...aku tahu semua ini akan terjadi...
Wahai pembaca blogku sekalian, aku tahu aku bukanlah seorang yang genius. Oleh itu untuk mencari kawan sejati bukanlah mudah untukku, kerana aku bukanlah seorang yang genius. Hanya yang genius saja boleh mencari berlian dilonggokan kaca.

Ok. Masa senang, kita akan punyai ramai kawan. Masa susah, kita akan kehilangan kawan. Itulah hakikatnya kehidupan kita. Memang tak boleh diubah dari zaman sebelum firaun lagi. Maka, pilihlah...mahu ramai kawan, kita mesti jadi senang. Mahu hilang kawan, kita mesti jadi susah.

Kawan makan kawan. Jangan biarkan diri menjadi makanan kawan kita. Kita harus sentiasa sedar bahawa dunia tidak akan pernah tidur kecuali sudah mati. Maka berwaspadalah selalu. Jika kita jenis yang tak suka makan kawan, maka jangan jadikan diri kita jadi makanan pula.

Kawan tak kenang budi. Come on...memang kawan kita tu tak boleh harap. Dia pun manusia jugak. Lembik. Jangan mengharap sangatlah mereka akan membalas budi kita nanti. Apa yang kita boleh harapkan adalah budi kita kat kawan kita tu akan menjadi saham di akhirat kelak. Itu pasti.

Kawan pengkhianat. Ni biasa terjadi. Kita 100 percent percaya kawan kita tu, tapi tiba2 dia jadi pengkhianat pula. Kawan kita tu manusia juga, lembik macam sayur. Jadi kita ni haruslah bijak dalam mempercayai kawan kita tu dan haruslah sentiasa bersedia untuk dikhianati. Dalam memberikan amanah, kita wajib berawas dan menyediakan langkah2 keselamatan.

Kawan tak boleh pakai. Sampah masyarakat. Kita jangan ikut mereka ni. Abaikan. Tapi kita nasihatkan dulu sikit, lau tak berhasil, abaikan terus biar mampus. Kalau tak, kita yang akan turut mampus sebab terjebak sama.

Sekian rumusan aku.

Wednesday 4 June 2014

AKU TRY GINKGO BILOBA - part 2

Hari ni hari kedua aku makan ginkgo biloba.
Asal tengah hari ja, aku rasa sangat mengantuk lalu tertidur dengan nyenyak lebih 1 jam! "Barula ni aku tidur begini time bekerja. Sebelum2 ni, biar mengantuk macam mana sekalipun atau kurang tidur, paling2 pun setengah jam ja aku tidur." Ok,itu satu.
Kedua, aku merasa teramatlah haus! Sekali minum 3 gelas air kosong! Dari bangun pagi sampai nak tido mslam, macam tak pandai hilang haus aku ni.
Yang ketiga pula, aku feel little dizzy..macam mamai2. U know mamai?macam pening orang yang baru bangun tido tu.
Ok,itulah yang dapat ku rasa perubahan setelah aku mengambil ubat tu.

Tuesday 3 June 2014

AKU TRY GINKGO BILOBA - part 1

Ginkgo biloba merupakan . . . (klik sini)
Herba tumbuhan ini telah diperkenalkan oleh seorang sahabat kepada aku. Katanya ubat ini boleh melancarkan peredaran darah. So, aku tryla cari kat farmasi dilabuan ni..dan aku jumpala produk yg di bawah ni. Harganya RM50 dan ada 100 biji tablet. Di mana sehari 3 kali makan,1biji sekali.




Serba sedikit tentang khasiat ginkgo biloba ini adalah ianya boleh melancarkan peredaran darah dalam badan dan seterusnya menguatkan memori kita.

Saturday 24 May 2014

ARINI SABTU WEYY!

Part I. - Greeting.

Jiyeah. Arini angin monsun sudah beralih ke arah blogging. So today i think is blogging day. Buka mata check whassap,tunang mesej daa..aku balas. Pastu check aku punya clash of clan (COC), -game android yang sangat mengghairahkan aku pada masa kini...sekali check kena serang daa...hilang 6 piala aku. Ok takpa, aku menyerang orang lagi untuk tambah piala. Hehe.. Pastu baru check fesbuk, berita sal panda aku baca ngan kisah 5 beradik kehilangang ibu bapa sekelip mata akibat digilis lori (innalillah..). Pastu mo check apa lagi ya...oya, mandi. Pastu cuci kain. Ok, skang da selesai da pun, kain pun siap jemur. Pastu, aku check blog, xda yang komen.  ...  Aku tak salahkan orang lain, aku salahkan diriku sendiri - siapa suruh tak rajin blog walking dan komen. Aku ni memang bagus ni, aku ni dalam banyak pekara jarang aku salahkan orang lain, sebab aku ni rasional. Bukan ada masalah mental.

Part II. - I will make it until pay day.


Nipis poket skang ni wey. Harap2 minggu depan masuk gajila, ble balik KK time cuti gawai nanti. Benciiii tul aku ada duit tapi inda pandai cukup. Tapi lumrahla kan. Jangan jadi kufur pula. Tapi kalau diikutkan, kalau setakat duit tu dibelanjakan untuk keperluan sahaja, memanglah cukup. Tapi, yang menjadikannya tak cukup ni adalah apa bila part entertaintment masuk campur dalam bajet bulanan - BBQ lah, shopping di KK lah, tengok wayanglah, karaoke lah, dsbg lah. Entertaintment perlu bagi mengurangkan stress. Sebab takut nanti ada masalah mental kalau terlalu stressssssssssssss ja memanjang. So, apalah salahnya dinipiskan sket poket tu untuk belanjawan entertaintment. -sedekah bagi orang makan-bayar zakat-memudahkan urusan orang lain(meminjamkan wang) .. dikira entertaintment juga. Selesai.

Part III. - Mencari kawan sejati umpama mencari berlian di longgokan kaca.

Ni di next entri baru update. Mau jalan2 dulu ni dibandar. Mo tengok acara bina bidan tertutup labuan. Entertaintment juga ni. Nanti terlampau berkurung dibilik saja ni pun stress juga. Lau ada yang tersinggah dan terbaca entri ni nanti, tolong lu komen di bawah ni. Heee 

Wednesday 21 May 2014

HHUUUUHHAAAAAIIIIII

Salam sejahtera. Aku pemilik blog ini. Lama da x update blog. Almaklum sajalah, sibuk kerja (alasan ja nih). Bilangan pageview makin bertambah - alhamdulillah. Bilangan komen..setakat ni belum ada lagi penambahan. But me cannot give up and fed up. Perjuangan harus diteruskan, kerna hidup ini suatu perjuangan.

Aku..
sebenarnya benci betul dengan tajuk entri aku kali ini - "HHUUUUHHAAAAAIIIIII". Aku benciiiii tajuk begini..xmasuk dalam darah O aku ni. TAPI kenapa aku letak juga tajuk tu?

Aku..saja ja nak test.

Saja ja nak testt!!!??? Inilah masalahnya dengan aku sekarang ni..da tau benda tu aku bencii, x suka, x masuk dalam darah O aku ni..tapi masih degilll lagi mau test2 lagi. Lu pe hal!

Aku..

Hanya mahu yang terbaik untuk ku..so apa salahnya aku mencuba!!!! X semestinya yang kita suka tu bagus untuk kita, dan X semestinya yang kita benci tu buruk bagi kita!!!! Betul tak! Kecualilah...yang telah ditegah oleh agama, itu memang sah lagi nyata dan fakta akan memudaratkan kita.

Tajuk entri aku kali ni sebenarnya bagiku seperti bunyi orang yang mengeluh. Benci aku dengan mengeluh ni. Benciii sangat. Tapi kalau mungkin ini dapat menarik pembaca untuk membaca entri aku kali ini dan di komen.

Ok la tu kan! Apa salahnya mencuba! YOLO!


Monday 7 April 2014

AKU MAU BUAT CONTEST. OK KA?

Aku terasa macam mau buat contest ja ni. Tambahkan follower. Bagi hadiah. Sama-sama gembira. Ok kah?
Tapi contest apa? buat karangan? emm..ok juga kan. Aku boleh baca penulisan blogger lain dengan tajuk yang aku ingini. Hadiahnya..apa yang bagus dan relevan? Top up handphone? Barangan? Barang apa?


Ada cadangan ?

Thursday 3 April 2014

SELALU BEGINI.

Hampir 4 tahun aku berblog. Bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Tapi follower pun tak ramai. Pageview cuma ada sedikit peningkatan.

Aku jarang update blog. Tu pun tengok mood. Sebab blog hobi di masa terluang. Dan sekarang aku tengah update blog. Tajuknya "Selalu Begini".

Aku memang selalu begini keseorangan..bukan tiada teman, cuma suka bersendirian. Lebih baik bersendirian daripada bertemankan orang yang akan menyakiti kita. Yang akan mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Yang mempunyai sifat pendengki. Sekarang, selain kawan lama, aku belum ada kawan baru yang boleh ku harap, ku percaya, dan ku inginkan. Kawan, bagiku adalah aset ku, harta ku, pusaka ku. Pilihanku adalah yang terbaik untuk ku dan dia. 

Aku selalu begini. Takut untuk merasa gembira. Gembira, girang yang boleh hilang. Tiada kegembiraan yang kekal. Di carilah oleh ku kegembiraan yang berpanjangan di dunia ini. Adakah? Aku masih mencari.

Aku selalu begini. Tak boleh tengok makanan tak habis makan. Tak suka. Hati terasa ngilu, pilu melihatkan makanan tidak di habiskan dan di bazirkan. Jangan ditanya kenapa. Sebab aku pun tak tahu. Mungkin aku jiwa sensitif.

Aku dulu selalu begini. Mudah naik marah. Apabila aturan ku mendapat percanggahan. Apabila berhadapan si tikus yang suka berkata bohong pada ku. Apabila berhadapan si musang yang bermain muslihat denganku sedangkan perangkapnya jelas dan nyata dapat ku lihat. Si bodoh yang hidup kurang menggunakan akal untuk kebaikan diri dan sekelilingnya. Tapi kini sudah berkurangan. Mungkin kerna faktor masa. Aku inginkan perubahan. Demi keluarga yang bakal ku bina nanti. Perangai manusia semakin ku kenal. Penakut. Sanggup jahil demi kepentingan diri sendiri. Dan aku telah melihatnya, lalu ku turuti. Kerna keluargaku kepentingan ku.

Aku akan selalu begini. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Demi mencapai kegembiraan yang berpanjangan. Di alam syurga Allah S.W.T. Amin YRA.