Friday 21 June 2013

CARA UNTUK MEMBUAT AKAUN ATAS TALIAN MAYBANK2U


Hanya dikhaskan dan dikhususkan kepada orang yang mempunyai akaun kewangan MAYBANK sahaja !!!


Ya … dewasa ini kebanyakan urusan dunia boleh di laksanakan dengan hanya menggunakan perkhidmatan atas talian (online), dengan ini segala urusan kita sehari-harian dapat di permudahkan dan dipercepatkan lagi perlaksanaannya. Sebagai tambahan, kita boleh lakukannya di mana saja yang kita suka selagi ada perkhidmatan internet berada. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan perkhidmatan atas talian (online) ini, pelajarilah segala perkhidmatan yang di sediakan di dalamnya. Bukannya hanya sekadar untuk buka facebook sahaja mahupun tweeter, instagram dan laman sosial yang  lain sealiran dengannya.
Tambahan pula kini telah banyak wujudnya barangan elektronik yang boleh mengakses internet dijual dipasaran pada harga yang jauh lebih murah dan berpatutan seperti telefon bimbit (handphone) yang dilengkapi dengan sistem android serta tablet-tablet android berbanding dengan sebelum ini yang hanya menggunakan komputer dekstop dan komputer riba (laptop) sahaja di mana harganya pun agak mahal.

Oowwwyyeeaaaahhhhh !!! cheh, panjang tul pula aku punya mukadimah kali ini …! Huahuahuaaa …


Okla … untuk entri aku kali ini aku nak berikan sedikit penerangan mengenai cara-cara untuk membuat akaun di Maybank2u kepada mereka yang mempunyai akaun kewangan di Maybank. Sila baca dengan teliti dan fahamkan.

  1. Mula-mula sekali anda kena pergi ke ATM Maybank yang berhampiran dengan anda, kalau boleh, anda pergilah ke ATM Maybank yang kurang ramai orang/sibuk bagi memudahkan untuk anda lebih fokus membuat urusan anda di ATM tersebut. Waktu malam pun ok jgk, tapi sebelum waktu perkhidmatan ATM Maybank itu ditutup.
  2. Masukkan kad bank anda pada ATM Maybank.
  3. Pada paparan ‘Menu Utama’ (Main Menu), anda klikkan pada ‘Maybank2U Services’.
  4. Lepas tu, anda pilih ‘Maybank2u Application’ dan klik.
  5. Setelah itu anda bolehlah masukkan nombor PIN 6 angka yang anda reka sendiri
  6. Kemudian masukkan sekali lagi nombor PIN 6 angka yang anda reka itu tadi sebagai pengesahan bagi nombor PIN anda.
  7. Setelah selesai, anda keluarkan semula kad bank anda dari ATM tersebut. Kemudian anda bolehlah pergi kemana-mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan internet/perkhidmatan atas talian (online).

Cara-cara untuk Log masuk (Log in)
  1. Buka carian internet (internet browser) dan taipkan  www.maybank2u.com di bahagian pencarian.
  2. Pada paparan di laman, anda cari dan klikkan pada butang ‘First Time Login’.
  3. Kemudian akan muncul paparan terma dan syaratnya. Kalau anda rajin, bacakannya sehingga habis dan fahamkan. 
  4. Selepas itu anda akan jumpa butang ‘Access Number’, klik dan masukkan nombor kad bank maybank anda.
  5. Setelah itu anda bolehlah masukkan nombor PIN 6 angka yang anda reka ketika anda membuatnya di ATM Maybank itu tadi, lepas tu tekan butang ‘Activate’.
  6. Apabila sahaja terkeluarnya paparan Log masuk baharu (New Log in), kini anda bolehlah merekai ‘Username’ dan ‘Password’ log masuk anda untuk akses ke akaun Maybank2u anda.
  7. Dan akhirnya anda telah pun berjaya membuat akaun maybank2u anda sendiri. Yayy!!!


Dengan ini anda bolehlah sudah memantau dan menguruskan segala urusan kewangan di akaun Maybank anda dengan hanya menggunakan perkhidmatan atas talian (online) melalui kemudahan talian jalur lebar (internet) sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan di dalamnya (Maybank2u) untuk memudahkan anda menguruskan segala urusan kewangan anda di akaun Maybank. Kini anda tak perlulah lagi bersusah-payah membuang masa, tenaga dan wang anda untuk ke cawangan Maybank.

Dengan perkhimatan atas talian (online) di akaun Maybank2u, segala urusan anda untuk membuat pemeriksaan kemasukan wang gaji, kemasukan wang pembayaran hutang dari member(hohoho..), kemasukan wang pendahuluan dari syarikat, dan segala kemasukan wang ke akaun Maybank anda boleh pantau dengan mudah, cepat dan tepat. Kemudian anda juga boleh melaksanakan pembayaran bil, pembayaran hutang bank, pembayaran balik PTPTN, pembayaran hutang dengan member (hohoho…), membuat kiriman wang kepada orang tua serta keluarga anda di kampung (*sengaja dinyatakan sebagai peringatan ...huahuahuaaa ...) dan segala urusan pindahan (transfer) wang anda dengan si pemegang akaun bank yang lain.

Namun, anda harus ingat, bukannya semua urusan kewangan di akaun Maybank boleh dilakukan secara atas talian (online). Terdapat juga urusan yang tidak boleh dilakukan secara atas talian dan memerlukan anda ke cawangan Maybank bagi melaksanakannya. Urusan itu ialah urusan yang berkaitan dengan wang TUNAI. Huahuahuaa …
Seronok bukan ?mungkin selepas ini anda hanya akan pergi ke cawangan Maybank hanya sekadar untuk mengeluarkan wang tunai dari akaun anda lalu pergi membeli-belah dan berseronok.!! Yahhuuuuuu !!!!

Fuhh !!!!! Ini kalilah … entri aku berabis promote sal Maybank2u ni … ayat pun cam dah jadi skema dah … hehe
Untuk kesenangan anda juga !


Untuk penerangan yang lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi Maybank Group Call Centre di talian 1300-88-6688

Walaupun kini aku jarang berurusan dengan akaun kewangan Maybank aku ni, tapi aku buat juga akaun atas talian (online) Maybank2u ni (aku buat pada tahun lepas - 2012, sejak wujudnya barangan elektronik seperti telefon bimbit android telah dijual dipasaran dengan harga yang berpatutan…hehe), untuk kegunaan di masa akan datang … bah, camna juga, syarikat tempat aku bekerja kini lebih gemar memasukkan gaji aku melalui akaun kewangan CIMB Bank, jadi, terpaksalah aku buat akaun CIMB Bank aku dan akaun atas talian (online) CIMB Clicks … kalau tak, gaji lambat masuk … huhuhuu .. .kalau tempat kerja aku dulu, pakai akaun kewangan Maybank ja … tapi, yela, masa tu barangan elektronik yang boleh mengakses internet berada dipasaran seperti telefon bimbit android masih dijual pada harga yang mahal. Walaubagaimanapun itu cerita dulu brader, malas aku mo cerita panjang lagi kat sini … sekarang aku dah ada telefon bimbit android, tambahan pula kemudahan internet senang didapati, jadi, apa lagi … ini kalilah kita TUKAR !!! (*ada kamu rasa cam kamu familiar ja ka ngan slogan ni? Hehee…)


P/s : Walaupun sepertinya agak lewat untuk aku update entri seperti ini, bagaikan ketinggalan arus perdana, namun aku tatap kasi hentam juga mau update entri camni pada ketika ini … dikhaskan kepada member di luar sana yang masih belum mengetahui mengenai pekara ini. Kool huh .? Oya, kepada rakyat Malaysia, anda masih sempat lagi ni untuk menimbang2, berkira2, memikir2 kan parti politik manakah yang akan anda undi untuk menerajui pembangunan dan kemajuan serta kemakmuran rakyat Malaysia di masa akan datang, terutama kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Anda mesti fikirkan dulu bagus2 sebelum memangkah. OK!

No comments: