Sunday 11 August 2013

AKU DAN VAPOR - part 1

Assalamualaikum !

Raya kamu tahun ni amacam ? Syok ka ? Ahh ... biarlah sambutan raya nda syok, yang penting puasa kita syok ! Puasa aku tahun ni nda syokla ... ada miss dua hari ... sedih2 ... Kalaulah aku ble bertahan lagi, mesti aku dapat puasa penuh tahun ni !! Namun, apakan daya, aku ini hanya insan biasa-biasa sahaja ... tak larat nak menanggung kesengsaraan kerja heavy duty dengan cuaca so hot dan kehausan ... seperti mahu pengsan saja aku rasa pada waktu itu. hurm.

Aku dan vapor ?
aku rasa ramai yang dah tahu akan istilah "vapor" ini merujuk kepada e-ciggarate ataupun melayunya rokok elektronik. Ya ... aku juga telah memilikinya sebanyak dua biji, sebiji - starter kit - ego ce5 dan sebiji lagi - semipro kit - k101 .

EGO CE5

K101

Nih aku beli time bulan 5 aritu ... starter kit aku beli time awal bulan 5, pastu rasa cam sda campin sket aku upgrade beli K101 di penghujungnya bulan 5. Huhh ! masa tu e-cig ni baru mo naik popular . Harganya pun bukanlah macam harga sekarang ni sudah. EGO CE5 aku ni aku beli RM45, manakala K101 pla RM170 pastu + RDA tank lagi RM45 = RM215. Ni aku beli melalui pembekal e-cig di labuan yang men jual dari bonet kereta ja . he . Liquidnya pula lau ada nikotin RM15 untuk medium (9mg) nikotin, RM20 untuk high (18mg) nikotin dan RM10 untuk zero nikotin . Time tu jugalah munculnya group2 kaki vape atau vapor di facebook, ada juga yang mengambil kesempatan berniaga mengambil upah untuk setting e-cig punya tank mo kasi mantap asapnya jadi 'awan nano' . Aku pun nda juga mo ketinggalan untuk hanyut dalam arus budaya memvapor kan diri ini kerna aku juga seorang perokok ... hee .


Owwyyyeeaaahhhh ! dan kini hasil daripada aku memvapor kan diri, aku dapat berpuasa menahan diri daripada merokok di siang hari ! wahhh ... tidak seperti puasa sebelum ni, makan dan minum boleh lagi tahan, tapi mo merokok punya pasal, kepala jadi pening ! lau kepala sudah pening, paham2 la ... hohohooo ... 

Bah , sampai sini lu aku becerita mengenai aku dan vapor ... nanti ada la tu sambungannya untuk part-2, part-3, dan seterusnya lagi . insya-allah ! hehehee ...


No comments: