Saturday 31 August 2013

JOM LAYAN! JINNAI TOMONORI !!

Ni adalah diantara rancangan video youtube yang menjadi kegemaran aku. Jinnai minotori. Rancangan video dari jepun yang sangat kreatif, lucu dan menghiburkan hati =)


Tuesday 13 August 2013

AKU DAN CERITAKU PASAL MASALAH

Assalamualaikum dan hello !

%@%#&*)@%#*& !
Biasalah bah ni kan lau umur2 cam aku ni banyak masalah... tapi, ingat dan percayalah, bahawasanya setiap permasalahan yang kita hadapi adalah ujian untuk kita, ofkos la ujian untuk menguji keimanan kita terhadap Allah S.W.T... kan? apa lagi?

Nda kirala masalah pasal digigit semut ka, masalah abis gas masak ka, masalah rumput panjang ka, masalah anjing yang selalu berkeliaranka, masalah wang ka, masalah dengan kawan2 ka, ataupun masalah sesama manusia ka, masalah gigi sudah bergoyang macam mo tercabut ka, apaka ... sebenarnya semua itu ujian yang Allah S.W.T beri khas untuk kita !

Alaa ... macam time kita skola dulu2 tu bah, mula2 syokla kita kena ajar oleh cikgu, pastu pandai ponteng kelas lagi... kan? sampailah abis bab matapelajaran. Di sini la baru ada yang nda tidur malam gara2 mo ulangkaji balik apa yang sudah cikgu ajar sebab mau ujian sudah. Kalau orang yang belajar sudah betul2, nda pernah ponteng kelas, bangun pagi minum susu ma makan kismis minda lagi, memang lulus ujian lah tu. Tapi cuba pula kalau orang yang nda belajar betul2, pastu balik2 escape lagi, bangun pagi minum air liminate ma makan keropok, memang susah mo lulus la tu, lau lulus pun nasib2 la saja tu, tu pun men tiru.

Begitula bah juga dengan kehidupan kita ni, time kita kecil2 dulu sudah belajar agama islam di sekolah, pendidikan jasmani, geografi, apa semua dan sebagainya . Syok saja rasanya kan time kita kecil2 dulu macam tiada masalah... ada masalah pun macam ndada saja rasanya. kan? hee... Pastu bila sudah abis belajar, kita kerja la pula, di sini lah bermulanya banyak pekara dan permasalahan akan menimpa kita ! Dari soal cinta, hati, perasaan sampailah soal kerja, wang, pangkat dan kuasa. Itu-itulah saja tu pusing2 soalnya, ndada lagi yang lain. Di sini lah kita di duga dengan bermacam2 ujian. Ada ujiannya yang syok, dan ada juga ujiannya yang nda syok. Kalau yang syok... kita kena bagi macam2 la macam girlpren cantik, banyak wang, ada kuasa... tapi jangan lalai... kalau silap bikin, siap sedialah terima azab-Nya. Tapi lau ngam bikinannya, insya-allah - bahagia dunia akhirat! Bagi yang nda syok ujiannya, macam dapat girlpren pun nda cantik, wang pun sengsara, apatah lagi kuasa... tapi jangan lalai mo berduka lara, silap bikin ble syirik+murtad+bunuh diri dan siap sedialah terima azab-Nya. Tapi lau ngam tekniknya, insya-allah - bahagia dunia akhirat.

Kalaulah kita di beri ujian, apa yang patut kita buat? Nah, kitakan sudah di bagi kitab khas dan ajaran oleh orang dulu2, iaitu kitab al-quran dan sunnah rasulullah S.A.W sebagai rujukan!! Kita rujuk saja di situ sebab kehidupan kita di dunia ni mang berkait dengan tuhan kita iaitu Allah S.W.T! Nda boleh dinafikan lagi tu, mang muktamad! Orang bilang, kita sudah dibagi peluang untuk hidup di dunia oleh Allah S.W.T, mesti ada juga disertakan juga panduan untuk hidup didunia ni... kan? Alaa... macam keretala bah juga yang baru keluar, mesti ada manual booknya kan? mo isi minyak apa, mo pakai enjin oil apa, macammana mo pakai remote control kuncinya, berapa limit speednya, berapa psi angin lau mo pam tayarnya, kan??

So, pikir2 kan lah... kita dibagi otak dan akal fikiran sda... tinggal mo pakai betul2 saja lagi. hehee...




P/S : Ni nasihat dan peringatan khas untuk aku dan dikongsikan juga kepada semua... owyeahh...

HUH ! ANNOYING ORANGE

Assalamualaikum! Selamat sore !

Bah, lau ada yang tengah boring2 sekarang ni, kamu try layan ni annoying orange punya video ...
Punyala kin gerigitan meliat ! kamu tengoklah sendiri perangai si orange ni !


Aku mula aktif melayan cerita "Annoying Orange" ni time tahun 2011 - macam video di atas ni yang 2011 punya. Pastu time 2012 nda sudah aku melayan lagi. Sekali aku try check tadi di youtube, rupanya sampai sekarang ni pun masih lagi update dia punya video ni tau ! Boleh tahan juga ranking dia nih .. hehehhh

Video di bawah ni antara videonya yang terkini ... jom layan !

KENA MALWARE LA PULA !

ALAHAI !!!

Napa bah ni ? napa nda bulih buka suda blog aku yang satu ni ... ishh ... jadi cmna la ni ? huh !

*akujadipanik


Sunday 11 August 2013

AKU DAN VAPOR - part 1

Assalamualaikum !

Raya kamu tahun ni amacam ? Syok ka ? Ahh ... biarlah sambutan raya nda syok, yang penting puasa kita syok ! Puasa aku tahun ni nda syokla ... ada miss dua hari ... sedih2 ... Kalaulah aku ble bertahan lagi, mesti aku dapat puasa penuh tahun ni !! Namun, apakan daya, aku ini hanya insan biasa-biasa sahaja ... tak larat nak menanggung kesengsaraan kerja heavy duty dengan cuaca so hot dan kehausan ... seperti mahu pengsan saja aku rasa pada waktu itu. hurm.

Aku dan vapor ?
aku rasa ramai yang dah tahu akan istilah "vapor" ini merujuk kepada e-ciggarate ataupun melayunya rokok elektronik. Ya ... aku juga telah memilikinya sebanyak dua biji, sebiji - starter kit - ego ce5 dan sebiji lagi - semipro kit - k101 .

EGO CE5

K101

Nih aku beli time bulan 5 aritu ... starter kit aku beli time awal bulan 5, pastu rasa cam sda campin sket aku upgrade beli K101 di penghujungnya bulan 5. Huhh ! masa tu e-cig ni baru mo naik popular . Harganya pun bukanlah macam harga sekarang ni sudah. EGO CE5 aku ni aku beli RM45, manakala K101 pla RM170 pastu + RDA tank lagi RM45 = RM215. Ni aku beli melalui pembekal e-cig di labuan yang men jual dari bonet kereta ja . he . Liquidnya pula lau ada nikotin RM15 untuk medium (9mg) nikotin, RM20 untuk high (18mg) nikotin dan RM10 untuk zero nikotin . Time tu jugalah munculnya group2 kaki vape atau vapor di facebook, ada juga yang mengambil kesempatan berniaga mengambil upah untuk setting e-cig punya tank mo kasi mantap asapnya jadi 'awan nano' . Aku pun nda juga mo ketinggalan untuk hanyut dalam arus budaya memvapor kan diri ini kerna aku juga seorang perokok ... hee .


Owwyyyeeaaahhhh ! dan kini hasil daripada aku memvapor kan diri, aku dapat berpuasa menahan diri daripada merokok di siang hari ! wahhh ... tidak seperti puasa sebelum ni, makan dan minum boleh lagi tahan, tapi mo merokok punya pasal, kepala jadi pening ! lau kepala sudah pening, paham2 la ... hohohooo ... 

Bah , sampai sini lu aku becerita mengenai aku dan vapor ... nanti ada la tu sambungannya untuk part-2, part-3, dan seterusnya lagi . insya-allah ! hehehee ...


Monday 5 August 2013

BEST! MARI LAYAN LAGU RAYA DIDENDANGKAN OLEH ARTIS POPULAR BARAT

METALLICA - CAHAYA DI AIDILFITRI

SEPULTURA - JANGAN MAIN MERCUN

AVRIL - PULANG DI HARI RAYA



P/S : Beraya di laut la aku tahun ni nampaknya ... isk, isk, isk ...

Saturday 3 August 2013

MURAHNYA ! PROTON SAGA SV 1.3L

Salam ramadhan buat pembaca semua !
Tinggal 4 hari ja da lagi nak raya, mungkin 8hb ni la ... kan ? insya-allah, hee ..
So, amacam persiapan korang untuk menyambut raya tahun ni ? Mantap ? atau bersederhana sahaja ? atau mungkin xda langsung, hanya sekadar bersolat sunat hari raya ja ? hehe ...
Atau mungkin ada yang plan nak beraya dengan kereta baru ? huhu ... Al-maklum la ... kereta sekarang banyak yang da mula turun harga dan murah ... kan ? contohnya cam kereta Honda Jazz ... eh ? silap ... Proton Saga SV keluaran terbaru ni dengan harga yang termurah gila-gila ... hehehee
Mari kita lihat sedikit sebanyak sal Proton Saga SV ni ...



Tadaaa !!! inilah dia Proton Saga SV 1.3L . Reka bentuknya sama seperti Proton Saga FLX . Harganya ni pula dalam RM 33,438 ja sebiji (klik) dan bayaran untuk ansuran bulanannya hanya RM250 . Murah tak ? Murahlah bah ni kalau mau dibandingkan dengan spesifikasinya yang mantap ... kan ? Mari kita tengok spesifikasinya pula dalam video di bawah ini .


Haaa ... mantap tak ? So, tak teringin ke nak memilikinya ? huhu ...

MAKANAN YANG DAPAT MENINGKATKAN KECEMERLANGAN OTAK

Salam sejahtera ke atas uolls !
Jika sebelum ini telah aku kongsi kan mengenai makanan yang menyekat kecemerlang otak (klik), kali ini aku nak kongsikan pula mengenai makanan yang membantu meningkatkan kecemerlangan otak . Otak yang cemerlang, bukan sahaja untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan, malah dapat membantu kita dalam menyusuri liku-liku perjalanan kehidupan kita yang penuh dengan halangan dan cobaan . Bulih bah kan ?

Bah, berikut makanan yang boleh kita ambil :

01  Ikan laut
02  Telur
03  Susu
04  Daging dan Hati
05  Sayur-sayuran segar
06  Buah-buahan segar
07  Madu lebah asli
08  Keju
09  Kacang tanah
10  Bijirin kering
11  Kismis
12  Kurma

Semoga dengan informasi ini dapat membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan otak anda, dan untuk meningkatkan keberkesanannya, sertailah ia dengan niat dan doa . Insya-Allah .