Monday, 31 October 2011

TENTANG TOKSIN

Kamu sedar tak kat dalam badan kamu terdapatnya toksin? Setiap kita pasti akan terdapat toksin di dalam tubuh badan kita akibat daripada menu pemakanan kita seharian. Toksin ini kita xdapat nak elakkan, namun kita boleh mengawal kadar toksin di dalam badan kita. Jika terlalu banyak toksin, maka akan mengundang bahaya kepada kesihatan kita, dan jika sedikit, maka tidak apa-apa..hehe

Dalam menu pemakanan kita seharian seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan bergoreng, daging, protein yang berlebihan, penggunaan bahan kimia dalam sayuran, bahan pengawet dalam makanan ringan, antibiotik, perasa tiruan dan seumpamanya akan menghasilkan asid di dalam badan kita. Sekiranya asid itu berlebihan di dalam badan kita, maka akan berlaku proses penapaian dalam usus dan seterusnya meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah adala seperti :
-Penyakit kulit
-Tumor
-Demam
-Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
-Alergi
-Asma
-Pundi hempedu dan karang
-Pengerasan saluran darah
-Sakit sendi dan sengal2 badan
-Sembelit
-Perut kembung
-Barah payudara
-Lemas daya seksual


Rujukan - sini

No comments: