Tuesday 1 November 2011

PELAJAR IPTA BOLEH BERPOLITIK

 
-sila klik pada gambar untuk terus ke laman web berita harian

Wajar meh?
Pada pandangan aku..
Lebih baik pelajar IPTA ni belajar menuntut ilmu di IPTA bersungguh-sungguh..
Setelah berjaya memegang segulung ijazah/diploma..
Kemudian cari kerja.. agar dapat membayar semula pinjaman PTPTN (jika ada)..
Setelah mempunyai kerjaya.. barulah boleh berkecimpung dalam dunia politik..
Kecuali,
Orang politik tersebut telah mengupah anda..hehe.. siapa yang xmau duit!?

Janganlah terbawa2 sangat semangat 'perjuangan' yang kamu sendiri 'buta' apa yang kamu 'perjuangkan'..
Kerna xdapat nak jadi gangster di IPTA untuk mengejar glamour dan populariti, maka arena politik pula jadi medannya.. Aku percaya, setiap dalam diri kita pasti akan mempunyai semangat 'perjuangan', namun jika disalahguna..maka ianya akan bakal membinasakan diri sendiri dan juga orang lain/masyarakat. Kamu masih duduk dalam IPTA, kamu masih xnampak lagi keadaan dunia luar yang sebenar..nak interview kerja pun masih ada yang tiada pengalaman..

Hak mengundi?
pastikan kamu (pelajar IPTA yang telah cukup umur) undi pihak yang benar dan telah banyak berjasa menampung kehidupan kamu dari zaman nenek moyang kamu lagi yang telah berjaya membawa kamu lahir ke dunia dengan keadaan yang cukup, dan aman.

Aktiviti riadah?
turun ikut serta berkempen atau mendengar ceramah politik merupakan suatu aktiviti riadah bagi pelajar IPTA? bagus kamu beriadah dengan aktiviti yang dapat meneruskan warisan tradisi kamu..seperti membuat kraft tangan ka, mencanting batik ka, bermain gasing ka, bermain takraw ka, bermain muzik tradisi ka..kan?

Aku?
aku lepasan IPTA ni pun malas nak mengundi..hehe
sakit kepala dan sakit hati tengok PATI sabah dapat iC..

No comments: