Monday 22 October 2012

MASALAH SOSIAL


Hahahaaa ! aku pun tak berapa nak berani mengulas mengenai masalah sosial zaman sekarang ni…
Aku sendiri ni pun bukan bagus sangat !

Apa maksudnya masalah sosial ni sebenarnya ?
Adakah masalah sosial ni mengenai masalah cara kita hidup bersosial ?

Ya …
Hidup bersosial amatlah digalakkan untuk kita masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum dan agama …
Oleh kerana tidak pandai bersosial dengan cara yang betul dan sehat, maka terjadilah apa yang disebutkan sebagai masalah sosial …
Ada yang terpengaruh dengan cara barat bersosial … minum arak, seks bebas, mengambil dadah haram, lumba haram, berjudi, pergaduhan dan seumpamanya …

Jadi, bagaimana cara bersosial yang betul dan seronok ?
1.  Kita main sport !
 2. Kita tengok wayang !
 3. Kita main masak-masak !
 4. Kita buat projek halal !
 5. Kita melepak pada masa dan tempat yang betul !

Ok, biar aku terangkan mengenai 5 pekara di atas ni …
Takut ada pula yang salah paham dan mengatakan itu semua adalah karut dan tidak seronok !

1.  Kita main sport !
Kalau ada yang rasa2 dah cukup hebat dan kuat, apa kata kita lawan main sport. Ada berani ? kita boleh   main bola sepak ! Futsal! Basketball ! Rugby ! Badminton ! Hoki ! Dan kalau rasa itu kurang mencabar apa kata kita main rock climbing ! panjat gunung kinabalu ! Bina badan ! Dan banyak lagi sport didunia ni mungkin kamu belum pernah main lagi.

2.  Kita tengok wayang !
Daripada tengok orang merempit yang hanya dapat lihat permulaan dan pengakhirannya saja, bagus kita tengok wayang ! Lebih banyak aksi ! Boleh tengok dalam 3D ! lebih banyak fantasi ! Lebih banyak cerita ! Berapa juta wayang sudah kamu tengok dalam dunia ni ? Silap2 mesti ada yang belum pernah tengok cerita ramboo yang pertama … hehe.

3. Kita main masak-masak !
Ini bukan main masak2 pakai daun beb ! Masak yang real punya ! Memang rugila orang yang tidak pandai memasak ni … kerna apa yang terasa dia ingin makan tak dapat, mungkin kerna masakan itu tidak terdapat di restoran atau kedai yang berhampiran. Contohnya jika kita kepingin nak makan kek lapis Sarawak ? Takkan kita nak ke Sarawak beb … lau dekat xpa la juga .. oleh itu, mari kita main masak2 ! Sapa lebih terer memasak ! Kita masak dan makan ramai2, pasti seronok ! Lepas kita masak ramai2 memasak dirumah, kemudian kita pergi berkelh dan makan di sana ! Seronok bukan ? Lagi satu, lau da pandai masak, kita boleh jual makanan ! Nasi goreng bungkus 50sen pun jadilah, dapat juga duit lebih dan boleh beli ipad !

4. Kita buat projek halal !
Yela, aku pun paham juga, kalau masih bersekolah tu, bukan ramai yang mak bapanya kaya mo bagi kita peruntukan untuk kita bermain sukan, tengok wayang dan main masak2 … so, apa kata kita buat projek halal ? Ya, projek cari duit ! kalau yang masih sekolah menengah tu, mo cari kerja manglah belum dapat lagila kan ? Mari kita buat projek halal ! Kita tengok rumah besar yang halamannya panjang sudah rumputnya, mari kita tebas itu rumput dan meminta upahnya ! Kita tengok kebun siapa yang banyak buah atau sayuran, mari kita tolong kutipkan dan meminta upah ! kita tengok siapa yang mo pindah rumah, kita tolong angkat barang dan minta upah ! Mari kita kutip tin2 kosong dan kita jual di tempat kitar semula ! Kita pancing ikan di sungai dan kita jual ! Kalau ada halaman tanah kita yang luas, mari kita tanam sayur lepas tu jual sama jiran2 kita ! Tanam cili di pasu pun jadila !

5. Kita melepak pada masa dan tempat yang betul !
Hujung minggu time cuti sekolah, mesti bosankan. Apa kata kita lepak main gitar ! Kita lepak buat kerja sekolah ramai2 sambil minum jus oren dan makan kuih pisang ! Kita lepak tengok dvd dirumah beramai2 sambil makan keropok ikan ! Kita lepak di perpustakaan baca buku mengenai sejarah dan kehebatan dunia ! Kita lepak di rumah sambil bercerita sampai tertidur di rumah kawan2 ! Lagi bagus kalau kita melepak di masjid dan meramaikan jemaah !

Ya…
Inilah cara bersosial …
Terpulanglah kepada ibubapa, sama ada mahu melihat anak2 bersosial dengan cara yang sihat atau inginkan melihat anak2 kita bersosial dengan cara yang tidak sihat! Bersosial adalah wajib dalam hidup bermasyarakat. Dengan bersosial cara yang sihat dan betul, kita boleh mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan perpaduan antara kita dan mencapai kemajuan !

Owwyyeeaaaaaahhhhhhhhhhh !!!!!

No comments: