Thursday 18 October 2012

999

Siapa xtau apa itu nombor 999 ?
Ya …
999 merupakan nombor panggilan kecemasan yang popular di Malaysia sehingga diiklankan ke dalam TV…
Kebakaran? Kecederaan? Kecurian?
Telefon saja nombor kecemasan 999 …
Pasti akan tiba bomba, ambulans dan polis …

Tapi …

Hakikatnya, nombor ni mang boleh digunapakai ka?
Ada sapa2 yang pernah mencoba mendail nombor 999 ni?

Ada!!

Aku … 
hehe …
Aku pernah dua kali call nombor ni pada dua situasi cemas yang berbeza …
Situasi pertama adalah ketika kereta aku punya ex-bos dulu kena langgar … 
kejadian ini berlaku pada tahun 2010 …
Orang yang melanggar tu mati2 tidak mahu mengaku itu adalah salahnya dan tidak mahu membayar ganti rugi… 
kejadian itu berlaku di kawasan kampong orang yang melanggar tersebut …
Ketika keadaan semakin menjadi kecoh dan tidak terkawal … 
aku try la call nombor 999 ni untuk menghubungi pihak polis trafik sebagai langkah penyelesaian …
Ok, aku call … kemudian ada operator wanita menjawab … dan terdapat beberapa pertanyaan dari wanita tersebut dan aku menjawabnya … antara pertanyaan yang ditanya adalah seperti lokasi kejadian,  nama pemanggil (akula tu), dan seumpamanya… lebih kurang hamper 40minit kami berbual dan menunggu… aku masih xdapat panggilan yang betul2 ke pejabat polis trafik yang berdekatan… aiyo…sampai panas handphone aku bertelefon…tapi xda hasil!!!
Akhirnya, aku call beliau aku, minta nombor balai polis trafik yang berdekatan, bru aku dapat … nasibla time tu battery handphone aku penuh… kalau abis battery gara2 call talian 999, apa akan jadi? Aku rasa memang bertetakan sudah kami time tu dan ada yang mati… lau tak pun kekurangan anggota badan…


Ini kejadian yang kedua, berlaku pada tahun lepas …
Di mana seorang penunggang motor cedera parah di kakinya, banyak darah yang keluar …
Oleh kerna aku antara orang yang terawal yang nampak kejadian tersebut dan melihat keadaan penunggang itu, lalu dengan sepantas kilatnya aku mencapai handphone aku untuk mendail talian kecemasan 999 untuk menghubungi ambulans … dan xsampai 15minit, aku dah letak penggilan tersebut kerna terlalu lama prosesnya … nasib ada seorang doctor yang mungkin dalam perjalanan untuk kembali ke tempat kerjanya melihat mangsa tersebut … selepas rawatan awal kecemasan diberinya kepada mangsa tersebut, baru dia call ambulans, tapi yang pastinya bukan nombor 999 … keadaan mangsa tersebut sudah pucat dan xbermaya kerna banyak keluar darahnya … nasib baik ada doctor yang baik hati untuk melihat keadaan mangsa tersebut … kalau tidak? Dengan hanya berbekalkan ilmu CPR, dan nombor 999… mungkin mangsa tersebut tidak dapat diselamatkan …

Dua situasi cemas di atas adalah pengalaman yang benar2 berlaku pada aku …
Dan bukannya direka2 untuk memburuk2kan nombor talian kecemasan 999 …
Kalau anda xpercaya, anda boleh mencobanya sendiri …
Mungkin, itulah sebab kenapa lebih sejuta ‘panggilan palsu’ dilaporkan berlaku di Malaysia pada setiap tahun …
Mungkin, itu sebenarnya bukanlah panggilan palsu, tapi panggilan cemas yang benar2 berlaku, tetapi akhirnya tiada apa2 yang dapat dilakukan dan panggilan itu ditamatkan sampai situ sahaja … kerna telah menyedari bahawa mereka telah membuat panggilan yang sia2 …

Kesimpulannya, jangan mengharapkan sangat panggilan kecemasan 999 …
Lebih baik menghubungi kenalan anda yang tahu akan nombor telefon polis, bomba dan ambulans yang berdekatan dengan anda … jangan anda pertaruhkan nyawa manusia dengan menghubungi talian kecemasan 999 !!!
 Aku tak tahu la lau dekat semenanjung talian 999 ni boleh digunapakai atau tidak, tapi kalau di sabah, memang tak boleh pakai. Gerenti punya!!!!

No comments: