Monday 9 September 2013

PTPTN ! AKU MESTI BAYAR !

Assalamualaikum !

Huhhh~

Aku mengeluh ni bukannya apa… KALAU mo diikutkan hati aku ni, aku betul2 malas sda mo bayar balik pinjaman PTPTN aku ni !! BUKANNYA aku ni tak tahu bersyukur ataupun aku belum mempunyai pekerjaan menjadi sebab aku malas nak bayar balik.. TAPI PENGURUSAN nak bayar balik tu punyalah sengsara ! Leceh ! dan bisa menggugat keimanan si peminjam untuk membayar balik pinjaman itu!

WHY ?

Seperti sedia maklum kita akan menerima sepucuk surat pemberitahuan pembayaran balik pinjaman PTPTN tersebut melalui cara BANK IN - maksudnya membayar ke akaun-akaun yang disediakan contohnya seperti BSN pada setiap bulan (no. akaun bank akan diberi). NDA ka sengsara mo ke BSN tiap2 bulan selepas menerima gaji !? Bagi AKU mimang sengsara ! Bah… camna juga aku ni… aku sekarang ni tinggal di Labuan… pastu cawangan BSN pun satu saja yang ada… paham2 ja la berapa orang yang mo berurusan dengan BSM time2 bila dapat gaji… malas mo tunggu bah… pastu yang bikin sengsara lagi, dia punya mesin untuk ‘deposit tunai’ pun balik2 rosak ! aiyo ! truss kasi hilang mood ja mo bayar balik PTPTN tu owhh… NDA ka truss tergugat hati aku tu mo bayar balik? Kan? Bagus nda payah bayar… bukan juga kena bagi surat amaran apa pun… kan?

OK… nda pa… aku belum berputus asa lagi… AKU MESTI BAYAR BALIK !
Cara kedua aku cuba usahakan iaitu melalui pemotongan gaji. Aku masuk ke laman web PTPTN dan cari borang untuk kaedah pembayaran balik melalui pemotongan gaji … ok, aku jumpa dan aku print out dan isi. Contoh borang yang aku isi adalah seperti di bawah ni.


Pastu aku hantarkan ke alamat PTPTN seperti yang tertera pada atas surat tersebut. Pakai pos laju lagi aku hantar. Kunun2 semangat mau membayar bah ni. Sekali tunggu punya tunggu dari awal bulan Mei time aku kirim surat tu sampailah ujung-ujung bulan ogos baru2 ni. Xda maklum balas langsung! Tak kirala melalui panggilan telipon ka, email ka ataupun surat. Berapa bulan sudah aku nda membayar, pastu pandai MEMBUNGA lah aku punya pinjaman tu. LAST2 baru aku terjumpa alamat cawangan PTPTN tu di KK. So, dengan segeralah aku ke KK pigi jumpa pegawainya dan memaklumkan hal ehwal permasalahan aku ni. Barulah ada progress nya. So, sekarang ni aku dah pun di beritahu oleh pegawai terbabit untuk mengisi borang2 berkaitan yang telah di emailkan kepada aku. Syukur alhamdulillah! DAPAT JUGA AKU BAYAR BALIK HUTANG AKU TU MA PTPTN MELALUI PEMOTONGAN GAJI! YIHAAA!!!

Kalau mo harapkan aku bank in tiap2 bulan, huh, minta maaf sajala… malas aku mo berurusan begitu bah… banyak membuang masa aku bah… mo bank in secara online, BOLEH, tapi tiadalah aku punya resit pembayaran. Kan? Nanti apa2 hal susah aku mo bagi bukti. Kan? Tu la pasal… hmm.



Nah… aku bagi alamat cawangan PTPTN di kk tu seperti yang tertera di atas ni. Di belakang CP – Centre Point bangunannya tu. OK. =)


No comments: