Monday, 7 April 2014

AKU MAU BUAT CONTEST. OK KA?

Aku terasa macam mau buat contest ja ni. Tambahkan follower. Bagi hadiah. Sama-sama gembira. Ok kah?
Tapi contest apa? buat karangan? emm..ok juga kan. Aku boleh baca penulisan blogger lain dengan tajuk yang aku ingini. Hadiahnya..apa yang bagus dan relevan? Top up handphone? Barangan? Barang apa?


Ada cadangan ?

Thursday, 3 April 2014

SELALU BEGINI.

Hampir 4 tahun aku berblog. Bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Tapi follower pun tak ramai. Pageview cuma ada sedikit peningkatan.

Aku jarang update blog. Tu pun tengok mood. Sebab blog hobi di masa terluang. Dan sekarang aku tengah update blog. Tajuknya "Selalu Begini".

Aku memang selalu begini keseorangan..bukan tiada teman, cuma suka bersendirian. Lebih baik bersendirian daripada bertemankan orang yang akan menyakiti kita. Yang akan mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Yang mempunyai sifat pendengki. Sekarang, selain kawan lama, aku belum ada kawan baru yang boleh ku harap, ku percaya, dan ku inginkan. Kawan, bagiku adalah aset ku, harta ku, pusaka ku. Pilihanku adalah yang terbaik untuk ku dan dia. 

Aku selalu begini. Takut untuk merasa gembira. Gembira, girang yang boleh hilang. Tiada kegembiraan yang kekal. Di carilah oleh ku kegembiraan yang berpanjangan di dunia ini. Adakah? Aku masih mencari.

Aku selalu begini. Tak boleh tengok makanan tak habis makan. Tak suka. Hati terasa ngilu, pilu melihatkan makanan tidak di habiskan dan di bazirkan. Jangan ditanya kenapa. Sebab aku pun tak tahu. Mungkin aku jiwa sensitif.

Aku dulu selalu begini. Mudah naik marah. Apabila aturan ku mendapat percanggahan. Apabila berhadapan si tikus yang suka berkata bohong pada ku. Apabila berhadapan si musang yang bermain muslihat denganku sedangkan perangkapnya jelas dan nyata dapat ku lihat. Si bodoh yang hidup kurang menggunakan akal untuk kebaikan diri dan sekelilingnya. Tapi kini sudah berkurangan. Mungkin kerna faktor masa. Aku inginkan perubahan. Demi keluarga yang bakal ku bina nanti. Perangai manusia semakin ku kenal. Penakut. Sanggup jahil demi kepentingan diri sendiri. Dan aku telah melihatnya, lalu ku turuti. Kerna keluargaku kepentingan ku.

Aku akan selalu begini. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Demi mencapai kegembiraan yang berpanjangan. Di alam syurga Allah S.W.T. Amin YRA.