Tuesday, 3 December 2013

AKU DI ERB WEST

Ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku ke erb west. Erb west ni merupakan sebuah nama untuk sebuah pelantar minyak milik petronas carigali yang berada di perairan laut Sabah. Pada 11 november yang lalu aku telah menaiki bot untuk ke sana...bermula check in di menara petronas kota kinabalu pada jam 5.30 pagi,kemudian dibawa oleh bas ke pelabuhan untuk menaiki bot. Biasanya perjalanan kk-erb west mengambil masa 2 jam..tetapi perjalanan kali ini terpaksa mengambil masa 5 jam,kerna hendak singgah ke platform tembungo dahulu baru ke erb-west. Aku da pening2 time tu beb...nasib cuaca ok..lau x..muntah la jawabnya.

Di sini ingin sekali ku selitkan gambar2 menarik ketika aku di erb west...

Suasana pagi ketika dalam perjalanan menaiki bot. Tersergam indah gunung kinabalu.

Tembungo.

Nama lokasi pelantar : Erb West
Barge : KM-1 (Kencana Marine -1 Mukhriz Mahathir yang punya)

'Smoking Area' di KM-1.

Bot yang paking kat tepi barge untuk memindah masuk/keluar barang.


Amacam?cam best jer kan...hehe
In sha allah, pada post akan datang aku hendak coretkan sedikit sebanyak mengenai kisah dan pengalamanku di persada dunia oil&gas ini.




No comments: