Monday 1 December 2014

TETIBA JE AKU PANDAI REPAIR LAPTOP

Laptop aku ni lama ja aku perati..


Sudahla aku beli 2nd hand kat jualan online di facebook nonext, time tahun 2013..tak lama aku pakai rosak pula screen terus jadi kaler hijau..nak repair hantar kat kedai, takut nanti lambat sangat pula nak siap..yela, laptop ni je la satu2nya entertainment yang aku ada sebelum adanya COC ni..mau xmau aku pakaila monitor desktop. Setahun lebih jugakla aku aku pakai monitor tu..stakat nak tengok movie je pun. Sehingga la pada suatu hari, tanggal 23 november 2014 (ahad), aku tergerak hati pula nak buka laptop aku ni, di sini baru aku betul2 merasakan bagaimana rasanya sewaktu mendapat ilham dari Allah SWT.

First step aku buka keyboard lu

Kemudian buka cover atas tu

Pastu baru buka what they call is motherboard

Dah tu abis buka dah

Kali ni betul2 merasakan betapa hebatnya kekuasaan Allah ke atas sesiapa yang dikehendakinya. Bayangkan saja, aku ni langsung tak tahu dan tak pernah lihat apatah lagi mempelajari cara2 membuka isi laptop ni. Tiba2 sahaja aku mendapat gambaran atau ilham dalam otak aku ni cara2 untuk membuka laptop, sekaligus cara2 untuk memperbaiki skrin aku yang hijau selama ini. Alhamdulillah, dengan sekali jalan, aku dapat buka semua isi laptop aku ni, dan servis kipasnya yang tersumbat dengan habuk tu (laptop ni juga mempunyai masalah mudah mati jika terlalu panas), dan aku pasangkan semula tanpa ada sedikit kesilapan pun dan akhirnya aku dapat memperbaiki kerosakan laptop ni. Skrinnya pun kembali berwarna seperti semula. Kuasa Allah, aku yang tak tahu nak baiki laptop ni boleh ku baiki dengan bantuan direct dari Allah dan bukannya orang lain. Aku pernah tanya kat kedai, semua mereka menyatakan bahawa skrin laptop ni perlu digantikan dengan yang baru. Dan purata kosnya adalah dalam RM400 keatas. Inilah yang dikatakan bantuan dan rezeki yang tak disangka dari Allah yang telah ku terima. Alhamdulillah. Dan kini, dengan laptop HP PAVILION DV3, aku dapat bermain permainan video game Call Of Duty (Black ops) sehingga tamat. Yahuu..lepas ni aku nak beli video game banyak2 dan men kat rumah. Biarpun agak terlewat sedikit untuk bermain permainan video game ini, namun tak kisahla sebab ianya suatu hiburan yang menyeronokkan yang dapat ku isi di masa lapang.

Sesaje je ni

Ni lah hasilnya skrin laptopku kembali normal



No comments: