Thursday, 3 November 2011

How Confidence Has Changed My Life

-entri kali ini diilhamkan oleh Hanis Zalikha-

 

lalalalaa~

zZzzuuuupppp!! kembali semula ke tahun 2006..tatkala aku tingkatan 5.. 
era kehangatan Linkin Park, Simple Plan, Good Charlotte, dan seangkatan dengannya pada waktu itu..
aku seorang yang berkeyakinan tinggi atau 'yakin' secara membabi buta, lol.. biarpun fashion seluar dan baju sekolahku STANDARD, tiada modifakasi melainkan di conteng dan ada koyak sedikit pada bahagian lutut (hehe), sangat selekeh dan main asal pakai baju ja, tali pinggang pun tidak dipakai, lol.. NAMUN keyakinan diriku untuk bergaul dengan rakan2 sekolahku xpernah luntur..biarpun xsealiran fashion dengan mereka-mereka ini.. almaklumla, yang bergaya dan menarik perhatian itulah yang akan menjadi 'top studentz' dan terkenal.. TAPI, aku pun terkenal juga..mungkin sebab keyakinan ku atas segalanya mengatasi fashion dan kehenseman level 0 aku waktu itu..

mungkin pada waktu itu aku sangat bosan dengan rutin sekolah yang tak pernah putus-putus setiap tahun sejak aku berumur 6 tahun lagi, maka aku cuba nak test power akan skill ku untuk berniaga..aku sudah pernah menyertai kakak saudara ku berniaga tatkala bazar ramadhan entah bila aku tak ingat sudah, di mana setiap waktu berbuka puasa aku akan kenyang makan sayap ayam (LOL)..

aku berniaga apa ya ??

setelah aku selidiki, market yang paling laris sekali di sekolahku itu adalah penjualan rokok, mungkin sekolah menengah seluruh malaysia pun begitu..hehe..-sila rujuk gambar di atas ya. Maka aku pun mulakan langkah perniagaanku itu dengan penuh yakin sekali..dan, ya..perniagaanku memang laris dan mendapat untung besar! adakah mungkin sebab CONFIDENCE aku, atau mungkin sebab aku memang pandai tengok market? 

perniagaanku berjalan lancar selama 6bulan, sehingga guru disiplin sakit kepala dan buntu tentang kes tandas pelajar lelaki sekolah sering berbau rokok sepanjang masa! xkira sesi pagi atau sesi petang. Meskipun begitu, xda seorang pelajar pun yang berjaya ditangkap..adakah guru disiplin yang sering membawa rotan itu takut akan kami (tu la pura2 xnak terjah tandas) atau dia lembab! aku sangat bangga ketika itu.. kerana kelicikanku atas dasar keyakinan ku telah membuahkan hasil dan berjaya merekrut sekumpulan remaja yang 'jiwa kosong', menjadi 'jiwa berasap'. Siapa xkenal aku, atau tatkala itu lebih dikenali sebagai ayahpin, alkisah hangat ketua kerajaan langit pada waktu itu, telah diberikan gelaran namanya kepadaku.  SyahRin-AyahPin.. LOL. sangat kreatif dan berinovatif. kebetulan pula orang-orang ku terdiri daripada budak sesi pagi dan petang..dan sangat besar payungku di sekolahku dikala itu. melainkan seniorku yang form6 sahaja xterlibat, kerna kononnya mereka dah matang dan xnak terlibat,walhal pondan.

sehinggalah kesuatu hari, dalam anggaran kasar 3minggu sebelum SPM, aku telah BUSTED ..! akibat kebodohan rakan setingkatan ku yang nak jadi gangster, tapi goyang tatkala 'spotcheck' dikelasnya, mengakibatkan dia kedapatan akan rokoknya yang dibeli dari aku di dalam poket seluarnya. Inilah jikalau nak jadi gangster tapi bengap. sudahku ajari langkah2 keselamatan yang harus diambil tatkala spotcheck,tapi dia nervous..thats why..*sigh~ diingkarinya pesananku akan membiarkan sahaja pecah diperut, jangan pecah dimulut. lalu membawanya kepadaku akan kesalahannya, sehingga aku disabitkan bersalah.. aku kalah 'psyhco' di bilik guru disiplin oleh seorang ustaz..sehingga aku 'terpaksa' mengaku akan kesalahanku.. walhal aku tau dan YAKIN aku takkan disabitkan kesalahan kerana mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh dan hanya merujuk kepada seorang saksi yang bersalah untuk mensabitkan aku dengan kesalahan yang aku lakukan itu.. 

AKU MEMANG SANGAT YAKIN DAN PASTI, yang aku tidak akan kantoi sehingga habis sekolah!- pelbagai sudut telah aku terokai dan lihat akan baik-buruknya serta langkah2 yang patut diambil sebelum dan ketika aku memulakan perniagaan,lihat sajalah perancangan promosi jualanku yang sangat berjaya itu..setiap perniagaan pasti akan ada risikonya..maka itu telah menjadi keutamaanku dalam Pelan Perancang Ku (PPK)-lol. mustahil boleh sangkut. dan tatkala aku di bilik disiplin itupun, menurut sudut pandangan kasar kamu pun memang ble tau yang aku memang boleh lepas.. kan. ??

mungkin ustaz itu telah memohon pertolongan ALLAH, maka aku tewas.


-maka Confidence Has Changed My Life..hehe.. jangan terlalu yakin dengan apa yang kita telah rancangkan akan MENJADI. dan mulai saat itu, aku belajar untuk mengawal tahap keyakinan aku itu kepada kasih sayang.. CHEH!!!!! kerana kadang2 keyakinan seseorang itu membawa padah..



aku yakin aku boleh menang perfume Outspoken Intense by Fergie ! huhhhh..keyakinan itu perlu ada asasnya juga..LOL..
dear zalikha, bagi aku yang penting zalikha datang ke blog aku..dan akan ku take note terus ke dalam henfonku akan keber'ada'an mu di sini.. =p


2 comments:

Cik tikah said...

hahaha.. macam alwak je cite ni tapi x baiklah jual rokok. dosa taw sebab menggalakkan orang membahayakan kesihatan :p

Syahrin Rahimi said...

@Cik tikah hehe..betul tu!