Friday 3 May 2013

10 HAK KITA

Assalamualaikum ...
Sempena hari jumaat harini ...
Di pagi yang penuh barakah ...
Aku nak share la sedikit informasi mengenai agama ...
Bukan nak tunjuk warak ...
Mahupun 'bertrep' ...
Tapi aku sekadar nak share saja ...

Tajuk entri kali ini ada mengenai 10 HAK kita yang perlu kita ketahui berlandaskan syiar islam ...

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut : “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

01 HAK KEPADA DIRI SENDIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan   rezeki yang ada.

02 HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
MengQada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

03 HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

04 HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

05 HAK KEPADA MIZAN(NERACA AMAL PADA HARI AKHIRAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menaggung kesusahan.

06 HAK KEPADA SIRAT
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjemaah.

07 HAK KEPADA MALIK(PENJAGA PINTU NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi, dan memperbaiki akhlak.

08 HAK KEPADA RIDHWAN(PENJAGA PINTU SYURGA)
Berasa redha dengan qada dan qadar Allah, sabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

09 HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah(hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10 HAK KEPADA ALLAH
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 

No comments: