Friday 6 June 2014

Part III. - Mencari kawan sejati umpama mencari berlian dilonggokan kaca.

Malam ni aku free. (Sambungan dari entri yang lepas (klik))

Aku tahu ini semua tak adil...aku tahu semua ini akan terjadi...
Wahai pembaca blogku sekalian, aku tahu aku bukanlah seorang yang genius. Oleh itu untuk mencari kawan sejati bukanlah mudah untukku, kerana aku bukanlah seorang yang genius. Hanya yang genius saja boleh mencari berlian dilonggokan kaca.

Ok. Masa senang, kita akan punyai ramai kawan. Masa susah, kita akan kehilangan kawan. Itulah hakikatnya kehidupan kita. Memang tak boleh diubah dari zaman sebelum firaun lagi. Maka, pilihlah...mahu ramai kawan, kita mesti jadi senang. Mahu hilang kawan, kita mesti jadi susah.

Kawan makan kawan. Jangan biarkan diri menjadi makanan kawan kita. Kita harus sentiasa sedar bahawa dunia tidak akan pernah tidur kecuali sudah mati. Maka berwaspadalah selalu. Jika kita jenis yang tak suka makan kawan, maka jangan jadikan diri kita jadi makanan pula.

Kawan tak kenang budi. Come on...memang kawan kita tu tak boleh harap. Dia pun manusia jugak. Lembik. Jangan mengharap sangatlah mereka akan membalas budi kita nanti. Apa yang kita boleh harapkan adalah budi kita kat kawan kita tu akan menjadi saham di akhirat kelak. Itu pasti.

Kawan pengkhianat. Ni biasa terjadi. Kita 100 percent percaya kawan kita tu, tapi tiba2 dia jadi pengkhianat pula. Kawan kita tu manusia juga, lembik macam sayur. Jadi kita ni haruslah bijak dalam mempercayai kawan kita tu dan haruslah sentiasa bersedia untuk dikhianati. Dalam memberikan amanah, kita wajib berawas dan menyediakan langkah2 keselamatan.

Kawan tak boleh pakai. Sampah masyarakat. Kita jangan ikut mereka ni. Abaikan. Tapi kita nasihatkan dulu sikit, lau tak berhasil, abaikan terus biar mampus. Kalau tak, kita yang akan turut mampus sebab terjebak sama.

Sekian rumusan aku.

No comments: