Sunday 29 June 2014

Aku berbekam sebab sakit kaki

Ni cerita jumaat yang lepas. Awal pagi lagi aku dengan beliau bini ke city mall kota kinbalu. Di sana ada satu tempat berbekam, milik melayu semenanjung. Tunggu2 dr jm10...belum lagi buka..jam10.30 baru la datang orangnya buka kedai...melayu2..hurm. Gambar di bawah ni la kedainya.


Kalau hendak berbekam, rm20/cup. Refleksologi kaki pula, rm30/30 minit. Menurutnya, berbekam boleh membuang darah kotor/toksin dan darah beku dalam badan, seterusnya melancarkan peredaran darah dalam badan. Refleksologi kaki pula untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

Oleh kerna kaki aku sakit, mungkin ada tanda2 gout..aku mo bekam kaki aku ni untuk buangkan asid urik/toksin yang mungkin telah berkumpul kat kaki aku ni. Dicadangkan buat 10 cup bahagian kaki hingga paras lutut. 2 cup percuma di bahagian pinggang. Kemudian diberi satu ubat herba di raja (kononnya ler) yang berharga rm350 sebotol kecik untuk diminum. Total yang perlu dibayar adalah rm550. "Redha je la..sesungguhnya ini adalah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit..mudah2an allah sembuhkanlah penyakitku ini..amin YRA".

No comments: