Sunday 6 November 2011

NEW ZEALAND MALAYSIA

AKU kat new zealand ? lol.. ni aku kat Sabah la! buatpa la mau pergi jauh2 sedangkan di sabah pun ada.. sini aku nak cerita sikit di mana aku pernah merayau di sabah ni..

Sesiapa yang ingin melancong ke sabah atau datang belajar ke sabah, jangan lepaskan peluang untuk mengalami suasana ala-ala new zealand! kamu datang kat sini, ambik gambar banyak2..pastu cakap kamu kat new zealand..lol..penipu. OK. kamu datang sabah, pastu pergi ke kundasang..ingat keyword ni baik2 K.U.N.D.A.S.A.N.G..kat kundasang banyak tempat best..

diantara tempat best di kundasang ialah  ladang desa dairy (desa dairy farm) atau Desa Cattle iaitu tempat penghasilan produk desa dairy yang sememangnya segar dari ladang. Di sini kita dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana susu lembu diproses, selain itu kita juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi di ladang tersebut yang begitu luas dan menghijau serta suasana yang sejuk dan damai. 





ni je la gambar yang ada, xbanyak gambar aku ambik time tu, memandangkan ingin mengejar masa nak turun kk sebelum hari gelap. kalau kamu nak masuk ke sini bayarannya hanyala rm3/dewasa dan rm2/kanak-kanak. Dibuka setiap hari kepada pengunjung dan waktu pemprosesan susu lembu adalah :
selasa, khamis, ahad = 10am-2pm
isnin-ahad = 3pm-5pm

kepada orang sabah yang mengetahui kawasan kundasang ranau ini, tapi xtau nak ke tempat tersebut - sampai pekan kundasang yang besanya ada jual2 sayur tepi jalan tu, jumpa roundabout (kalau dari kk), belok kiri..pastu jalan ja lurus turun bukit jumpa jambatan kecik, naik bukit, jumpa jalan rosak, naik lagi bukit..'alert' simpang kiri kat atas puncak bukit jalan berbatu, masuk situ..kemudian jelan terus..pastu kamu jumpa la tu..hehe.. [kereta kecik seperti kancil adalah tidak digalakkan untuk naik ke sana kerna jalan sana agak rosak teruk, licin dan cerun]

ni video yang sempat aku rakam ketika pemprosesan susu lembu dilakukan

No comments: