Sunday 23 June 2013

BUANG LEMAK SECARA NATURAL

Hai ...
Entri kali ini aku nak share cara nak BUANG LEMAK SECARA NATURAL ...
Iaitu tanpa memakan pil2, serbuk2, cecair2 obatan untuk kurus atau membuang lemak ...
Susah tu ... xjugak susah ...
Yang penting "HATI tu mo kuat" !! *motto*
Silakanlah baca artikel ini ... hehe




Pakar Pemakanan Universiti Putra Malaysia, Prof Suhaila Mohamed, berkata setiap orang cuba untuk mengelak daripada menjadi gemuk, tetapi sesetengah kegemukan akibat lemak berlebihan juga mengundang kebaikan bagi membantu mengekalkan kesihatan badan kerana lemak juga adalah punca kepada sumber tenaga badan.

“Lantaran itu, tidak mustahil, rata-rata masyarakat berpendapat bahawa memiliki berat badan berlebihan adalah satu isu dalam penampilan diri. Mempunyai masalah berat badan berlebihan sebenarnya bukanlah menjadi masalah, tetapi masalah kesihatan yang juga mungkin memberi kesan serius kepada kesihatan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Molekul lemak sangat penting pada setiap sel dalam badan. Lemak di dalam badan terdiri daripada tiga kategori iaitu struktur, penyimpanan dan metabolik.

Beliau berkata, selain melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit hingga 40 minit pada satu sesi, banyak jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan lemak badan. Antaranya, bawang putih yang mengandungi antibakteria membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat.


“Selain itu juga kacang soya, buah-buahan citrus seperti oren, lemon dan anggur, timun dan juga lobak merah juga boleh membantu menghindar lemak. Asparagus juga sangat baik dalam membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang kerana mengandungi kimia ‘asparagine’.

“Antara lain taugeh. Sayuran ini mengandungi khasiat terutama vitamin C dan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme badan,”
katanya.

Prof Suhaila berkata, penjagaan kulit adalah sangat penting kerana kulit adalah organ paling besar, malah memerlukan penjagaan rapi, namun masih ramai lagi yang mengabaikan penjagaan kulit.

“Kulit terdedah kepada pelbagai pencemaran, suhu dan kekeringan yang menyebabkan nyahhidrasi dan juga tekanan luar. Faktor berkenaan mampu menyumbang kepada pelbagai masalah kepada kesihatan.
“Antaranya, jerawat yang disebabkan oleh pengumpulan minyak dan sebum berlebihan. Selain itu, penuaan, kulit kering, berminyak, dermatitis, ekzema, garis halus dan malignan melanoma,” katanya.

Beliau berkata, ungkapan ‘anda adalah apa yang anda makan’ sangat biasa kita dengar dan menunjukkan keperluan khasiat dalam pemakanan sangat penting.

Antara khasiat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit ialah vitamin A yang boleh didapati dalam lobak merah, betik, mangga, bayam, kentang, brokoli, tomato dan tembikai.

Bukan itu saja, vitamin B kompleks juga boleh didapati dalam daging, daging ayam, bijirin, pisang, ikan, telur dan metega kacang. Vitamin C pula membantu mengekalkan kolagen yang membantu struktur kulit dengan memakan buah dan sayuran seperti oren, lemon, guava dan buah beri.

Prof Suhaila berkata, antara lain untuk keperluan kulit ialah vitamin E yang boleh didapati daripada ikan salmon dan daging; selenium and zink, serat dan juga protein.

Kesihatan juga terletak kepada corak awal pemakanan. Oleh itu, melakukan rawatan drastik bagi mengurangkan berat badan dan melakukan prosedur kecantikan seperti pembedahan kosmetik, sedut lemak atau mengambil suplemen yang kononnya boleh memberikan anda bentuk badan menawan tidak begitu disarankan, namun ia bergantung kepada pendirian masing-masing.

No comments: