Monday 31 October 2011

DETOX DIET

DIET DETOX merupakan diet yang agak popular di negara barat dan kini mula menular ke negara kita. Diet detox merupakan sejenis diet yang memerlukan kita 'berpuasa' (makan) dan hanya meminum jus campuran buah-buahan selama beberapa hari. Maksudnya, dalam kita mengamalkan diet detox ini, kita hanya akan meminum jus campuran buah-buahan sahaja untuk beberapa hari, tanpa mengambil sebarang makanan lain. Diet detox yang berkesan untuk diamalkan adalah dalam jangka masa 7 hari, atau sekurang-kurangnya 3hari. Selain campuran buah-buahan, kita juga boleh menggunakan campuran sayur-sayuran, tetapi, bagi aku, campuran buah-buahan lebih sedap dan manis berbanding sayur-sayuran yang kebanyakannya agak pahit.

 
Diet detox merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan TOKSIN di dalam tubuh badan kita secara semulajadi seperti melalui pencernaan, peluh dan sebagainya. Selain dapat menyingkirkan toksin di dalam badan, diet detox juga dapat membantu dalam mengurangkan berat badan dan meremajakan badan agar tampil lebih cergas. Walaupun belum ada bukti kajian saintifik yang mengesahkannya, namun khasiat daripada buah-buahan itu sendiri yang telah dibuktikan secara saintifik akan khasiatnya telah membuktikan kebaikan diet detox ini dalam menyingkirkan toksin di dalam badan. Selain itu, khasiat vitamin di dalam buah-buahan itu sendiri dapat di bekalkan secara secukupnya ke dalam tubuh kita sekaligus menyegarkan tubuh badan kita dan seterusnya dapat membantu dalam kecerdasan otak kita.

Namun begitu, dalam mengamalkan diet detox ini terdapat beberapa kesan sampingan semulajadi akibat proses penyingkiran toksin di dalam tubuh badan kita, seperti :
-dehidrasi
-keletihan
-loya
-pening
-kerap membuang air

DAN kesan kebaikan dalam diet detox akan dapat dirasai setelah diet detox dilakukan, di mana penyingkiran toksin di dalam badan kita telah berlaku.

So, kamu nak cuba diet detox ni?
Jika kamu buntu untuk memikirkan resepi dalam menghasilkan diet detox ini, apakata anda cuba rujuk sini
Kemudian, kamu boleh sesuaikan mengikut selera kamu..sebaiknya 3 jenis campuran buah-buahan.. jika jus kamu berasa pahit atau masam, kamu sama sekali ditegah untuk mencampurkan gula/susu pekat manis/sirap ke dalamnya, sebaiknya gunakan madu asli untu kesan yang lebih efektif.



Rujukan - google image, wikipedia dan www.mayoclinic.com

1 comment:

RakanFit said...

Memang diet yang paling bagus ialah dengan detox segala yang tak elok dalam badan kita. Baru senang turun & dapat result.

Nak tahu cara mudah & sihat untuk turun berat layari
http://www.sihatdengannutrisi.com