Wednesday 26 November 2014

APA ITU KESEDIHAN

Assalamualaikum ! 
Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada siapa-siapa di luar sana yang sudi singgah membaca di blog ku ini. Sudah lebih dua tahun aku membuat blog ini, dan sehingga kini aku masih lagi berusaha agar pengisian dan penulisan dalam blog ini dapat mencuri perhatian pembaca di luar sana. Hasratku cuma satu, iaitu pengisian dan penulisan di dalam blog ini dapat mendatangkan manfaat kepada pembaca di luar sana . Tidak kiralah sama ada ianya perkongsian informasi mahupun pengalaman dan kisah peribadi ku sendiri . Aku berharap agar anda mendapat manfaatnya .

Baiklah, entri aku pada kali ini adalah mengenai ‘Kesedihan’ . Bukanlah pula kesedihan mengenai blog aku yang tiada peminatnya (haha?ada ke?..) , akan tetapi mengenai ‘Kesedihan’ yang wujud di hati sanubari buat insan semua . Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai kesedihan . Tidak kiralah si jahat mahupun si baik . Pasti akan adanya perasaan sedih ini melanda pada saat-saat tertentu . Dan perasaan ‘kesedihan’ inilah yang amat tidak di sukai manusia, kerana ianya adalah perasaan yang negatif, sehinggakan manusia sanggup buat apa saja agar dapat membuang atau menghapuskan perasaan ‘kesedihan’ ini . Dan isu inilah yang ingin ku huraikan di sini.

Hasil daripada pemerhatian dan sedikit kajian..aku membuat kesimpulan bahawa, KESEDIHAN yang terjadi itu adalah disebabkan oleh satu punca saja, dan tiadalah lagi punca yang lainnya - iaitu disebabkan KASIH SAYANG. Tidak kiralah sama ada si jahat mahupun si baik, si tua mahupun si muda, si kaya mahupun si miskin, si kuat mahupun si lemah, dan apabila mereka ini bersedih, ianya hanyalah disebabkan oleh kasih sayang. Kenapa saya menyatakan sedemikian? Mari kalian bacakan sedikit huraian ku satu persatu dan selepas itu, cuba fikirkan sejenak, apakah benar yang telah ku nyatakan di sini. 

SECARA UMUMNYA KESEDIHAN KITA DISEBABKAN OLEH :
  1. Putus cinta.
  2. Kematian orang yang di sayangi.
  3. Berjauhan dengan orang yang di sayangi.
  4. Tidak ataupun tiada mendapat perhatian daripada orang yang kita sayangi.
  5. Orang yang kita sayangi telah berubah kepada sesuatu yang kita tidak suka.
  6. Akibat buruk yang akan berlaku terhadap orang yang kita sayangi dan akan tersakiti.
  7. Diri disakiti secara metaliti– seperti dicemuh, diumpat, diburukkan, difitnah, dikhianati, dibuli dan ditindas.
  8. Kemiskinan dan tidak berkemampuan dari segi duit dan harta benda.
  9. Di pandang rendah atau tidak di pandang langsung sehingga suara kita tidak didengari.
  10. Tiada sokongan dan keseorangan.
  11. Tidak mendapat apa yang kita mahukan.
Dan ini semua adalah disebabkan oleh pekara yang berkaitan dengan - Kasih Sayang.


JIKA KITA BERSEDIH, APA YANG AKAN BERLAKU :
  1. Menangis berhari-hari sampai bengkak mata.
  2. Insomania iaitu gejala susah mahu tidur.
  3. Terlalu kuat tidur.
  4. Diri sendiri sudah tidak terurus lagi. Daripada pengurusan bahagian peribadi sehinggalah ke bahagian pekerjaan dan tanggungjawab.
  5. Mulai bersendirian dan bermuram.
  6. Segala bentuk dan jenis hiburan sudah lagi tidak berkesan terhadap diri untuk tertarik dengannya.
  7. Kesihatan mulai merosot.
  8. Menjadi cuai dan tiada tumpuan sehingga boleh menyebabkan orang lain tercedera.
  9. Menjadi sangat pendiam.
  10. Menjadi sangat sensitif dan agresif.
  11. Mulai memiliki tabiat dan perangai yang terbalik dari kebiasaannya.

JIKA KESEDIHAN ITU BERPANJANGAN, APA YANG AKAN BERLAKU :
  1. Mengalami kemurungan yang kronik.
  2. Membunuh diri.
  3. Menjadi pembunuh.
  4. Menjadi kurang siuman.

JIKA KITA BERSEDIH, APA YANG PATUT KITA LAKUKAN :

Secara umumya kita boleh singkirkan ‘Kesedihan’ itu dengan ‘Kegembiraan’ atau kata lainnya ‘Kasih Sayang’. Jika kita bersedih, pertama sekali carilah kegembiraan dan kasih sayang dari Allah tuhan kita. Kerana kita ini adalah makhluk hamba ciptaan-Nya. Kita berdoalah memohon agar di lapangkan hati kita dari kesedihan.


PERIHAL KESEDIHAN MANUSIA

Perihal yang pertama. Iaitu perihal mengenai ‘Kesedihan’ Si Jahat. Si jahat akan merasai ‘Kesedihan’ apabila mereka tidak melakukan kejahatan seperti melakukan apa yang dilarang oleh agama dan undang-undang (contohnya seperti membunuh, merompak, mencuri, pecah amanah, merogol, maksiat, sihir, menghina agama, menabur fitnah, memusnahkan kehidupan orang lain dan seumpamanya yang boleh di kategorikan dengan perbuatan jahat), kerana dengan perbuatan jahat ini sajalah yang boleh menjadi sumber untuk mereka mendapatkan ‘Kasih Sayang’. ‘Kasih Sayang’ yang dimaksudkan adalah seperti mendapat perhatian, penghargaan, sanjungan, daripada geng manusia jahat yang lain. Si jahat ini sudah tidak kisah jika dia dipandang hina oleh majoriti masyarakat yang lain, kerana dia telahpun diberikan ‘Kasih Sayang’ yang amat mencukupi daripada manoriti geng penjahat ini yang mana jumlahnya mungkin hanya 2-3 orang sahaja ! , jika dibandingkan dengan beribu-ribu orang yang membencinya dan mungkin akan cuba menyakiti dirinya ! Dan sehinggalah tiba di satu tahap di mana Si Jahat ini telah kehilangan ‘Kasih Sayang’ nya, dan dia mulai bersendirian. Mungkin disebabkan geng penjahatnya telah tiada mahupun telah berubah pendirian. Maka ‘Kesedihan’ inilah yang akan melanda dirinya. Dan apabila ‘Kesedihan’ ini mulai memuncak ketahap melebihi maksima, apabila usahanya melakukan kejahatan tidak lagi berhasil memperolehi ‘Kasih Sayang’, hanya dua pekara sahaja yang mungkin akan berlaku, iaitu Si Jahat ini akan menjadi GILA ataupun MEMBUNUH DIRI ! Antara dua pekara ini sajalah yang akan terjadi sekiranya dia tidak lagi memperolehi ataupun memiliki ‘Kasih Sayang’. Melainkan Si Jahat ini berubah menjadi Si Baik (setelah perlakuan jahat atau kejahatannya gagal baginya untuk mendapatkan ‘Kasih Sayang’) dan geng Si Baik ini pula yang boleh menggantikan sumber untuknya mendapatkan ‘Kasih Sayang’, dan sekaligus dapat membunuh ‘Kesedihan’ nya !

“Orang ni umumnya menjadi jahat adalah disebabkan terlampau tamakkan duit/harta dan kuasa saja bah! Gara-gara terlampau mengikut nafsu dan tidak diajar bagus-bagus dari kecil ! Tu lah dia jadi jahat ! Apa pula kena mengena dengan perihal ‘Kesedihan dan Kasih Sayang’ dengan kejahatannya !?” – dalam loghat sabahan.

Baiklah, cuba kita fikirkan, semua ini dia lakukan untuk apa? – untuk kepuasan dirinya
Jika untuk kepuasan dirinya, kenapa dia perlu memuaskan dirinya? – supaya dia berasa gembira
Dan jika dia tidak puas, apa yang akan terjadi terhadap dirinya? – dia akan bersedih
Dan jika dia bersedih gara-gara tidak puas, apa yang perlu dia lakukan agar tiada lagi kesedihan itu? – dia harus berasa gembira
Bagaimana caranya untuk dia  gembira? – apa saja yang penting dia gembira
Apa saja? – ya, apa saja yang membuatkan dia puas.
Dan dari mana pula kepuasan itu datang? – ketika di telah berkuasa dan mendapat penghormatan. Dan inilah yang disebut sebagai ‘Kasih Sayang’





bersambung...



No comments: