Sunday 20 November 2011

20 POINT AGREEMENT

20 Point Agreement atau dikenali sebagai "20 pekara"
apanya yang 20 pekara ni?
ianya adalah mengenai 20 pekara yang termaktub dalam perjanjian antara borneo utara dan persekutuan yang pada ketika itu persekutuan (tanah melayu)  telah menjemput borneo utara (sabah) untuk bergabung dan membentuk sebuah negara (malaysia) pada tahun 1963.

Point 1 :  AGAMA 

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Point 2 : BAHASA 
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Point 3 : PERLEMBAGAAN

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Point 4 : KETUA PERSEKUTUAN

Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Point 5 : NAMA PERSEKUTUAN

“Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

Point 6 : IMIGRASI
Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Point 7 : HAK MENARIK DIRI
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

Point 8 : BORNEANISATION
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

Point 9 : PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Point 10 : KEWARGANEGARAAN

Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Point 11 : CUKAI DAN KEWANGAN

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

Point 12 : KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

Point 13 : KERAJAAN NEGERI
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

Point 14 : JANGKAMASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

Point 15 : PELAJARAN
Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Point 16 : PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN 

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Point 17 : PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN 
Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Point 18 : NAMA KETUA NEGERI 
Yang di-Pertua Negara.

Point 19 : NAMA NEGERI 

Sabah.

Point 20 : TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN 
Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.


sumber : sini

No comments: