Saturday 27 July 2013

MAKANAN YANG BERBAHAYA DAN MENYEKAT KECEMERLANGAN OTAK ANDA

Assalamualaikum ! Uolls camna arini ? Sehat ? Aku doakan agar anda sehat sejahtera la hendaknya ... insya-Allah .
Ok, entri aku pada kali ini aku nak kongsikan mengenai makanan yang boleh menyekat kecemerlangan otak anda atau melemahkan otak anda . Informasi ini aku rujuk melalui sebuah buku yang bertajuk "Rahsia Pembelajaran Pelajar Cemerlang 8A" . Bukan saja pelajar saja yang mesti cemerlang, kita yang dah bukan pelajar ni pun mesti cemerlang juga, cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing . Bulih bah kan ? heeee ...

Baiklah, berikut merupakan makanan yang perlu anda elakkan :

01  Gula putih atau lain-lain makanan dan minuman yang dicampurkan dengan gula putih
02  Kek dan biskut
03  Makanan yang dicampur pewarna dan bahan pengawet
04  Coklat dan aiskrim
05  Keropok
06  Minuman manis dalam botol, kotak atau tin.
07  Minuman yang bergas
08  Gula-gula
09  Makanan yang telah dihinggapi semut, lipas atau lalat
10  Kopi dan teh

Semoga dengan informasi ini dapat membantu dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan otak anda, insya-Allah . Selepas ini akan aku kongsikan pula informasi mengenai makanan yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan otak pada masa akan datang, Insya-Allah .

Thursday 25 July 2013

Tuesday 23 July 2013

KHASIAT KACANG SOYA


Selamat sejahtera ke atas uolls !
Kali ni aku nak kongsikan mengenai kebaikan dan khasiat kacang soya ...
Seperti yang kita ketahui, kacang soya merupakan sejenis makanan yang agak popular dan mudah di dapati di Malaysia ini . Ya, bukan seperti gambar di atas kacang soya yang sering kita jumpa, tapi dalam bentuk yang lain seperti - susu kacang soya, tempeh, tauhu, dan taufu. kan ? Ada yang suka dan ada yang tak suka dengan kacang soya ni . So, di sini aku mengambil kesempatan untuk kongsikan mengenai khasiat yang terkandung di dalam kacang soya ini .

Kacang soya ni sebenarnya mengandungi :

- protein
- kalsium
- lesitin
- zat besi
- zink
- fosforus
- magnesium
- vitamin B
- asid lemak omega 3
- serat

Khasiatnya kacang soya ini adalah :

01  Membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis
02  Berupaya mempertingkatkan kesihatan payudara dan mencegah daripada barah payudara serta rahim
03  Menguatkan tulang
04  Mempertingkatkan fungsi ginjal, jantyung dan hati
05  Awet muda
06  Mencegah gastrik
07  Menghilangkan lenguh-lenguh sendi
08  Membantu dalam mengubati demam dan selesma
09  Mengubati Anemia (kurang darah)
10  Mengubati cirit-birit
11  Membantu mencegah jerawat
12  Mengatasi masalah Insomnia (susah nak tidur)
13  Membantu menguatkan ingatan
14  Menguatkan sistem imunisasi
15  Mengatasi masalah sembelit

So, semoga dengan informasi ini dapat membantu dalam penjagaan kesihatan anda agar lebih baik lagi ... insya-Allah .

Friday 19 July 2013

DOA HARIAN

Assalamualaikum to uolls!
Camna posa anda sehingga ke hari ini? lum ada yang miss secara sengaja? huhu ...
Tak baik tau lau ada yang sengaja miss kan posa ni ... kan ? heeeee ....
Ok, sempena ari Jumaat arini, aku nak share beberapa himpunan doa yang boleh di amalkan dalam kehidupan harian kita ...
Kepada siapa lagi untuk kita memohon pertolongan dan perlindungan, melainkan kepada Allah sahaja tuhan kita yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Berdoalah kita kepada-Nya, sesungguhnya Allah sahaja yang Maha berkuasa untuk sekalian alam .






P/s : Doa-doa di atas ni anda boleh download dan save kan di handphone anda agar anda boleh merujuknya pada bila-bila masa saja ... hehe ...

Tuesday 16 July 2013

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

salam sejahtera ke atas uolls ...
Macam puasa ? Ok ka ? Lum ada yang miss secara sengaja ? huhu ...
Lum masih lum terlambat lagi untuk aku kongsikan mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat di bulan ramadhan yang penuh berakah ini .

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. 
Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. 

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. 

Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. 

Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadhan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadhan. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Rujukan : Wikipedia (klik)

So, da refresh balik mengenai kelebihan bulan ramadhan ? Marilah kita bersama-sama merebut peluang sekarang untuk mendapatkan 'bonus' yang terdapat dalam ramadhan ini selagi masih sempat . OK!

SUPERRRRR !!!!!!!

Monday 15 July 2013

MUTIARA KATA SI MAHATMA GANDHI - part 1

Salam ramadhan uolls ... 
Arini 6 hari sudah kita umat islam mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan yang penuh berakah ini ...
Entri kali ini aku nak kongsikan beberapa mutiara kata si pejuang bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi. Mutiara kata beliau yang penuh bermakna yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita sehari-harian dan akan dikongsikan di blog ini dalam beberapa 'part'. Marilah kita sama2 hayati dan mendalami mutiara kata dari beliau .








Wednesday 10 July 2013

AKU DAN RAMADHAN

Assalamualaikum! Uolls pa kabar? sehat? posa tak arini? heheheee ~
Entri kali ini aku nak kongsikan mengenai perasaan aku pada Ramadhan kali ini ...
Pa yang aku harapkan ramadhan tahun ni lebih meriah, energetik dan mantap berbanding ramadhan sebelum2 ini ...
Sudah lebih 10 tahun aku berpuasa dibulan Ramadhan, takkan asal posa ja = layu. Bosanlah ...
So? ini kalilah kita tukar ! (*cam kenal pla slogan ni,huhu ~)

Sepatutnya pada usia aku yang da mencecah 24 tahun ni, posa aku mesti makin mantap! makin cun! makin ummppphhhhhh! tol tak? hehehee ...

Anyway ... posa pertama aku arini dalam keadaan bujang dan selesma + batuk2 ... tapi itu tak menjadi masalah bagi aku untuk berposa ... biarpun hidup bujang diperantauan, namun aku pandai masak ... tadi pagi aku sahur nasi ngan ikan goreng yang jiran aku kat kg. layang-layangan ni bagi kat aku ... so,aku pandai masak ikan goreng, kan ... hebat tak aku? hehe ... tambahan pula cuaca skang kat sini Labuan mendung dan tak panas, so ... kuranglah juga sket dugaan berposa ... huhu ~

So, ku mengharapkan ramadhan kali ini puasa aku akan lebih mantap dan kool berbanding sebelum2 ni !!!
Hahahahahahaaa !!!

SSSUUUPPPPEERRRRRRRR !!!!!!