Tuesday 16 July 2013

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

salam sejahtera ke atas uolls ...
Macam puasa ? Ok ka ? Lum ada yang miss secara sengaja ? huhu ...
Lum masih lum terlambat lagi untuk aku kongsikan mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat di bulan ramadhan yang penuh berakah ini .

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. 
Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. 

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. 

Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. 

Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadhan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadhan. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Rujukan : Wikipedia (klik)

So, da refresh balik mengenai kelebihan bulan ramadhan ? Marilah kita bersama-sama merebut peluang sekarang untuk mendapatkan 'bonus' yang terdapat dalam ramadhan ini selagi masih sempat . OK!

SUPERRRRR !!!!!!!

No comments: